AUTHOR'S POV
Maria Elena Jasmine hanya memandang sepi katil yang bersaiz queen itu . Hatinya terdetik sebak . " Di mana silap saya Mar , sampai awak taknak jenguk pon saya di sini lagi"
Hati kecilnya merintih lagi sambil tangannya mengusap perutnya yang masih kecil . " Apa guna baby ni ada awak sebagai ayah dia Mar , kehadiran dia pon awak tak tahu ". Manik jernih saban hari menjadi penemannya semenjak mengandungkan anak pertama nya . Hati Maria cukup tersentuh dilakukan sebegitu rupa . Meskipun layanan keluarga suaminya , Mario Rayden baik terhadapnya , tapi tiada gunanya kerana perasaan dia dipandang remeh .
Fikiran Maria terbang bersama kenangan 2 bulan lepas , di mana dia dimadukan dengan sahabat baiknya sendiri dengan separuh rela, Julia Natasha Hairi . Kekasih pertama Mario . Seorang yang baik , memiliki rupa tak tumpah seperti bidadari , dan memiliki tubuh persis seperti model . Dan .. Cukup menggiurkan . Maria cukup rasa kerdil bersama rakannya walaupun dia juga cantik bak bidadari , bijak , mempunyai kerjaya seorang surgeon . Cuma beza mereka ialah Maria seorang yang bertubuh kecil tetapi tetap menggiurkan kaum Adam .
Lamunan Maria terhenti apabila bunyi microwave di dapurnya berbunyi . Semenjak disahkan mengandung , dia cepat penat dan letih untuk memasak . " cut the nonsense thoughts of him , Maria . You better fuckin focus on your life and the baby from now on ". Maria cuba memujuk hatinya namun gagal . " But God , i miss him so much . Bahagiakan lah dia selalu Tuhan . Aku terlalu cintakannya sebagai imam kepadaku dan anak anakku " .
Cinta , kadang ianya sebuah anugerah , kadang juga sebuah kifarah untuk masa lalu seseorang , sama ada ianya membawa sejuta kegembiraan , ataupun sejuta luka dan lara untuk engkau sematkan di dalam jiwa . Namun satu benda yang paling menyakitkan dalam percintaan ialah apabila kau perlu sedar bahawa kau hanya sekadar pengganti sementara kesedihan sang kekasih .
YOU ARE READING
HANYA PENGGANTI
RomanceMaria Elena Jasmine . Seorang yang bekerjaya . Seorang yang menggoda. Seorang yang positive . Seseorang yang memiliki rupa bak bidadari . Namun seseorang yang memendam rasa dan lembut hati . Berbeza pula dengan Mario Rayden . Lelaki yang dikena...