Bab 2

14 1 0
                                    

"Siapa mamat tadi eh?"Kata Humaira' sambil memital pital rambutnya yang ikal mayang. Selepas kejadian di dalam kelas tadi, dia terus tidak lihat lelaki itu. Rasa bersalah kerana telah menengking pelajar itu tadi.

Sedang memital pital rambut dan memikirkan siapa gerangan lelaki misteri yang berani merampas buku diarinya. Tiba tiba dia teringat sesuatu. Buku !

Laju saja kaki nya mengarak ke meja belajar yang tidak jauh dari katil nya, lalu dibuka kasar beg sekolah nya sebaik mecapai di kerusi.Aduh, mana buku ni. Berkerut kerut dahinya mencari buku diari kesayangan nya. Tak silapnya, dia sudah mengambil dari lelaki itu semasa kejadian itu. Argh, dia tak mahu mengingati kejadian gila itu.Dia benci lelaki itu. Noted! Sebelum ini, tiada siapa yang berani menyentuh apatah lagi membaca buku diari nya. Baru hendak menengok buku itu, sudah menengking inikan pula merampas . Mahu hilang kepala lelaki itu jika dia dapat tahu lelaki itu berani mencuri buku kesayangan nya. 

"Ni mesti kerja mamat mereng tu. Hish tak suke hati dia ja nak ambil buku aku. Dah la banyak benda yang aku luah kat situ. Habis la aku kalau dia baca." Bebel Humaira' dengan mencengkam kedua pipi yang gebu dan kemerahan itu. Hodoh benar rupanya.

"Aisyah. Mai turun makan ngan tok . Tok ada masak makanan kegemaran hang ni. Hang turun nah. " Habis satu rumah bingit dengan suara nya yang nyaring. Walaupun usia nya lanjut, tapi gaya nya seperti orang muda. 

"Ye tok. Aisyah nak turun la ni."

                                                     ************

"How are you today , baby boy ?" Tanya Puan Saleha dengan senyuman nakal.Sengaja dia mengusik anak bongsunya , dari tadi dia melihat Tengku Rafique Rafeeq asyik termenung saja. 

" Ei mummy ni, orang dah besar la. Orang bukan baby lagi." Balas Tengku Rafique dengan manja. Dia tahu mummy nya ingin bercanda dengannya.

"Aip siapa kata Feeq bukan baby lagi? You're always be my baby. Walaupun Feeq dah kahwin sekalipun. Tapi mummy tak tahu lah kalau bakal isteri Feeq nanti macam mana kan. And Feeq pula macam mana. Entah entah nanti Feeq buang mummy." 

Kalau tadi Tengku Rafique yang merajuk dengan Puan Saleha kerana memanggilnya " BabyBoy". Tetapi sekarang Puan Saleha pula merajuk.

" Eh mummy ni ke situ pulak dia. Kenapa jauh sangat mummy fikir hm? Feeq takkan buang mummy lah. Walau bakal isteri Feeq benci mummy ,  Feeq akan pilih mummy than she. Isteri boleh cari.Not mum. You're my queen, my superwomen and the best mom in my life. No one can take your place in my heart mummy. No one." Panjang lebar Tengku Rafique meluah rasa. Mana mungkin dia melupakan orang yang telah banyak berkorban demi nya.

Selepas dia berkata sebegitu, dia terus merapati Puan Saleha lalu memeluk dengan erat.Seperti tidak mahu melepaskan.

Puan Saleha tersenyum apabila anak teruna kesayangannya memeluknya .Laju saja air mata ibunya menitis.Sempat Tengku Rafique menyeka air mata mummynya.Dia tahu sebelum ini telah banyak air mata Puan Saleha menangis gara gara sifat daddynya yang suka menyakiti hati mummynya. Sehinggakan dia sendiri berdendam dengan daddynya.Dia berjanji pada diri nya sesiapa yang menyakiti mummynya lagi , dia tidak akan mendiamkan diri lagi.

"Mummy, don't cry. Feeq tak suka lah tengok mummy nangis. Tak comel dah teddy bear Feeq ni."

"Eh sempat lagi eh kutuk mummy.Mummy smackdown karang ."Kata Puan Saleha sambil mengacah acah mengangkat kaki.

"Amboi mummy sekarang dah pandai eh nak smackdown orang."Kata Tengku Rafique dengan senyuman dibibir.

"Of couse laa." 

                                                   *******************

"Weh mayra, hang tahu dak hari ni ada budak famous nak masuk sekolah kita?Peh hensem doh . Aku tak tipu. Cair aku tengok.Putih,tinggi, hensem tu semestinya la." Celoteh Syakira merangkap kawan baik nya. 

Semangat betul Syakira bercerita sampaikan daripada elok duduk diatas kerusi terus bangun, tangannya pula merata.Dan reaksi Humaira' hanya

"Ouh. Okay."

"Ouh okay? Itu je respon hang? Punya la semangat  dengan panjang menjela aku cerita kat hang. Ouh okay je respon hang?" Rungut Syakira dengan ketidak puas hati

Terkebil Humaira' buat seketika. Terkejut dia apabila Syakira marah sampaikan menampar kuat bahunya.Nasib saja ade isi di bahu, kalau tidak mahu patah riuk tulang nya.

"Ha itu je la respon aku.Habis hang nak aku over cam hang? Hey tolong la ni Aisyah Humaira' lah. Aku takkan terhegeh hegeh kat laki okay. Lantak la dia famous ke dia cacat ke apa. Sorry aku tak minat nak ambil tahu." Balas Humaira' dengan geram.Kalau ikutkan hati, mahu saja dia membaling kerusi di muka Syakira. Nasib dia masih mampu bersabar.

"Hm ye la ye la. Aku TAKKAN cerita kat hang dah." 

Syakira kembali duduk di atas bangku dan menyambung kerja sekolah yang terbengkalai.Humaira' tersenyum melihat kawannya merajuk.Dia tahu jikalau Syakira merajuk, hanya seseorang saja yang boleh memujuknya.Tetapi sebelum menyuruh seseorang itu memujuk kawan baik nya, dia mencuba nasib .

"Alolo baby Paan ni. Aku tak reti lah nak pujuk hang. I'am sorry eh?"

"Em."Hanya itu yang keluar dari mulut Syakira.Dia tahu rakan nya memang kuat merajuk. Dah la kuat merajuk, susah nak pujuk pulak tu. Menyusahkan orang betul. Opss terkutuk pulak. Sorry Kira.

Humaira' terus keluar kelas memandangkan cikgu tak masuk kelas lagi. Boleh lah dia berjumpa dengan Farhan iaitu boyfriend Syakira. Hanya dia saja yang mampu memujuk kawan baiknya . Ye lah, dah balak pujuk takkan tak cair pulak kan.

"Ish aku merajuk bukan nak pujuk , dia keluar kelas pulak." Kata Syakira dengan melihat Humaira' keluar kelas tanpa memberitahu dia. Kecil hati tahu !

                                                   *******************

"Assalamualaikum class, okay hari ini kita ada student baru. Intro yourself , please?" Ujar seorang cikgu perempuan dalam lingkungan 30-an.

Tengku Rafique yang termenung ke luar pintu terus memandang cikgu disebelahnya dan mengangkat sebelah keningnya menandakan 'apa'. Sekali lagi cikgu itu mengulang soalanya,tetapi kali ini dengan sindiran.

"Intro yourself ,please? Lain kali orang cakap tu alert la sikit."

"Ouh ! ye eh? Ingatkan teacher cakap dengan student lain. sorry teacher."

"Hm tak pe . Teruskan."

"Okay . My name is Tengku Rafique Rafeeq. So nice to meet you guys."

Selepas Tengku Rafique memperkenalkan diri nya di hadapan kelas, dia sengaja menyedekahkan senyuman manis dan mengenyitkan mata.Terkejut pelajar pelajar perempuan lagi lagi yang duduk di barisan hadapan.Ada yang senyum, ada yang masih terkejut dan tidak kurang juga mempamerkan muka menyampah.Siapa tidak cair jika ade lelaki yang kacak buat begitu kan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SO PART NI MACAM MANA GUYS? DO YOU LIKE IT? APA APA RESPON KORANG SAYA HARGAI.. KALAU TAK SUKE OR APA APA KE BOLEH KOMENG OR DM OKAY? THANKS SBB BACA



~ ONLY US ~Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang