BAB 5

5 0 0
                                    

( KORANG BAYANGKAN YANG ATAS NI OUTFIT AISYAH HUMAIRA' KAY ? )

Humaira' menyiapkan diri setelah menerima panggilan cemas dari kawannya , Sarah . Dia terus bergegas mencapai tudung pink belacan dan menggayakannya . Simple but nice kata orang . Mukanya hanya bertempek sedikit conceler , lipmatte and sekali gus untuk blusher . Setelah berpuas menari nari di hadapan cermin , dia mencapai purse di atas meja solek dan keluar . 

"Haa kak Esah , kak nak pi mane ?" Sapa adik lelakinya , Aniq .

Dia memang tak kekok dengan adik beradiknya yang lain cuma segan . Walaupun dia menetap di kampung tetapi ibu bapanya tak penah mengabaikannya . Dia mempunyai tiga adik beradik iaitu seorang abang dan seorang adik lelaki . 

"Haa akak nak pegi hospital jap ." Jawab Humaira' sambil tersengih sumbing disitu . 

"Kenapa ?" Tanyanya sambil keningnya berkerut . Atas bawah dia pandang kakaknya . Kot kot nampak macam sakit ke kan . Tapi dari gayanya tak nampak lagi tanda tanda orang sakit .

"Eh Aniq jangan pandang kakak macam tu . Kawan akak yang sakit bukan akak ." Balas Humaira'.

"Ouhhhhh" Dari riak wajahnya tampak lega benar gayanya . Tersengih sengih . 

"Jom la Aniq hantar ." Ajaknya . 

"Eh takpe la Aniq . Akak order grab je." 

Tanpa membalas apa apa , dia terus masuk ke kamarnya . Humaira' hanya memandang dengan muka kosong . Dia terus menuruni tangga . 

Sesampai di tangga paling bawah , kedengaran Aniq memanggilnya . 

"Eh kak tunggu ." 

*Aku rasa tadi dia kat atas.. ni kat bawah dah .. heh budak ni*

"Jom kak.." 

Aniq mendahului langkah Humaira'. 

                                                          *******************************                                                                            

"Weh , awat hang jadi laguni ni ?"Tanya Humaira' sambil membesarkan mata . Sarah hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala . Tak loqlaq tak sah dia ni .

"Aku gaduh dengan boy kau ." Jawab Hanis acuh tak acuh .

"Eh kau ni .. laki melaki jangan memain eh ." 

Sarah hanya mengeleng kepala . Sorang memang kepala api sorang lagi tengah sakit pun duk menyakat orang tu . 

"Lek laa. Tak de pape lah . Sikit je ni " Kata Hanis sambil membelek kakinya yang berbalut.

"Sikit hang kata Nis ? Ni mesti kerja bapak angkat hangkan ? " Tembak Humaira'

Hanis hanya menunduk dan bermain jari . Mungkin benar telahan Humaira' barangkali . Belum sempat Humaira' ingin menyambung , seorang nurse muncul dengan membawa dulang yang terisi cawan dan ubat . 

" Dik , ni time makan makan . Minta adik habiskan makanan and habiskan ubat ye ." Katanya sambil meletakkan dulang . Mukanya tiada langsung secalit senyuman . Manalah orang tak takut masuk hospital kan heh .. okay jom sambung baca . 

Hanis hanya mengangguk . 

" Weh , betulkan apa aku teka tu ." Sambung Humaira' setelah nurse itu telah beredar . 

Hanis mengeluh . Dia pandang polos ke arah dua sahabat nya lalu dia mengangguk . 

"Aku agak dah . Apa pulak dia buat kat hang kali ni ?" Riak muka Humaira'  jelas menandakan dia sudah lali mendengar . Sarah sudah siap sedia  dengan menongkat dagunya . 

"Okay laaa  aku cite ." 

" Masa tu aku baru balik sekolah , biasalahkan kita mestilah balik rumah . Mak aku kan tak kasi pegi merayau. Pastu aku masuk la rumah . Aku tengok tengok mak aku tak de kat ruang tamu . Yang ada ayah aku tu je . Aku buat tak heran je la . Aku terus masuk bilik aku . Aku tak de la pikir pelik pelik ke apa sebab aku rasa mungkin mak aku tengah mandi ke apa ke en ." 

Hanis terhenti kejap . Kemudian dia mengambil nafas dan sambung . 

"Aku terus main phone sambil baring . And then aku dengar orang ketuk . Aku pun bukak je la . Rupanya dia wehhhh !! Mau tak terkejut beruk aku ." Tangannya sudah didada. Nak tunjuk terkejut benar la tu . 

"Dia pandang aku atas bawah wehhh. Aku apa lagi aku lari ahh. Tanpa sedar aku terseliuh kat tangga . Pastu terus aku tak sedar ." 

Kedua dua sahabatnya sudah membuntang mata . Hanis pun tak tahulah mereka ini betul betul terkejut atau sengaja naikkan lagi mood cerita . Dorang ni memang over sikit .

" Kau ingat tak sapa bawak kau kat sini ?" Tanya Sarah .

Hanis terdiam seketika . 

"Aku rasa abang Fahmi akulah ." Duganya .

Tiba tiba terdengar seseorang memberi salam . 

" Assalamualaikum ." 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


I HOPE YOU'D LIKE IT . THANK YOU . DON'T FORGET TO VOTE OKEHH :)


Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 11, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

~ ONLY US ~Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang