Bab2

115 8 0
                                    

Jam di tangan menunjukkan pukul 2.00ptg .Waktu persekolahan sudah tamat .Aku pun pulang ke rumah bermotosikal.Alah motor skuter je. Jarak sekolah ku dengan rumah ku tak lah jauh sangat 10 atau 15minit je . Sampai dirumah je ,aku terus masuk ke bilik lalu rebahkan tubuhku di atas katil.

'Haih apa lah nasib aku harini.Dah la datang lambat ,lepas tu kene rotan lagi ,kesian tapak tangan aku ni dh bengkak dan merah ,sakit siot cikgu baru tu rotan. Dia pun satu!tak de belas kasihan .Aku lambat 5minit je.Haishh kecoh ah 'bisingku bagi membela diri sendiri.

'Shu ,dah salin baju sekolah tu ke belom?.Jom makan 'pekik mak yang berada di dapur .

Aku terus bangun lalu aku capai pakaian aku yang berada di almari lalu tukar .Pakaian sekolah aku jantungkan ditombol pintu almari aku.

'Ye ye shu datang .Mak ni pun janganlah terjerit-jerit ,malu jiran semua dengar '.aku tundukkan muka lalu buat muka sedih.

'Mananya mak tak terjerit-jerit sayang oii.Shu tu kan suka buat-buat pekak bila orang panggil. Jadinya mak terpaksa lah jerit -jerit .Biar shu malu'.Selamba je perli mak jemah sambil buat senyuman '.

'Mak ada sudu tak?tangan shu sakitlah .nampak ni'.sambil aku menghulurkan tapak tangan aku ,bagi mak aku nampak .

'Heii ,alaa kenapa tangan anak mak macam tu?siapa yang berani sakitkan anak mak sampai merah tangan anak aku ni alahai'.marah mak jemah .

'Tadi kat sekolah ,shu terr,terdatang lambat .Pastu adalah cikgu disiplin yang baru ni .Dia panggil shu ke bilik dia .Shu pun pergilah .sampai sana ,shu kene rotan mak.Huh tak ada belas kasihan betul cikgu baru tu kan?shu lambat 5minit je '.bebel aku kerana tak puas hati .Haish pak singa memang tak ada belas kasihan.

'Siapa nama cikgu shu tu? Biar mak saman dia esok pagi!'mata mak sudah menbulat sambil dua belah tangannya mencekak pinggang.

'Ehh ehh alaa .Mak tak payah lah. Cikgu tu ,cikgu baru dekat sekolah shu .Shu pon tak tau nama dia.Lagipun memang salah shu datang lambat .Tak payah saman dia eh eh'.rayuku pada mak.bukan aku tak tahu ,mak ni kalau dah berniat ,pasti dia akn tunaikan ,tidak pernah sesekali dia mungkiri niatnya itu.

'Humm tau pun ,sedar pun diri tu yang salah!.Esok dan hari yang seterusnya, jangan bangun lambat lagi !'.tegas mak .

'Hehee ..baik boss'.senyum aku yang nampakkan gigi .

'Mak bukan apa shu.mak cuma tak nak anak mak ni disakiti ,itu aje'.sambil mak capai senduk nasi lalu smcedukkan nasi ke pinggan aku.

Aku hanya tersenyum mendengarnya.Aku bersyukur dapat kasih sayang dari ibu .walaupun kasih sayang ayah dah lama tertanam dilubuh hati.haih rindu pula akn ayah .Ayah semoga roh ayah damai ya disana.

Sebaik sahaja habis makan .Aku kemas meja makan,cuci pinggan dan cawan .Tiba-tiba telefon ibu berdering di ruang tamu .Aku tertanya-tanya di dapur siapa pula yang call mak ni .

'Hello assalamualaikum mak ,ni along lah. Han anak mak .mak sihat? Adik shu sihat ?Mak dengan adik shu dah makan ke belom ni? '.bertalu-talu abg sharizhan bertanya soalan.

'Ohh.waalaikumsalam.semua sihat,semua dah makan .Hah.Apahal kamu call mak ni? Ada benda penting nak cakap ke ?.'jawab mak.

'Aihh mak ni ,takkan han nak call mak pon tak boleh .Han rindu kat mak dengan adik shu tau '.kedengaran suara abang sharizhan sedikit sebak

'Bukan tak boleh.jauh ni nagara mak dengan negara han ,mahal pula kredit potong nanti.'jawab mak dalam keadaan risau dan bersalah.

'Haa yelah,yelah. Han call mak ni nak bagi tau .Minggu depan han balik Malaysia!.Pasal han nak balik ni jangan mak beritau shu pulak .Han nak buat surprise pada adik kesayangan han itu '.Abang sharizhan bagi keterangan.

'Haa yelah ,mak tak beritau. Kamu tu jaga diri disana 'prihatin mak pada abg sharizhan.

'Mak memang terbaik lah!.Okey lah mak ,han ada kelas ni ,bye assalamualaikum,sayang mak'.luahan abg sharizhan pada mak .talian pun ditamatkan .

Waalaikumsalam .jawab mak dalam hati .

'Mak ,tadi siapa call mak?.sekejapnya berbual ?.orang salah nombor ke?'.kepohku .bukan kepoh tapi ambil berat.

'Ha'ah .orang salah nombor.'.terpaksa mak jemah menipu anak kesayangan nya itu. Oleh sebab abg han yang suruh rahsiakan tentang kepulanagn dia ke Malaysia .

'Oh okey lah ,shu nak pergi kemas beg sekolah dulu '.setelah tiada apa lagi untuk aku berbicara.

~~~~~~~~~~~-----------------~~~~~~~~~~~~
Teruskan membaca.semoga terhibur☺☺

Sampai Hati Kau Kan? Where stories live. Discover now