Bab 1

318 3 0
                                    

Kaki melangkah ke sekolah baru. Kebanyakkan mata memandang aku dengan pandangan pelik,jelik dan sebagainya. Maklum lah. budak baru. Eh, bukan sebab itu. Tapi disebabkan aku memakai pakaian sekolah lain. Tak ke pelik sekolah ni mempunyai uniform dia sendiri OK. Lupa, sekolah elit. Ehem, aku terus melangkah dan mempedulikan bisikan bisikan manusia yang kebanyakkannya memandang pelik dan menyampah kepadaku.

Dengan penuh keyakinan aku berjalan dengan gaya catwalk serta mengflipkan tudung aku. Ecehh, dah kenapa kau ni Haura dah macam orang kurang siuman je, suara hati aku berbisik. Aku terus melangkah sambil meletakkan sebelah tangan di pinggang ku seperti seorang model. Okey, kali ni serius kau betul betul dah macam orang tak waras. Aku hanya mempedulikan suara hati aku. Selangkah demi selangkah tetiba hati aku rasa macam tak sedap hati.

Oh, now baru aku sedar yang aku tengah dalam keadaan terjatuh seperti seekor beruk dengan slow motion. Oh, sungguh aku betul betul nak pindah sekolah sekarang ni atau aku diteleport ke tempat lain seperti Canada ke apa. Eh, buat apa pergi Canada baik aku pergi Mekah dapat terus buat haji sempat lagi hati aku bermonolog. Hewhew

Aku fikir sekarang ni aku tengah jatuh kat lantai tapi asal aku rasa sekarang ni bukan lantai tapi tangan seseorang yang sedang memegang pinggang aku. Hmm, nak buka mata ke tak nak dan kenapa lorong sekolah ni tetiba krik krik. Akhirnya, aku membuka mata dengan kadar yang paling perlahan seperti sejuta tahun. Okeyy, tu tipu. Apabila mata aku terbuka dengan seluas luasnya seperti padang bola. Oh, tolong la Haura. Aku terus menolak badan lelaki tu. Lelaki okayyy. Mana taknya bukan muhrim Ok. Dah la main pegang pinggang aku! Dah tak suci dah, kena mandi ngan dengan Tujuh kali tanah bercampur dengan satu air. Eh, itu bukan cara nak bersihkan diri apabila pegang anjing atau babi ke?. Ok, stop it Haura kau dah makin merapu dah, suara hati aku berbisik.

"Woi! ", jerit lelaki yang telah menyelamat kan aku tadi . Satu lorong sekolah terus terdiam. Mana taknya macam jerit pakai mic do. Aku siap menutup telinga aku. Sumpah kuat. Mengalahkan tarzan.!
"Yang kau tolak aku tu dah kenapa!, jerit lelaki itu. Kau tau tak kalau diikutkan hati aku tak hingin pun selamatkan kau, "ujar lelaki itu. Oh, baru aku sedar aku dah tolak dia sampai dia terjatuh macam nangka busuk. Tak hairan lah kalau dia nak jerit macam tarzan

Ok, back to reality. Aku terus memotong percakapan dia dengan meminta maaf sebanyak lapan kali. sorry,sorry,sorry dah macam nak nyanyi lagu super junior dah. Lelaki itu terus memotong percakapan sorry aku yang tak sampai lapan kali. "Kau fikir sorry tu boleh tutup kesalahan kau ke sial!Kau dah malukan aku! Kau ni memang tak guna! Kau akan terima balasannya!" . Amboi mamat ni melebih pulak,suara hati aku berkata." Hey, aku dah minta maaf okey lah tu habistu kau nak aku buat apa melutut baru kau nak maafkan ke!Memang tak lah. Orang dah minta maaf kira bersyukur lah. Aku pun takde niat nak malukan kau lah! kau fikir kau sape, kau fikir kau raja. kau adalah hamba. Ada hati nak bagi balasan, "kataku seolah olah tak mahu kalah siap amik lirik lagu dari kalah dalam menang nih.

Lelaki itu seakan akan terkejut yang amat dengan perkataan yang baru keluar dari mulut aku. Hah, ada aku kisah. Mata dia tak henti henti terkebil dengan mulut ternganga. Serius hodoh. Tak baik lah kau ni Haura, kata suara hati ku. aku sedaya upaya menahan gelak melihat muka dia. Tetiba ada suara jeritan yang muncul dari tepi. Kamu berdua jumpa saya di bilik disiplin sekarang!, ujar seorang guru lelaki yang berbadan sedikit besar.

Oh great Haura, hari pertama dah kena masuk bilik disiplin. :))

"You are dead, "bisik seseorang ditepi telinga ku. Meremang bulu roma aku!. Aku terus menoleh ke tepi. Oh lelaki tadi. Jujur aku katakan lelaki ni sangat comel dengan bibirnya yg merah jambu dan rambutnya yang nampak lembut dengan diflip ke belakang, mata hazel yang bersinar, hidung yang perfect. jawline dia sekali." Hey perempuan, dah habis tenung, dah sampai mana? lautan hindi. "Tersentak aku setelah terdengar bisikan lelaki itu.Terus terhenti lamunan aku. Baru aku sedar sekarang ni aku dah duduk atas kerusi dalam bilik disiplin dengan cikgu disiplin yang tenung aku macam nak tembus. Aduhh, malunya aku!. Sejak bila aku dekat bilik disiplin ni!

"Ehem, kamu berdua ni dah kenapa bergaduh dekat tengah jalan. Tak malu ke!. Adab mana adab! Hah kamu ni Muhammad Hairil Izril! Dah berapa kali dah nak masuk bilik disiplin. Tak serik ke!Ke nak tunggu seratus baru nak serik!!"Aku lihat Izril hanya menongkat dagu seolah olah tidak kisah langsung. Not bad nama mamat ni. Tak lama kemudian, cikgu tu terus berhenti dan memarahi aku aku pulak.

🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕

Setelah 30 minit, baru la kami dibenarkan keluar. Sebaik cikgu tak call family aku. Fuhh. Aku melihat Izril hanya berjalan ke depan sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam poket. Fikir smart ke mamat ni, monolog hati aku. Hati aku dilanda rasa bersalah kerana memarahi Izril. Kalau la aku tak over. Kesian pulak kat mamat ni.

Aku terus mengejar langkah Izril untuk meminta maaf. Apabila sampai sahaja aku terus melepaskan lelah. Per, laju ah mamat ni jalan mengalahkan atlet. Aku melihat sekeliling. Sekarang ni aku dekat rooftop. Suasana ni agak janggal. Yelah budak baru mana biasa. Aku terus mengambil tempat duduk di sebelah Izril tanpa kata.Sebaik sekarang time rehat. Izril memandang aku dengan pandangan terkejut. setelah dua saat Izril terus bersuara dengan kuatnya." Kau buat ap dekat sini perempuan, menyemak ah!. Stalker ke siot!. Dah gila eh.!Ee, bla la. Menyampah ah tengok muka kau.!" Dan macam- macam ayat yang tak bermoral keluar dari keluar dari mulut dia. Aku terus memotong percakapan dia. "First of all, aku nak minta maaf. Aku rasa bersalah yang teramat. Yelah aku patutnya berterima kasih dekat kau sebab selamatkan aku dari terjatuh macam seekor beruk tapi aku marah kau pulak. Sorry sangat- sangat. Aku minta maaf." Mata aku sedari tadi hanya menikmati pandangan di hadapan. Langit seakan kelihatan indah pulak. Satu suara memecahkan kan kesunyian itu.

"Dah habis cakap. Kalau dah kau dah boleh pergi," kata izril seperti menghalau aku. Aku tercengeng, baru je nak berbaik. Dengan perasaan malunya aku bangun dan keluar dari sini tanpa memandang wajah Izril.
Cis mamat ni buat malu aku!aku menghentak kaki setelah keluar dari kawan rooftop.

🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕🚕

Aku memasuki kelas 5 clever dan terus memperkenalkan diri aku. Nama kelas aku dah macam lagu clever girl, clever. Ramai bisikan bisikan suara yang mengatakan, eh ni perempuan yang kecoh tadi tu kan. Aku hanya mempedulikannya, malas nak layan. Sebaik cikgu tak marah aku masuk lewat memandangkan aku budak baru hmm. Cikgu mengarahkan aku duduk disebelah seorang perempuan yang bertudung dan memakai cermin mata. Aku mula bekenalan dengan perempuan ni. Perempuan niagak sempoi actually. boleh kamcing gak dengan aku.

Aina!Haura! termenung ke mana tu fokus . Saya punya lah penat mengajar dekat depan. Awak pula boleh sempat lagi bersembang. Aku dan Aina hanya meminta maaf dan pembelajaran bersambung. Baru aku perasan tempat duduk belakang aku kosong. Tetiba bunyi ketukan di pintu.

Srsly, cite ni merapu gila. Sis hanya buat suka suka.

LoveWhere stories live. Discover now