"Liah bangun dah pukul bape dah sekarang ni. Anak dara pemalas. Tidur terbongkang je tau. Dah pukul 10 pagi dah ni! Nak tunggu pukul 2 petang baru nak bangun ke hah!" Jerit mak sambil menarik selimut aku. "Aduh ma lagi 15 minit je pliss. Liah nak rehat penat sangat semalam tidur lambat, harini kan cuti lagipun."kata aku. Yes , nama panggilan aku Liah. Kelakar kan macam nama kampung je dan aku pun tak tahu dari mana datangnya 'h' dari 'liah' tu. Sampai sekarang hanya lagenda.Tak lama kemudian suara mak kian menghilang. Jangan salah sangka. Mak aku sentiasa meninggalkan jejak. Macam mak kau orang juga iaitu tutup kipas dan tak lama kemudian aku pun buka balik dan mak aku pun tutup balik dah macam main hide and seek dah.Selang 10 minit, akhirnya aku kalah. Terpisat- pisat mata aku dengan tahi mata sebesar beras. K tu tipu.
"Mak mane ayah?"tanya aku. "Ayah kau pergi karaoke dengan kawan kawan."balas mak aku. Ayah aku seperti otai masih berbisa.
"Mak oh mak masak apa harini"tanya aku dengan tak reti malunya. "Amboi,amboi,amboi,amboi,amboi. Bangun lambat ada hati nak makan. Amboi, amboi." Nyanyi mak aku dengan rentak yang tak sama.Aku hanya memandang dengan muka yang bosannya. Setelah 3 minit lebih, baru lah mak aku berhenti nyanyi dengan lirik yang direka khas untuk aku sahaja. Dan aku pun menikmati hidangan yang enak, bak kata lagu roti gardenia "sungguh enak dimakan begitu sajaa"👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣
Taman permainan kelihatan lengang. Aku meneruskan larian perlahan aku. Bunyi derapan kaki seseorang semakin laju mengejar. aku menoleh ke tepi muncul jejaka yang tidak tahu asal usul dari mana."Dah kenapa lelaki ni," bisik suara hati aku. Aku terus mempercepatkan larian dan dia terus mengejar, aku berhenti,dia berhenti, aku jalan, dia jalan, aku tidur dia tidur. K yang tidur tu gurau. Aku berhenti dengan mendadak " I'm sorry, do I know you?" tanya aku." No, you don't know me. "balas lelaki itu dengan senyuman di bibirnya. "Hahh," aku ternganga dengan seluasnya sampai 10 ekor lalat boleh masuk." Oh ok, jadi kenapa awak ikut saya?"tanya aku dengan penuh curiga. "Saje"balasnya. K sumpah scary. Dalam otak aku dah terbayangkan sebenarnya dia orang yang terlepas dari hospital sakit jiwa yang sedang mencari jodoh.
"Hey, chill girl. Saya gurau je" balas lelaki itu setelah melihat muka aku yang berubah pucat seperti tidak makan dan minum selama 5 hari. "Sebenarnya, saya baru pindah dekat area sini then saje nak berkenalan dengan jiran.Lepastu kebetulan terserempak dengan awak",sambungnya lagi"Ohhhhhhh" balasku dengan leretan yang panjang. Suasana yang amat janggal. Lelaki itu memecah kesunyian"by the way, nama saya Firash Ikmal. Just call me Fir atau apa pun asalkan bukan fish, lelaki itu tergelak. Apakah ini, adakah dia tengah membuat lawak, bisik hatiku. Disebabkan rasa kasihan dengan lawaknya yang hambar aku pun tersengih je la. "Oh, nama saya pulak Haura Adrelia."balasku
"Oh, can I call you mine" balas lelaki itu. Typical pickupline. " I'm sorry, tersilap saya tak ada pula saya sebut nama saya mine."balasku seakan akan membuat tak tahu apa. Secara tidak langsungnya suasana kembali janggal. Ermm, rasa bersalah pula lihat muka lelaki tu dah merah macam tomato." Eh, aiskrim la"jeritku dengan niat untuk menutup rasa janggal tapi malangnya jeritan aku terlalu kuat sampaikan orang sekeliling dah pandang aku sampaikan budak budak pun memandang pelik seperti aku budak pun takde macam tu.Pipi lelaki itu bertambah merah. Aduh malunya aku, bisik suara hati aku. "Haa, ermm, jom, makan ais krim" balas lelaki itu sekian lama.
👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣
"Assalamualaikum, kom ap kombak, bak apa batu, tu ap tulang"nyanyi aku dengan lirik yang salah setelah kaki melangkah ke rumah dengan nyaringnya. "Liah, perlahankan suara tu, mak tengah tengok ulangan my cofee prince ni dengan opah"kata mak. "Entah kau ni"diikuti oleh kakak aku.
Hahh, leganya dapat baring. Eh ,aina message la.
Aina- Yo hau, hau are you?
Me- Yo, yo ayuh makan powercat. Apa hau hau nak ejek nama aku lah tu.
Aina- Eh, mana ad lah🐏
Me- Sampai sekarang aku tertanya tanya apa maksud emoji biri biri tu sebenarnya?🤔
Aina- Soalan apakah itu!!Mengalahkan soalan addmath tg 5.
Me- Over la kau Aina oi.
Aina- I'm sorry. Aina busy ni manager Aina sekarang ini. Dia tengah packing barang untuk ke Gunung Everest bagi shooting bersama beruang.
Me- Lawak karut apakah ini Aina!! Ada kah orang nak buat shooting di tengah tengah gunung Everest. Tak beku ke dan lagi satu apa kes dengan beruang!! Nak mati ke hah kena gigit!! Dan lagi satu bukan sekarang ni cuaca dekat sana sekarang ni tengah beku ke?!!
Aku terus mematikan henfon, layan Aina boleh jadi mereng aku walaupun aku seperti dah mereng sebenarnya tapi sekurang kurangnya tak ada lah kan mereng sangat.
Sampai sini je la. Cite ni agak merapu seperti penulisnya yang suka merapu. hahaha. K bye🙌
YOU ARE READING
Love
RomanceHanya gadis biasa. Namun tidak sangka sebuah takdir menyatukan aku dengan dia. Sebuah cinta terukir. Adakah benar dia takdirku? Gadis ini. Melihatnya tersenyum bagaikan indah. Segala yang ada padanya bagaikan tarikan magnet yang menarik aku untuk me...