kepadamu yang telah pergi
aku berterima kasih
kerana pernah hadir di hati ini
meskipun waktunya singkat
tetapi begitu banyak
yang aku belajar darimuaku belajar bagaimana cara
untuk menghargai seseorang
yang benar-benar mencintaiku
agar aku tidak ditinggalkan lagi
seperti yang engkau lakukan padakuaku minta maaf,
minta maaf kerana selalu menyakitimu,
dan membuat kau menangis dalam sepi.
hanya ditemani oleh sang bintang
yang selalu memahami mu,
tidak seperti aku.seharusnya aku menjadi perisai,
perisai yang selalu melindungimu,
menghadang setiap duri yang menghampirimu,
namun sebaliknya yang terjadi,
akulah yang menjadi duri itu,
maafkan aku kekasih.aku tidak pernah menyalahkanmu
di atas perpisahan ini
kerana aku tahu
perpisahan ini terjadi kerana sikapku sendiri
yang gagal menjadi seorang
lelaki yang benar-benar mencintaimu
YOU ARE READING
Maaf Dan Terima Kasih Kekasih
Poetrykepadamu yang telah pergi aku berterima kasih kerana pernah hadir di hati ini meskipun waktunya singkat tetapi begitu banyak yang aku belajar darimu aku belajar bagaimana cara untuk menghargai seseorang yang benar-benar mencintaiku agar aku tida...