Nureen tersenyum gembira. Slip keputusan PT3nya dipeluk erat. Dia bangga dengan dirinya sendiri. Tidak sia-sialah selama ini usahanya untuk belajar bersungguh-sungguh. Ini juga berkat daripada orangtuanya yang selalu memberi sokongan dan nasihat kepadanya.
Datin Hana dan Dato Farid dipandangnya dengan senyuman. Lantas Nureen memeluk tubuh kedua orangtuanya. Dikucupnya pipi mama dan papanya lembut. Tidak kisah dengan pelajar yang lalu lalang ditempat umum itu.
"Thank you, papa mama!" Ucap Nureen perlahan. Airmata gembira ditubir mata mamanya diseka perlahan. Dia tahu mama dan papanya juga gembira dengan keputusan yang diperolehnya itu.
"Mama bangga dengan Nureen." Puji Datin Hana lalu membetulkan tudung anaknya yang sedikit senget disebabkan Nureen memeluk mereka berdua tadi.
"Papa pun bangga dengan Nureen. Tak sangka Nureen berjaya meraih keputusan cemerlang lagi tahun ni." Ujar Dato Farid pula. Dia turut tumpang gembira dengan keputusan anak gadisnya itu.
"Terima kasih mama,papa. Nureen pun bangga juga jadi anak mama dengan papa." Kata Nureen sambil tersenyum gembira.
Tiba-tiba, nama Nureen dipanggil dari arah belakang. Lantas Nureen menoleh melihat siapa gerangan pelajar yang memanggilnya tadi.
"Congratulations, Nureen! Aku bangga dengan kau!" Ucap Nadia iaitu rakan sekelas Nureen yang juga merupakan kawan paling rapatnya.
"Thank you, Nadia! Aku pun bangga dengan kau! Aku harap tahun depan kita masuk kelas yang sama." Jawab Nureen lalu dipeluknya tubuh Nadia. Cuma Nadialah satu-satunya kawan baiknya.
"I hope too. I will miss you Nureen!" Nadia membalas pelukan Nureen dengan erat. Kemudian, pelukan dileraikan. Nadia memandang Datin Hana dan Dato Farid bersama satu senyuman.
"Tahniah Aunty, Uncle! " Ucap Nadia lagi. Ibubapa Nureen tersenyum.
****
Ariana meronyok slip peperiksaan PT3nya lalu dilemparkan ke tanah. Sakit hatinya melihat keputusan yang dia perolehnya. Kemudian, dia menjeling ke arah Nureen yang sedang tertawa bersama kawan-kawannya.
'Kau boleh pula senyum sebab dapat street A+! Kau tengok je nanti Nureen! Kita tengok siapa yang dapat street A+ nanti! Argh! Stressnya hidup macam ni!' Gerutu Ariana dalam hati.
Kemudian, dia mencebik geram lalu dihampirinya Nureen yang sedang bersembang dengan kawan-kawan sekelasnya yang lain."Gembira nampak?" Sindir Ariana tiba-tiba. Perbualan Nureen, Nadia dan Fatin terhenti disitu. Ketiga-tiga sahabat itu memandang Ariana dengan tidak senang hati. Ariana memang tidak disenangi oleh Nadia dan juga Fatin. Nureen pula, sikit adalah rasa tak suka tu.
"Ye. Memang kitaorang happy, Ariana. Takkanlah kau tak happy kut?" Ujar Fatin sengaja mahu memanas-manaskan hati Ariana yang sememangnya tidak pernah sejuk.
"Oh ye, result kau macam mana? Mesti kau dapat keputusan cemerlangkan? By the way,congratulation Ariana Rose!" Sindir Nadia pula. Siapa suruh, berlagak cantik sangat! Nureen disebelah Fatin hanya mendengarnya. Dia malas hendak berdebat dengan Ariana. Tidak mahu merosakkan mood baiknya hari ini.
"Sindir aku ke? Eh, tak payahlah korang nak bodoh-bodohkan aku!" Bentak Ariana yang mula menyinga. Fatin dan Nadia pula hanya tersenyum menyindir.
"Kitaorang tak bodohkan kaulah, Ariana! Kalau kau rasa macam tu, baguslah! Kitaorang pun taklah susah-susah nak bagitahu kau." Kata Fatin lagi.
"Satu lagi, boleh tak kau buang sikit perangai berlagak kau tu? Kau lagi cantik kut tanpa berlagak kau tu." Kata Nadia pula. Ariana mengepal genggamannya. Dia menghentak kaki lalu berlalu pergi dari situ.
"Dasar berlagak!" Kutuk Fatin.
"Geramlah aku dengan minah tu!" Kata Nadia pula.
"Sudahlah tu Fatin, Nad. Jom balik!" Nureen cuba meleraikan kedua sahabatnya itu daripada mengutuk Ariana. Fatin dan Nadia memandang Nureen. Nureen tersengih.
Sorry bebs.. Aku sebenarnya malas nak bahas pasal minah tu." Jelas Nureen.
"Aku pun malas nak bahas!" Ujar Nadia.
"Aku lagilah malas nak bahas pasal minah tu. Bukannya model!" Kata Fatin pula.
"Jomlah balik. Mummy dengan daddy aku dah lama tunggu tu." Nureen terus meninggalkan kedua sahabatnya itu. Fatin dan Nadia saling berpandangan. Kemudian, mengejar Nureen.
•
•
•
Terima kasih yang sudi baca Little Bridge & Mr. Arrogant. Jangan lupa vote&coment sekali. Untuk watak utama heroinnya saya belum pasti lagi. Sama ada Syafiq Azril atau Adam Mikhael. Mana satu pilihan anda untuk heroinnya?Sekian..
YOU ARE READING
Little Bridge & Mr. Arrogant
RomanceNureen Azreen. Pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Tun Ibrahim. Setiap kali ujian Nureen sering mendapat tempat pertama dalam kelas. Sudah tentu orangtuanya bangga dengan keputusan Nureen yang street A+ itu. Sehingga ramai pelajar yang menyukainya...