Bagaikan mimpi kau hadir lagi tiupkan semangat.
Kau hadir dikala mata ini terpejam sampaikan pesanan rindu teragung.
Kau hadir dalam suramnya malam menyapa diri yang terlena diperbaringan dunia.
Kau menghilang kala mata ini tersedar dari lena yang panjang.
Mahu mu apa menyapa diri ini?Katakan saje aku berilusi tapi percayalah apa yang aku rasakan ianya ada sentiasa ada cuma aku yang baru perasan kehadirannya disitu.