DearAria,
Mungkin masa awak baca surat ini, saya dah takda lagi untuk terus hantar mesej pada awak. Jujurnya saya sedih saya tak sempat jumpa awak. Saya sedih bila awak tak ingat siapa saya. Saya sedih bila awak tak reply mesej mesej saya. Tapi saya faham. Saya lagi sedih bila awak berubah, Aria. Saya rindu Aria yang sepuluh tahun lepas. Aria yang suka sakat saya, Aria yang selalu panggil saya alien. Saya tak sangka sepuluh tahun cukup lama sampai awak tak boleh ingat saya lagi.
Awak ingat bila saya kata saya letih? Saya mengantuk? Sebenarnya saya sakit Aria. Saya menghidap pneumonia. Dan saya tak boleh lagi diselamatkan walaupun doktor banyak mencuba. Sakit saya dah terlalu teruk untuk diselamatkan. Tapi saya gembira dapat jumpa awak buat kali terakhir hari itu di hospital. Awak ingat lelaki yang awak langgar masa awak tergesa-gesa masuk ke dalam lif? Itu saya, Aria. Saya, Kim Wonpil.
Saya harap awak bahagia. Saya tak mahu awak menangis sebab saya. Saya selalu perhatikan awak dari atas, Aria. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak dari sini. Selamat tinggal Aria. Saya sayang awak.
Your old friend,
Pilimili***
YOU ARE READING
[C] reply || kim wonpil
Fanfiction❝ kalaulah aku balas mesej mesej dia dulu ❞ © 2017 || brianless_