bab 7

10K 728 156
                                    

aku memandang nazri dan najla bergilir gilir..dah kenapa budak dua ekor ni?

"EIII PONDAN APA KAU BUAT KAT SINI?!!" tanya najla sakit hati..pondan?

"EH PEREMPUAN SIHIR! AKU BUKAN PONDAN LAH!!" balas Nazri pula..perempuan sihir?

eh apa dah jadi ni?

"korang dua ni dah kenapa?" tanyaku pelik bila diorang dua ni asyik menjeling satu sama lain

"ni lah mamat pondan yang langgar najla tadi!!" rengek najla sambil menunding

"eh perempuan sihir! kau yang langgar aku dulu!! alyaa babe! perempuan ni siapa?" tanya nazri kepadaku..aku memandang nazri dan najla bergilir gilir sebelum mengeluh

"nazri..kenalkan ni najla cousin aku..najla kenalkan ni nazri my bestie" kataku dan mereka berdua mula check satu sama lain sambil buat muka jijik

"eiuuu macam mana kau boleh jadi alyaa punya cousin!! tak serupa betul perangai dengan alyaa aku ni" bebel nazri

"hoi! memanglah tk sama perangai..dah nama pun berbeza! kau? bestie sara?! huh! layak ke kau?!!! pondan" balas najla pula dan mereka berdua mula bertekak..

aku yang kat tengah2 dah mengeluh..ha lantak pi lah hang dua aku lapar

"aku lapar..kalau nak gaduh stay sini..siapa lapar ikut aku..kalau gaduh aku halau dua2" kataku dan mereka berdua berhenti bertekak..najla dengan pantas memeluk lenganku

"JOM!" kata najla excited sambil menarikku..dia tak lupa bagi jelingan maut pada nazri..buatkan aku tergelak

"WOI! KAU NAIK KERETA AKU TAU!" jerit nazri sebelum berlari kearahku dan najla..

aku sudah ketawa melihat mereka berdua..

tapi dalam hati ku..aku mengeluh dalam..

diorang berdua macam aku dengan amril satu ketika dulu..huh..ok alyaa forget him pleaseeee...

"dah lah cepat" kataku menarik najla dan nazri mengekori kami dari belakang..

tanpa aku sedar nazri memandang kearah ku risau..kerana nazri tau aku sedang teringatkan amril..dalam hati nazri dia rasa kasihan pada alyaa dan berharap alyaa jatuh cinta ngan dia..biar dia hilangkan amril dari alyaa..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"eh sara..kawan sara yang pondan tu gila ah" kata najla saat kami berdua sudah berada di rumah..

najla duduk di atas katilku while aku baru je lepas mandi..

aku ketawa kecil

"kau orang berdua tadi dah cukup mengalahkan pesakit sara yang 15 tahun gila..layan dia lagi okay dari layan korang dua..gila aku dibuatnya" bebelku..yelah dari airport sampai ke tempat makan asyik gaduh je diorng ni..pening kepala aku..

"dia tu! haish he keep challenging my patience" kata najla buatkan aku tergelak..

"eh tapikan..dia ke nazri dato vida yang sara selalu cerita?" tanya najla dan aku angguk

"HA! PATUTLAH! perangai sebijik cam apa yang sara describe! ni mesti dia pun jual barang kecantikan juga! " kata najla tapi aku gelak...mesti kelakar kalau nazri jadi penjual barang kecantikan

"takdelah dia pilot" kataku dan najla sudah buat muka tak percaya

"SERIOUSLY?!! TIPU!" jerit najla tak percaya dan aku angguk..tergelak dengan reaksi najla..

"Eii still pondan" kata najla geli..aku hanya mampu menggelengkan kepalaku

"Sara! ha! baru teringat..tujuan masuk bilik sara ni actually nak cakap..cik yazid panggil" kata najla dan aku memandang najla pelik

" baru sekarang kau nak cakap....cik yazid nak apa?"tanyaku pelik tetiba abah panggil..tapi najla hanya mengangkat bahunya tanda dia pun tak tahu

aku keluar dari bilik while najla kata dia nak tidur..sampai di ruang tamu aku pun duduk di hadapan abah and mama yang tengah asyik menonton television

"abah panggil sara ke?" tanyaku dan abah memandangku

"ha baru muncul" kata abahku dan aku hanya mampu tersenyum

"kenapa bah panggil?" tanyaku sambil menuangkan air teh ke dalam cawanku

abah dan mama memandang satu sama lain..

"sara nak kawin?" tanya mama tiba tiba..apa lagi tersedak air yang aku minum

"ya allah sara oi! minum hati hati" kata mama sambil menghulurkan tisu kepadaku

aku mengelap mulutku sebelum berdehem

"kenapa mama tanya?" tanyaku pelik..tiba tiba je soalan ni keluar

" saje je tanya..yelah kamu dah 26 tahun..dah tua sangat dah..patut dah kawin dah tu.." kata mama tapi aku masih ragu2

"abah dapat berita yang abah ditugaskan untuk pindah ke sabah..kamu dah ada kerja tetap kat sini takkan nak pindah sabah..jadi kalau kamu dah kawin tenang sikit abah dengan mama nak gi mana mana tak risaukan kamu" terang abah dan aku hanya angguk..err betul juga

"tapi bah..nak kawin macam mana? boyfriend pun takde" kataku

"kalau abah carikan?" tanya abahku dan aku hanya tercengang je..

"ha bolehlah abah" kataku malas nak memikir lagi..kalau parents aku rasa itu yang terbaik jadi aku akan ikut sahaja..pasal jodoh ni aku serah jelah pada mereka..ada betul juga apa yang diorang kata..haih ntahla

"tapi abah bagi jugalah chance sara cari calon sendiri..mana tau ada yang tertarik di hati" kata abah dan aku hanya angguk..

siapa je sekarang yang tertarik dengan aku?

aqil?

ish mustahil.. budak tu pun aku dah tak nampak bayang

nazri?

kalau ikutkan...dia pun in the same situation as aku..tapi ye je dia suka aku?

arh lantaklah

"Abah dah ada calon ke untu sara?" tanyaku dan abah tersenyum

"eh adaa..dia rapat lagi dengan sara"
jawab abah

nazri ke? amril? ish takmau lah amril..nightmare aje itu budak

"ha sara masuk bilik dulu lah..sara fikir2 dulu..kalau ada calon nanti sara kenalkan..kalau takde sara setuju jelah ngan pilihan abah mama"kataku dan terlihat reaksi gembira mama dan abah..aku hanya tersenyum sebelum berlalu pergi..

kawin? hahahah tak sangka topik ni akhirnya keluar

aku mengeluh sebelum menghempaskan badan ku di sebelah najla yang sedang tidur..haih apa apa jelah

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"papa nak kamu kawin"

"apa?! tapi pa-"

"papa tahu..sebab tu papa bagi masa dekat kamu..kalau kamu tak dapat ajak pilihan hati kamu kawin..papa akan kawinkan kamu dengan pilihan papa"

"tapi kenapa? kenapa tiba tiba saje?!"

"papa nak waris..papa nak pastikan syarikat papa berterusan jadi papa perlukan waris awal..kalau kamu nak harta papa..kamu kena kawin cepat"

dan dengan itu si papa pun pergi meninggalkan si dia yang tercengang..apa dah jadi sekarang ni??

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok sorry semalam author tak update! author kena siapkan 8 sets soalan muet urghhh rip me hahaha..

anyway agak2 lah alyaa kena kawin dengan siapa?hahah

jangan lupa vote and comment

Opps!!! I LOVE YOUUUWhere stories live. Discover now