Bab19

19 2 0
                                    

Tujuh orang namja didalam bilik sedang rungsing mendengar chani tak henti merengek sejak tadi, chani sedang berbungkus didalam selimut taknak berhenti menangis, taknak makan minum, taknak bangun dan taknak mandi. tangisan chani juga cukup mengganggu jaeyoon membaca, rowoon mendengar lagu, hwiyoung tidur, inseong mengemas dan satu bilik asrama mereka dengan suara garaunya.

😭😭😭"yaa.... Wuuu...wuu... Omma... Appa..." rengek chani kuat. Sejak balik dari sekolah lagi dia sudah berkeadaan seperti itu, nampaknya budak manja itu susah untuk dipujuk.

"Kangchanhee!!! Boleh tak kau berhenti menangis?! dalam bilik air pun aku boleh dengar suara kau tahu tak?!" marah zuho yang baharu sahaja keluar dari bilik air.

"Zuho janganlah marah dia, nanti dia tambah nangis" beritahu youngbin.

"Arraso-arraso... " zuho mengalah langkah diatur keluar dari bilik.

"Chani please... berhentilah nangis... aku nak tidur" rayu hwiyoung lembut dia berharap namja comel itu akan berhenti menangis, namun hampa bila chani makin menguatkan suaranya.

"Dahlah hwiyoung baik kau ikut kitorang pegi makan petang. Kau pun jaeyoon takpayahlah baca buku tu tak masuk pun dalam otak kalau dah bising macam ni" Cadang taeyang, dia hanya mampu geleng kepala.

"Chani-ah tak comel tau kalau kau nangis dahlah tu... tengok suara kau dah tambah garau"nasihat inseong risau.

"Chani jomlah turun makan... hari ni ahjuma tu masak sedap tau rugi tak makan" pujuk dawon riang.

"Takpa korang turunlah nanti aku teman dia, lagi pun aku tak lapar" youngbin, inseong, jaeyoon, dawon, taeyang dan hwiyoung pandang kearah rowoon jarang sekali namja tersebut mengambil peduli dengan rakan sebiliknya. Lama youngbin mengecil matanya memandang rowoon barulah dia berpuas hati.

"Emm... Okeylah kalau macam tu, chani kitaorang turun dululah... Kalau kau lapar turunlah makan" beritahu youngbin, barulah enam namja tersebut meninggalkan bilik mereka.

Setelah ketujuh-tujuh rakan sebilik mereka itu beredar rowoon berniat menyambung semula kegiatannya mendengar lagu, dia memandang seketika kearah chani sebelum mengenakan earphone ditelinganya. Beberapa minit kemudian dia mula sedar tangisan chani sudah berhenti kerana dia tidak menguatkan muzik telefonnya. Rowoon pantas menanggalkan earphone bila mendengar chani memanggil namanya.

"Rowoon hyung" panggil chani sambil mengusap matanya.

"waeyo"tanya rowoon, perlahan-lahan chani turun dari katilnya menuju kearah rowoon yang sedang duduk bersila diatas katilnya.

"ok sebelum kau cakap apa-apa baik kau lap dulu hingus kau tu" chani hanya ikut seperti yang disuruh.

"Kau nak cakap ap..." rowoon berhenti bersuara bila chani tiba-tiba datang dekat lalu memeluknya. Rowoon hanya berdiam dalam hati dia berasa lucu juga bila wujud lagi namja semanja chani.

"Rowoon Hyung, saya nak luahkan perasaan dengan hyung" mata sepet rowoon membesar segera dia meleraikan pelukan chani.

"Yah.!! Chani kenapa kau cakap macam tu? Betul ke Kau ni namja sejati?" tanya rowoon laju tanpa dia sedar dia sudah tersalah faham situasi chani.

"Apa hyung ni mestilah saya namja sejati" jawap chani dia mula ingin menangis semula.

"Arraso mian janganlah nangis tu pun kau nak nangis... Sekarang kau cakaplah apa kau nak cakap" pujuk rowoon sambil usap kepala chani.

"Macam ni... Saya dah lama suka dengan seolhyun noona, dah berapa kali juga chani luahkan perasaan tapi kena tolak. Banyak benda dah saya buat macam bagi hadiah, bagi bunga tapi dia tak pernah suka pun" luah chani bersungguh-sungguh.

Love Story In Neoz SchoolWhere stories live. Discover now