Bab18

46 6 0
                                    

Youngbin dan rakan-rakannya sedang ulangkaji diruang belajar, dawon memuncungkan mulut memberikan isyarat kepada rakannya yang lain supaya memandang kearah taeyang yang berada dihujung meja panjang. Semua mata yang berada dimeja panjang tertumpu kepada teayang. Taeyang seperti dalam dunianya sendiri sejak balik dari sekolah lagi, sekejap dia menghayal sekejap dia senyum sendiri lagak orang gila gayanya. Yang paling pelik dia tidak banyak bercakap, terutama sekali diruang makan selalunya zuho akan marah padanya disebabkan tempoh satu minggu untuk mereka senyap belum habis. Taeyang hanya tersenyum memandang kearah yuna dan rakannya.

"Dawon hyung kenapa taeyang hyung tu?" tanya chani dalam nada berbisik bimbang juga dia menganggu pelajar lain yang sedang belajar.

"Entahlah dah sewel kot?" jawap dawon tak mengetahui.

"Alah... Paling pun dia dah jatuh hati dengan seseorang" sampuk jaeyoon tiba-tiba.

"Hah!" semua buat muka terkejut, paling teruk sekali dawon. Tinggal jaeyoon, rowoon dan hwiyoung saja buat muka biasa mereka tak lupa taeyang yang masih dalam keadaan tadi. Hwiyoung pula tak ikut sekaki sebab dia sudah terlelap dikerusinya. Mendengar ayat jaeyoon tadi sepantas kilat youngbin, inseong, zuho, dawon dan chani mengerumuni taeyang ditempatnya. Taeyang memandang mereka seketika sebelum hanyut semula dalam dunianya.

"Taeyang..."panggil youngbin pelan namun tiada respon. Dawon siap mengerakkan tapak tangannya didepan muka taeyang tetap juga dia dalam keadaan itu.

"Taeyang!!" jerkah zuho kuat, taeyang masih dalam keadaan tadi. Zuho tersengih malu bila satu ruang belajar memandang kearahnya.

"Takde gunanya korang tanya dia" jaeyoon sekali lagi menyampuk. Dawon yang mula sedar sesuatu mendekati jaeyoon.

"Apa maksud kau? Kau tahu kesiapa orangnya?" yang lain mengangguk, jaeyoon melepas keluhan dia memandang rakannya yang lain dengan serius. Tanpa sedar rowoon yang sejak tadi membuat kerja sendiri mula menumpukan perhatian kepada jaeyoon.

"Entah"jawap jaeyoon bersahaja, langsung tak menghiraukan muka rakannya yang lain agak kecewa.

"Tapi tadi petang aku nampak dia dengan yuna balik sama" sambung jaeyoon lagi, yang lain cuma terangguk-angguk lain pula dawon dia mendapat satu akal cepat-cepat dia mendekati taeyang yang masih dalam keadaan sama.

"Taeyang tengok tu yuna datanglah!" seperti terkena renjatan elektrik taeyang tersedar dari hayalannya.

"Mana-mana" tanya taeyang pantas, semua mereka terngah-ngah memandang taeyang tak terkecuali jaeyoon dan rowoon yang tinggal hanyalah hwiyoung yang sudah berlayar di alam mimpi. Kini tahulah mereka siapa penyebab kepada taeyang berperangai pelik sejak petang tadi.

⭐⭐⭐

Dalam perjalanan dari asrama kesekolah, youngbin dan rakannya yang lain jalan beriringan. Taeyang masih dalam keadaan kemarin tersenyum sendiri kerana ia sedang berada dalam dunianya sendiri.

"Taeyang hyung ni kenapa? Jalanlah betul-betul" tegur hwiyoung kerana dia belum mengetahui mengenai taeyang.

"Angau, abaikan" jawap chani yang berjalan disebelahnya. Hwiyoung hanya mengangguk faham, dia seorang yang pendiam dia hanya bercakap apabila perlu.

"Inseong! jom jalan sama-sama"jimin melambai tangan kearah inseong dan rakannya yang berada tidak jauh dibelakang mereka.

Kelihatan lapan orang yeoja sedang berhenti memandang kebelakang kearah youngbin dan yang lain. Inseong membalas lambaian tangan jimin sebelum melangkah laju kearah jimin, seketika dia berhenti lalu memandang kebelakang dia tersenyum memandang zuho yang tertunduk. Cepat-cepat dia mendekati sahabatnya itu kemudian memaut pergelangan zuho supaya mengikutinya.

Love Story In Neoz SchoolWhere stories live. Discover now