5

473 45 0
                                    

[Min Ah's POV]
AKU menggigit bibir. Alamak. Mampuslah aku.

Dia tak bersalah. Malah aku tak kenal dia. Kenapalah dia main ambil je tanpa bagitau aku?

Macam mana kalau dia saman aku?

"Hei. Macam mana? Seronok tak balas dendam?" Il Hoon mengepit leherku dengan lengannya. Memanglah aku ada bagitau mereka berdua plan aku. Mereka berdua juga bersetuju.

Melihat aku tidak menjawab, dia makin menguatkan kepitan leherku. "Aduh. Ketiak masam betul." Omelku. Il Hoon tergelak lalu melepaskan aku. "Kenapa Min macam gelisah je? Min takut dia mati ke?" Aku menjeling Il Hoon. "Bukanlah. Cuma..."

Il Hoon cuma memandangku. Menanti apa yang mahu diperkatakan olehku. "Cuma apa?" Il Woo menyampuk. Di tangannya terdapat secawan kopi. Dia mengambil tempat di sebelahku. Aku diapit oleh kedua-dua abangku sekarang.

"Cuma... Hehehe..." Aku tersengih. Kedua-dua abangku memandangku. Ini cuma membuatkan aku takut nak bagitau.

"Cuma apa, Min? Cakap cepat." Desak Il Woo. Aku menggigit bibir bawahku.

"Ada orang lain dah ambil air tu."

"APA?!"

Sampai tersembur air yang Il Woo minum.

"Min serious?" Soal Il Hoon dengan mata terbeliak. "Mestilah Min serious."

Il Woo pula dah pandang aku tajam.
"Siapa yang ambil?" Soal Il Woo. Aku hanya menjongketkan bahu. "APA YANG MIN DAH BUAT NI?!" Soal mereka serentak. Terhinjut bahuku akibat terkejut.

Apalah. Dekat sebelah pun suara macam aku dekat tingkat atas. Rasanya taik telinga aku dah cair. Kena pergi korek telinga ni.

Aku bangkit untuk masuk bilik tapi dihalang oleh abangku. "Nak lari, eh?" Il Woo memeluk tubuh.

"Bukanlah. Nak korek telinga. Oppa jerit sampai taik telinga cair." Aku tersengih kerang. Abangku menjelingku.

"Mianhae oppa-ya. Dia yang ambil. Bukan Min yang bagi." Jelasku. Dia yang tiba-tiba datang dan ambil. Aku tak habis cakap lagi dia dah pergi.

Siapa suruh, kan?

"Macam mana kalau dia saman Min?" Soal Il Hoon. Aku jongket bahu. "Min boleh tak tau?!" Il Woo menyoal dengan nada keras.

"Min akan berunding dengan dia." Aku berkata dengan yakin. "Yakin sangat, tu Min." Il Hoon berkata sinis.

"Mestilah. Dia tu lelaki. Mesti dia kalah dengan kecomelan Min." Aku tersenyum riak. "We'll see." Il Woo meninggalkan aku diikuti Il Hoon.

Aku turut melangkah masuk ke dalam bilik.

Nak korek telinga sekali. Suara bukan main kuat lagi.

Sweet Revenge [√]Where stories live. Discover now