3 - What?

52 3 1
                                    

3rd POV

Seu Ri menjeling sekilas Kang Daniel yang berada di sebelahnya. Sesekali dia menarik kerusinya semakin ke tepi apabila Kang Daniel semakin merapatkan kerusinya ke arahnya.

"Hello, boleh tak ke tepi sikit? Sempit lah." Ujar Seu Ri dengan wajah yang cuba dibuat manis. Kalau diikutkan dia nak je tumbuk muka kacak Kang Daniel tu. Eh, sempat lagi puji?

"Nope." Balas Kang Daniel bersahaja dengan bunyi 'p' yang ditekankan. Kang Daniel tersengih sinis sebelum menyentuh rambut ikal Seu Ri yang mencecah bahu.

Seu Ri yang terkejut terus memukul tangan Kang Daniel dengan buku yang dipegangnya.

"Please, saya bukan anak patung yang awak boleh sentuh-sentuh." Marah Seu Ri dengan nada yang tertahan. Dia mengerling ke arah Hyun Ji yang sedang berbual dengan Seong Woo. Ya, Ong Seong Woo adalah teman semeja Hyun Ji.

"Chill babe. Aku tak buat apa pun." Kang Daniel masih dengan mode sinis. Seu Ri yang melihat hanya mengeluh lemah.

"Kang Daniel, saya tahu saya salah sebab tampar awak tadi. Saya tak sengaja. Saya minta maaf. So boleh tak awak jangan ganggu saya lagi?"

Kang Daniel diam sambil merenung lama wajah Seu Ri. Seu Ri yang tadinya berwajah serius terus merona merah.

"K—kenapa tenung saya macam tu?" Seu Ri sudah berdebar kuat. Mata tajam Kang Daniel sangat memikat sehingga mampu membuatkan hatinya berdebar kencang.

"Kau tau tak yang selama ni aku cari kau?" Ujar Kang Daniel perlahan sambil merenung lama wajah cantik Seu Ri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau tau tak yang selama ni aku cari kau?" Ujar Kang Daniel perlahan sambil merenung lama wajah cantik Seu Ri.

"Eh?"

Seu Ri sudah berona merah. Rasanya wajahnya hampir menyamai warna buah tomato. Kang Daniel... Apa maksud lelaki itu sebentar tadi?

"Hn. Lupakan." Kang Daniel terus membetulkan kedudukannya agar menghadap papan hitam. Seu Ri yang masih terpinga-pinga masih memandang wajah Kang Daniel. Kang Daniel memusingkan wajahnya menghadap Seu Ri. Dia merenung Seu Ri tajam.

"Kau memang berani kan nak tenung aku tak lepas macam tu?"

"Eh??" Seu Ri tersentak dan tersedar akan kelakuannya. Stupid Seu Ri! Malukan diri kau aje! Dia terus berdehem sebelum mengalihkan tumpuannya pada seorang guru wanita yang baru tiba.

"Jangan lupa kau hutang apa dengan aku." Bisik Kang Daniel sinis. Seu Ri menarik nafas panjang.

"Saya dah minta maaf kan?"

Kang Daniel tersengih sinis. "Kau ingat maaf kau tu boleh hilangkan rasa malu aku?"

Seu Ri mula naik angin. Apa lah benda yang mamat ni nak?!

"Awak nak apa sebenarnya dari saya?!"

"Slave. Aku nak kau jadi budak aku."

"What?!" Jerit Seu Ri sehingga terbangun dari kerusinya. Satu kelas yang sibuk tentang pemilihan ahli organisasi kelas semua tertumpu pada Seu Ri dan Kang Daniel.

"Yes, miss. Are you new student here? Anything we can help?" Soal Sunmi Sonsaengnim penuh tegas. Dia paling pantang dengan pelajar yang bermain semasa di kelasnya.

"I'm... I'm sorry sonsaengnim." Seu Ri memandang lemah wajah Hyun Ji yang sedang membuat muka kasihan kepadanya. Mesti Hyun Ji sedar akan keadaan dirinya yang diganggu oleh Kang Daniel sejak pagi tadi.

"Okay, pelajar. Bagi memudahkan kerja kita semua, dengan ini saya isytiharkan..." Sunmi sonsaengnim menunjukkan isyarat nama daripada Seu Ri. Seu Ri yang faham segera menyebutkan namanya.

"Nam Seu Ri." Ujar Seu Ri gugup. Entah apalah denda yang akan dikenakan terhadapnya.

"Nam Seu Ri sebagai penolong ketua kelas dan Kang Daniel sebagai ketua kelas. Semua setuju?"

"What?!" Ujar Kang Daniel dan Seu Ri serentak. Masing-masing berdiri dan memandang wajah antara satu sama lain.

"Ni semua salah kau!" Ujar mereka serentak lagi.

"Eh, apa saya pulak? Awak yang kacau saya kan?!"

"Kalau kau ni bukan minah kepoh takde lah Songsaengnim denda kita!"

"Saya tak akan jadi minah kepoh kalau awak tak usik-usik saya!"

"Okay enough!" Jerit Sunmi Sonsaengnim kuat sehingga terhenti drama yang sedang berlangsung tika itu.

"S-sorry Sonsaeng—"

Sunmi Sonsaengnim segera menepuk kuat meja yang berada di hadapannya. Satu kelas yang tadinya bising terus senyap sunyi. Krik krik.

"My decision tetap sama. And I hope jawatan ni dapat mengubah perangai awak berdua. And one more, you guys go to the detention class after school. I. Mean. It." Sunmi Sonsaengnim merenung wajah pelajar-pelajarnya dengan pandangan tegas. Terumatanya Si Pesalah Laku.

"Yes, sonsaengnim." Balas Seu Ri lemah sebelum duduk. Kang Daniel hanya duduk tanpa mengucapkan apa-apa.

Sunmi Sonsaengnim hanya membiarkan Kang Daniel. Dia sudah masak dengan pelajarnya yang satu itu. Selagi Kang Daniel tidak melampau, tidak perlu ditegur.

"Siap kau nanti." Bisik Kang Daniel penuh geram.

Seu Ri memusingkan wajahnya menghadap Kang Daniel dengan perasaan marah yang membuak-buak. Kalau aku dapat tumbuk muka dia ni...

"Jangan ingat saya diam bermakna saya kalah." Balas Seu Ri penuh geram.

"Okay, babe. I'm waiting for your 'revenge'. Heh."

Seu Ri menjeling tajam Kang Daniel mendengar ayat sinis dari lelaki tampan itu.

Tak guna punya lelaki!!! Jerit hati Seu Ri sekuat hati.

To be continued...
Vote, comment and share.


Kang Daniel | Our JourneyWhere stories live. Discover now