Bab 1

5 1 0
                                    

Hujan lebat membasahi bumi. Seolah-olah membiarkan anak kecil itu untuk menangis semahu-mahunya. Dua kujur tubuh orang tuanya yang berlumuran dengan darah dipeluk semahu-mahunya seperti menginginkan keajaiban berlaku. Namun, anak kecil itu tahu walaupun baru berusia 9 tahun ibu bapanya sudah tiada.

Tiba-tiba, kedengaran suara-suara yang bermain dalam fikirannya.

" Ini semua salah kau!"

" Mati! Mati!"

" Kau pembunuh! Pembunuh!"

Jantungnya berdegup kencang. Mulutnya seperti mengucapkan sesuatu. Kedua-dua telinganya ditutup; meminta suara-suara itu untuk diam. Air matanya mula mengalir.

Di kala dia menangisi apa yang terjadi, dia terdengar tangisan seorang budak perempuan dibelakangnya. Dia menoleh perlahan-lahan dan kelihatan seorang budak perempuan berbaju putih sedang menangis keesak-esakan.

Dia cuba mengingati siapa budak perempuan itu tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang.

Siapakah dia?

*****

Jam loceng kedengaran. Aamir bangkit dari tidurnya dengan kejutan. Badannya berpeluh sejuk. Tangannya mula menggigil. Mimpi tu lagi!

Aamir meraup wajahnya kasar. Mimpi kemalangan kereta yang menyebabkan kematian ibu bapanya sentiasa menghantui dirinya. Aamir pernah menganggap bahawa mimpi tersebut merupakan bayang-bayang masa silamya, yang akan sentiasa mengikutinya yang akan sentiasa menakutinya. Dan ada satu lagi misteri tentang mimpi tersebut, kewujudan seorang budak perempuan berbaju putih. Siapakah dia? Apa kaitan dia dengan aku?

" Beep... beep.."

Telefon bimbit Aamir berbunyi. Aamir segera menekan punat hijau.

" Hello Inspektor Aamir. Time to wake up. Kita ada kes."

" Kes? Kat mana?"

" Dekat W University. Kau kenal kan?"

" Ya. Aku kenal. Give me details about the case."

" Hurm, I don't think it's a great idea. Kes ni lain sikit."

" Hurm, ok. Tunggu aku kat sana."

Aamir segera bangun dari tempat tidurnya. Tangannya cepat mencapai tuala yang tergantung di dinding dan menuju ke bilik air.

******

Hana membuka matanya dengan pantas. Tangannya menggigil ketakutan. Ya Allah, mimpi itu lagi! Mimpi yang dia sendiri tidak mengerti. Mimpi yang sebelum dia kehilangan ingatannya. Dan mimpi itulah yang menghantui dirinya.

Hana cuba mengingati kembali budak lelaki yang wujud di dalam mimpinya namun gagal. Dia dapat merasakan bahawa budak lelaki itu mempunyai hubungan dengan dirinya tetapi apa? Kepala Hana mula berdenyut, dia mula memegang kepalanya.

" Beep... beep..."

Telefon bimbit Hana berdering. Nama Suzie, rakan baiknya terpampar di skrin. Hana menekan punat hijau.

" Hana! You have to wake up! Now!!"

" Hoi, mak cik. Terkejut aku. Kenapa macam dah hilang anak ni?"

" Ya Allah, kau tidur mati ke ni? Kau tak tahu berita?"

" Berita? Berita tentang apa?"

" Our own lecturer. Encik Khalid mati! And worst, kena bunuh!"

" What? Kau kat mana ni?"

" Aku kat kantin. Aku pun baru tahu."

" Ok ok, aku datang sekarang jugak."

Hana terlopong selepas mendengar berita tersebut. Encik Khalid mati... kena bunuh???


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MemoirsWhere stories live. Discover now