1;

14.4K 740 25
                                    

Kim Daeyoung - Pembaca/Readers



---

Aku telah tiba di sebuah sekolah baru. Bangunan sekolah ini agak besar berbanding dengan sekolah lamaku di Busan.

Aku sedang berdiri teguh di hadapan pintu pagar utama sekolah ini namun, aku berasa gementar kerana suasana sekelilingku sangat ganjil dan menggerunkan bagiku.

Ramai pelajar yang sedang berpusu-pusu untuk masuk ke sekolah kerana berkemungkinan sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi.

Aku terpaksa meneruskan perjalananku dan masuk ke dalam sekolah ini.

"Annyeonghaseyo~ saya adalah pelajar baru. Di mana pejabat ya?". Aku bertanya pada pengawal yang menjaga pintu pagar ini.

"Pejabat agak jauh.. mari saya tolong awak". Kata pengawal itu dengan senyuman.

Pengawal itu mengarahkan seorang lagi rakan sekerjanya untuk menggantikan tempatnya buat sementara waktu.

Aku hanya mengikuti pengawal itu dari belakang.

"Siapa nama cik?". Soal pengawal itu.

"Nama saya Kim Daeyoung". Kataku dengan senyuman kekok kerana aku berasa gementar.

"Kamu bersekolah di mana sebelum datang ke sini?". Soal pengawal itu lagi.

"Saya sekolah di Busan dan saya terpaksa pindah ke bandar Seoul atas pekerjaan baru ayah saya di sini". Kataku.

"Oh, macam tu~ baiklah selamat datang ke Hwanlim's High School". Kata pengawal itu dengan senyuman.

"Terima kasih". Aku senyum.

Kami telah tiba di sebuah pintu yang besar dan bertanda PEJABAT "Inilah bilik pejabat. Baiklah, saya pergi dulu ya?". Kata pengawal itu.

"Ne". Jawabku.

Pengawal itu pergi dan tinggal aku sendirian di sini yang sedang berdiri di hadapan pintu pejabat. Aku berasa agak gementar.

"Aku kena masuk juga!"

Aku mengetuk pintu itu, "Annyeonghaseyo~". Kataku.

Pintu itu dibuka dan menunjukkan seorang wanita berpakaian seperti pekerja office. "Ya? Ada apa yang boleh saya bantu?". Soalnya dengan senyuman.

"S-Saya pelajar baru.. dan saya nak daftar diri". Kataku dengan gementar.

"Sila masuk~". Katanya.

Aku masuk ke pejabat ini dan aku diarahkan untuk tunggu seketika. Setelah beberapa minit, wanita itu keluar dan membawaku masuk ke sebuah bilik.

Dia menyuruh aku duduk di kerusi berhadapan dengan mejanya.

Wanita itu sibuk memeriksa sesuatu di komputernya.

"Tolong isi borang ini~". Wanita itu memberiku borang untuk mengisi maklumat diriku.

Setelah selesai, dia hanya perlu menaip kembali apa yang aku tulis dari borang itu ke dalam komputer untuk dimasukkan ke dalam sistem supaya aku sah pelajar di sini.

"Cik Daeyoung, saya nak awak fotostat sijil kelahiran awak, kad pengenalan awak, kad pengenalan ibu dan bapa awak, dan juga slip gaji kedua ibu bapa kamu. Saya nak awak terus ke pejabat pagi esok dan beri kepada saya. Arasseo?". Katanya dengan senyuman.

Setakat ini, urusanku berjalan dengan baik sekali. Orang-orang di sekolah ini agak peramah padaku.

"Arasseo". Jawabku.

the antisocial • j.jk [C]Where stories live. Discover now