-2-

197 9 0
                                    

Sesampainya ke sekolah...

Sewaktu Dania melangkah ke pagar sekolah, dia terserempak dengan kereta Tengku Aril Ismail. Di sekolah, Aril nampak sebagai seorang yang pendiam tetapi dia sebenarnya seorang mafia. Tiada seorang pun yang mengetahui dia seorang mafia kecuali seorang iaitu rakannya, Mohammad Rafieq.Dania lalu di situ lantas dia tersenyum. Dia mula berangan untuk berkahwin dengan Tengku Aril kerana dia minat dengan Aril sejak Aril pindah ke sekolah tersebut tahun lepas. Di sekolah, Aril selalu tunjuk muka dingin tetapi tiada seorang pun tahu dia terlibat dalam kumpulan mafia. Itu merupakan rahsia terbesar Aril. Dia suka dengan Aril kerana bagi Dania, Aril seorang yang baik tetapi sebenarnya sebaliknya. Aril terlibat dengan kegiatan mafia disebabkan satu peristiwa hitam yang telah berlaku.
Sedang enak Dania berangan, tiba-tiba loceng sekolah nya berbunyi menandakan pelajaran akan bermula sekejap lagi. Dia pun bergegas ke kelasnya. Akibat dengan keadaan tergesa-gesa, dia terlanggar dengan seorang pelajar lelaki. Apabila dia hendak minta maaf dengan pelajar lelaki tersebut, tiba-tiba dia dijerkah oleh budak lelaki tersebut. Dia pun mula mengangkat kepalanya untuk memarahi orang yang telah melanggarnya tetapi dia tiba-tiba terkelu sendiri kerana budak lelaki tersebut merupakan crushnya sendiri. Lelaki tersebut ialah Tengku Aril Ismail. Lantas dia terus mematikan niatnya.

"Hoi. Lain kali jalan guna mata. Mata tu letak lah tempat yang sesuai. Lagi satu, jangan berangan bila berjalan. Merbahayalah,"marah Aril tetapi dalam marahnya, ada kata nasihat yang diselit.

"Mint...minta maaf. Saya ta..tak se..sengaja,"kata Dania dengan keadaan yang tergagap-gagap. Tanpa membalas maaf Dania, Aril lantas beredar dari tempat kejadian.

"Hisy, sombongnya lah Aril tu. Menyesal aku minat kat dia kalau tahu sikap nya yang sebenar. Kalau aku tahu lah sikap nya macam tu mati hidup semula pun aku tidak akan minat dengannya. Nasib takde orang lalu lintas. Nasib semua dah masuk ke kelas, kalau tak pasti aku dah jadi mangsa tontonan mereka,"bebel Dania dengan sendiri.

"Ala, aku dah lambat ni. Dah lah matapelajaran pertama cikgu garang yang masuk. Hisy apalah malang nasib aku ni,"rungut Dania.
Ketika itu dia terpandang jam tangannya lalu bergegas ke kelas.

MY MR.  MAFIAWhere stories live. Discover now