-3-

154 7 0
                                    

Di kelas...
“Hisy, mana Dania ni? Takkan dia lambat bangun lagi? Dahlah cikgu dah masuk. Dia sakit kah?,”bebel Alisa. Alisa merupakan kawan baik Dania. Dia saja tahu semua yang berkaitan dengan Dania Sophea. Mereka diibaratkan sebagai isi dan kuku. Mereka sangat rapat sehingga tiada seorang pun yang dapat memisahkan mereka. Selepas 5 minit cikgu tiba ke kelas, Dania baru sampai dengan keadaan yang tergesa-gesa.

“Dania Sophea, awak baru sampai. Kenapa lambat sampai?,” tanya Cikgu Richard yang merupakan guru Sains dan juga guru disiplin di sekolah SMK Tanjung Impiana.

“Min..minta maaf, cikgu. Tadi jalan jammed sebab tu saya lambat tadi,”kata Dania.

“Kali ni cikgu lepaskan. Tapi lain kali kalau awak lambat awak akan kena denda oleh saya. Dah, duduk kat trempat awak,”kata Cikgu Richard.

”Baiklah cikgu,”kata Dania lalu duduk di tempat nya yang bersebelahan dengan Alisa, kawan baiknya.

”Psst. kenapa lambat Dania. Aku ingat kau sakit’”kata Alisa.

” Sorry, nanti aku cerita dengan kau. Nanti kita kena marah oleh cikgu sebab tidak menumpukan perhatian dalam kelas dia,”kata Dania.

“Owh okay. Ingat kau hutang dengan aku. Nanti cerita kat aku,”balas Alisa.

”Okay,”kata Dania lalu mereka berdua lantas menumpukan perhatian kepada cikgu sehingga waktu rehat bermula.

Pada waktu rehat,

"Dania, kenapa kau lambat tadi?. Baik kau cerita sekarang",kata Alisa kepada Dania.

"Yelah, yelah,aku nak cerita lah ni. Sebenarnya tadi aku bangun lambat macam biasa. Dah aku sampai kat pagar sekolah, aku terjumpa dengan Tengku Aril Ismail, crush aku tu.", kata Dania.

"lepas tu, apa jadi",tanya Alisa dengan tidak sabarnya.

"Hish, kau ni. Bagilah aku habis cerita dulu baru kau boleh menyampuk lah",balas Dania dengan muka tidak puas hati. Dia pantang apabila ada orang yang suka potong apa yang dia cakap.

"Yelah, aku minta maaf. Sambung lh",balas Alisa.

"Okay, okay",kata Dania lantas dia terus menyambung semula cerita dia.

"wah, aku tak sangka Tengku tu bersikap sedemikian. Aku ingat dia pendiam tapi tak sangka dia tu bermuka dingin kn?",kata Alisa kepada Dania.

"yalah, dah kau habiskan makanan kau tu. Tak lama lagi habis masa rehat",kata Dania. Setelah mereka menghabiskan makanan, mereka lantas masuk ke kelas sehinggalh tamat waktu persekolahan.

MY MR.  MAFIAWhere stories live. Discover now