Ingat Janji Kita

294 1 0
                                    

                          Bab 1
      Raimi meninggal pejabatnya di Bangunan Wisma Waris Gah ketika jam hampir pukul 7.00 malam. Kawasan parkir diruang basement itu sudah agak lengang. Sebaik sahaja dia menekan alat kawalan kereta, telefon bimbitnya berlagu.
      Buru-buru dia mencampak briefcase ke tempat duduk belakang kereta Hyundai Sonata berwarna putih sebelum melolos masuk dan menjawab panggilan itu.
      "Mama baru saja berbual dengan atuk kamu tadi. Dia telefon mama. "Tanpa mukadimah, Rozita utama perbualan.
      "Hmm…dan?"Raimi faham sangat dengan mamanya itu. Kalau berbual dengan Tok Jalal,ada saja laporan beritanya. Enjin kereta dihidupkan. Hands free car kit dipasang.
      "Dia nak datang rumah kita ahad depan."Raimi tidak menunggu lama untuk keluar dari situ. Dia harus segera. Waktu maghrib hampir menjelang. "Baguslah…dah lama tak jumpa atuk. Raimi tahu dia rindu Kat Raimi. Kalau datang tak pegang tenung muka Raimi ni tak sah! "Dia tergelak. 
       Rozita pura-pura tergelak sama, menyindir sebenarnya. "Haa…Kali ni memang dia betul-betul rindu dengan Raimi. Nanti dia datang, tahulah Raimi betapa dia sayangkan anak tunggal mama ni."
      "Aik? Ayat mama ni seram meremang tiba-tiba saja. Tegak bulu Roma Raimi."
      Makin galak Rozita ketawa.
      "Mama…jangan beritahu Raimi yang atuk nak carikan jodoh untuk Raimi. "Raimi mula cuak. Fokus pemanduannya sedikit terganggu. Dia memperlahankan kelajuan.
     "Siapa suruh jadi cucu kesayangan atuk?ujar Rozita, masih kedengaran ceria.
   "Mamalah ni. Kenapa mama tak beranak ramai-ramai? Kalau tak, mesti atuk tak tahu nak pilih yang mana satu jadi cucu kesayangan,"lawak Raimi pula. Masih boleh bersenda dalam pada hati sedang gelisah.
      "Hisy…ke situ pulak dia. Yang penting sekarang ni ,kamu bersedia sajalah tunggu atuk datang bawa calon cucu menantu dia minggu depan."
      Ternganga Raimi! "Mama…".Dia kehilangan idea untuk memprotes. Jadi tergagap-gagap pula.
     "Mama tak tahu apa-apa. Raimi telefon atuk sendiri kalau tak percaya. Dia kata, tak elok membujang lama-lama. Rugi! Kat kampung tu katanya, ramai anak dara yang molek-molek perangai budi pekertinya. " Rozita sekadar menyampaikan pesanan Tok Jalal saja. Bapa mertuanya itu agak 'kuku besi' juga orangnya. Tidak suka kata-katanya dibantah.
         "Mama…".Raimi berdecit dalam keluhan. "Raimi baru 27 tahun, ma…muda lagi. Kerja pun baru tiga tahun lebih. "
         " Entahlah atuk kamu tu. Mama tak kisah. Kalau pilihan dia tu elok, mama terima saja. "Rozita memang tak kisah siapa pun bakal menantunya. Tidak bercadang langsung hendak menetapkan kriteria yang patut ada pada gadis yang bakal menjadi teman hidup Raimi kelak.
      "Dengan siapa,mama? Raimi kenal ke orang tu? "
       Rozita ketawa. "Macam tak sabar saja kamu ni?"
     "Tak sabar apa bendanya? Raimi tak setujulah. Nak kahwin pun kena orang lain yang tentukan. Tak best langsung!"Raimi mencebir.
     "Raimi tengok dulu orangnya. Mana tahu tiba-tiba hati anak mama ni berubah suka pulak. Pilihan atuk mesti bukan yang cikai-cikai punya. Dia tu nampak saja macam tu, tapi high taste jugak,"pujuk Rozita. Dia tidak mahu Tok Jalal menyalahkannya kalau Raimi membantah kehendak orang tua itu.
     "Kalau macam tu, baik atuk pilih calon isteri dia. Atukkan dah lama menduda? Tak elok menduda lama-lama nanti lemau pulak. "Mengekek-ngekek Raimi mentertawakan atuknya sendiri.
      "Minggu depan atuk datang, mama nak dengar Raimi cakap macam tu kat dia. Berani? " cabar Rozita, nak melihat sejauh mana 'berani' si Raimi itu.
       Raimi sekadar tergelak saja. Siapa yang berani cakap macam tu depan Tok Jalal? Kalau nak cari nahas bolehlah. Tok Jalal tu cengih orangnya.
     "Raimi Kat ofis lagi ke? "
     "Dalam kereta, mama. Tengah drive"
     "Hati-hati bawa kereta tu. Jangan berangan pulak. Bahaya. "
Rozita terkekeh ketawa sebelum memutuskan talian.
          Raimi melepaskan nafas panjang. Berasa rimas dengan perhatian Tok Jalal terhadapnya yang berlebih-lebihan.

Sesudah menunaikan solat maghrib di surau stesen minyak di kawasan R&R Awan Barat Lebuhraya KESES,Raimi melangkah ke dalam stesen itu untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong.
     Begitulah rutin hariannya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan singgah di situ untuk bersolat maghrib dan kemudian makan sebelum pulang ke rumahnya di Cheras.
      Hanya sebiji burger, ayam goreng, kentang goreng dan satu cawan kopi panas. Di rumah, tidak perlu makan malam lagi. Mandi, sembahyang isyak, main PS3 seketika dan tidur. Ada kala, sambil main PS3 dia boleh terlelap.
     "Tak Ada pelangan ni. Jom teman aku makan kejap, "ajak Raimi setelah membayar harga makanannya.
       Adi tersengih-sengih sambil mengira wang kertas yang diterima daripada Raimi. "Aku tengah kerjalah! Kau pergi kat meja Sana tu, duduk makan diam-diam. "
      "Tak bestlah makan sorang-sorang. Biasanya kau temankan. Apasal malam ni kau kerek semacam dengan aku? Kau takut mak cik kau marah ke? "
       Terseringai sinis Adi mengenangkan Kalsom. "Apa barang nak takut dengan dia? Kalau aku tak Ada,stesen minyak dia ni dah lama tutup tau. "
     "Ouh…tutup ya? " Raimi terangguk-angguk dengan senyuman nakal. Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum bersuara agar intonasinya lebih kuat. "Mak Cik Kal…"
           Dengan pantas Adi keluar dari kaunter bayaran lalu menekup mulut lancang Raimi. "Engkau nak pendek umur ke apa? " soalnya dengan suara yang serak-serak basah. Terjegil matanya.
            Raimi hendak mengekeh, tetapi terkawal dek tekupan tangan Adi. Rasa terlalu geli hati,sampai ditekan-tekan perut kerana tidak dapat melepaskan dekahan.
        Adi menarik tangannya dari mulut Raimi. "Biul! " jelingnya.
        Kemerahan wajah Raimi menahan gelak ketika memandang riak Adi yang sudah kekelatan. " Jom, aku teman kau makan."Akhirnya, Adi mengalah menonong dia mengambil tempat di sebuah meja di tengah-tengah ruang kafe di situ.
        Raimi membuat aksi 'yes' dengan riak gembira. Ditatang dulang berisi makanan yang diletakkan di atas kaunter tadi. Langkah Adi diekori.
          Adi sempat berbahasa isyarat kepada Ain yang sedang menyusun stok minuman bertin di peti sejuk agar menjaga kaunter buat sementara  waktu.
         "Barulah aku berselera nak makan bila kau temankan. " Raimi membuka bungkusan burgernya setelah duduk.   
           Adi memandang Raimi dengan mimik muka sinis mengejak. Terlihat di matanya kepoyoan lelaki itu. Kentang goreng Raimi di sambar beberapa batang dengan selamba. Semuanya disumbat ke dalam mulut. Topi yang dipakai diperbetulkan duduk letaknya.
          "Huh! Buruk lantak! " kutuk Raimi. Dia membentang kertas tisu elok-elok di hadapannya. Cara memegang burger juga ada gaya. Tertib tingkah lakunya menghadap makanan. Wajah Adi dipandang sekilas, sengaja mahu menayakan bertapa sopannya dia.
         Melihat perilaku Raimi itu, membuatkan Adi menyambar lebih banyak kentang goreng,lalu disumbat terus kesemuanya kedalam mulut sekalis gus. Dia tidak mahu kalah.
       "Macam naga kebelur tahap lapan! "
         Adi mengekek tergelak. Nyaris-nyaris tersembur isi di dalam mulutnya.
        "Selebet macam cipan! " kutuk Raimi lagi.      
        Adi mengunyah dengan lebih cepat sebelum menyambar air kopi Raimi pula. Semua dibuat macam nak sendiri. Peduli apa dia.
       "Aku cipan yang comel. "
        Tergelak raimi. Dia akui, Adi seorang lelaki berwajah 'jambu'. Rambutnya pula ala pelakon Korea,menutup sebahagian muka. Budak-budak remaja perempuan ramai yang tergila-gilakan penampilan begitu.
       "Mak Cik Kalsom 'meracau' lagi ke Hari ni? "
        Adi mencebik. "Tu hobi dia. Mana boleh tinggal satu hari pun. Tapi hari ni dia banyak duduk kat dalam ofis. Banyak kerja katanya. Kerja dia goyang kaki. Nanti di tempiknya aku buat orang tua itu mengherdik stafnya. Cuma dia belum pernah melihat Kalsom menempik Adi, sekadar 'jelingan maut' yang 'makan dalam'. Tapi Adi selamba toya saja muka dia. Muka terjal.
       Aku tengah risaulah, Adi…"Raimi melepaskan sebuah keluhan setelah burgernya habis dimakan. Kertas pembalutya digumpal kecil-kecil sebelum diletakkan di atas dulang.
      "Tak payahlah kau nak risau. Berani dia nak jerkah aku? Dia takkan berani punya."Adi berlagak berani walau sebenarnya dia penakut apabila berhadapan dengan Kalsom. Hanya berani mengutuk belakang.
      "Tak Ada maknanya aku nak risaukan kau. Aku risau pasal akulah!"
        Ohh…Adi tersengih."Memanglah. Aku tengok muka kau ni memang muka yang minta masalah. " Dia tergelak-gelak, masih kedengaran suara seraknya.
       "Atuk aku nak datang minggu depan. Siap nak bawa calon bini untuk aku. Argh…malapetaka! "
        "Hui…baguslah tu. Muka kau pun Ada riak muka gersang. Cantiklah! " Adi mendekatkan ibu jarinya ke muka Raimi sambil digoyang-goyangkan.
        Raimi menepis. "Cantik sikit mulut kau tu. Aku tak sukalah orang jodoh-jodohkan aku. Bini aku, pandai-pandailah aku nak cari. Ingat aku tak laku ke? Aku ni yang pemilih. High taste. " Dia berlagak.
       "Apa yang kau nak terseliuhkan otak kau tu? Cakaplah dengan atuk kau yang kau tak suka. Habis cerita. Ni nak emosi pulak. "
       "Kalau orang tua tu boleh bawa berbincang tak apa.Ni macam rejim Israil.Kejam! "
       "Ewah-ewah…sedap betul kau mengutuk atuk kau sendiri. "Adi tergeleng-geleng.
       "Aku gurau saja. Eleh…kau pun sama. Kutuk mak cik 'Bush' kau tu,"tingkah Raimi mengejek.Ada hati nak kata orang konon!
       "Kes aku lain,kes aku X-Files." Adi gelak kuat-kuat. "Cakap kat atuk kau,tolong carikan calon untuk aku sekali. Aku nak jugak. Tak pun…yang kau tak nak tu bagi kat aku. Aku rembat saja siapa pun."gelaknya semakin galak. 
       Ketawalah sepuas-puas hati kau, sampai urat merih putus! "Raimi menjeling. Diteguk kopinya sedikit demi sedikit sambil akal mencari helah melumpuhkan misi Tok Jalal.
      Tiba-tiba…
      "Hah! "Raimi memetik jari, sehingga terkejut Adi dibuatnya. "Aku Ada idea. Aku kena beritahu Tok Jalal yang aku dah Ada pilihan hati aku sendiri. Siap dah berbincang nak meminang dengan keluarga perempuan tu. Aku mesti merayu-rayu mengatakan yang keluarga aku akan dapat malu kalau batalkan rancangan dengan keluarga perempuan tu. "
        "Adi berkerut dahi memikirkan 'keaslian Dan kekualitian' buah fikiran Raimi itu. Agak payah akalnya menerima idea Gila bangang begitu.
        "Geliga kan otak kawan kau yang hensome ni? "Raimi tersenyum lega. 
       Tercebik Adi. "Berapa Hari lagi atuk kau nak datang? "
        Raimi berkira dengan jarinya. "Sembilan hari. "
         Spontan Adi bangun secara mengejut. "Kau ada sembilan hari untuk mencari cinta. "Tangan Raimi dijabat erat. "Selamat berjaya!" Dia tersenyum mengejek sebelum meninggalkan Raimi. Dari jauh dia melaung sambil mengangkat tangan yang digengam. "Berusaha"
           Raimi mendengus rasa tercabar.

           Ingat Janji Kita Karya Murni AqilaWhere stories live. Discover now