Bab 1

10 1 0
                                    

          

Bunyi roller shuttle ditarik menghentam lantai simen kedengaran di sini sana. Hampir semua lot kedai di kawasan ini beroperasi pada waktu yang sama. Kecuali seven elenven di blok belakang.

            Aku berpapasn dengan seorang gadis berkaca mata yang kerja di har-hari. Setiap kali kami bekerja pada shif yang sama, aku pasti akan berpapasan dengan dia di jalan, tapi tak pernah sekali pun kami bertegur sapa.

            Dia akan terus berjalan kearah rumah kedai di blok banggunan sebelah kanan, manakala aku akan terus berjalan ke kawasan perumahan di belakang banggunan kedai hari-hari.

            Suatu ketika dulu, hanya ada tapak perumahan ini yang terletak dalam kawasan berhutan dan agak terasing, tapi selepas kawasan hutan itu dibangunkan dengan pasaraya tf dan lot-lot kedai, kawasan ini mula jadi kawasan tumpuan manusia-manusia dari segenap arah.

            Terima kasih kepada pembangunan, sekarang aku tak lagi jadi penganggur dan tak juga takut nak balik jalan kaki waktu malam. Kalau ada pun perkara untuk ditakutkan, itu hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia.

            Dari pintu pagar aku dah dengar bunyi kayuhan mesin jahit antik ibu. Kunci aku cucuk dalam tombol, kemudian aku pulas dan seiring pintu terbuka, aku memberi salam.

            Ibu menoleh sekilas, memberikan senyuman sambil menjawab salam sedang tangan dan kakinya masih tidak berhenti mengayuh sebelum dia kembali memberi tumpuan pada mesin jahitnya.

            "Nak bila tu?" beg sandang aku sidai di kepala tangga dengan tudung dan anak tudung.

            "Esok pagi."

            Getah rambut aku leraikan, seharian berserkup, gatal kepala aku dibuatnya.

            "Bila hantar?"

            Ibu tak jawab.

            Aku berdecit dan terus ke dapur. Perut aku lapar tapi aku tak rasa macam nak makan. Badan aku penat tapi aku tak rasa macam nak tidur. Buka peti ais, tak banyak benda yang boleh dibuat kudapan. Bekerja di pasaraya buat aku hilang selera melihat makanan ringan.

            Tutup balik pintu peti ais. Terus ke sofa dan hidupkan tv. Selalunya pukul sebelas macam ni, tak banyak dah cerita yang menarik.

            "Baju apa tu bu?"

            "Kurung je." Jawab ibu yang membelakangi aku.

            Selalunya bila ibu cakap 'je' maksudnya baju tu tak susah untuk disiapkan. Paling kurang ambil masa dua jam. Sejak sebelas tahun lalu, mesin jahit opah itulah yang jadi punca pendapatan ibu. Dari tahu jahit sikit-sikit, ibu terus jadi mahir menjahit.

            Ibu tak ada pilihan.

            Ibu Cuma ada mesin jahit, dia tak ada duit, motor, rumah atau duit simpanan. Dia Cuma ada sikit ilmu jahitan yang dia belajar masa aku masih kecil.

            "Cuba jelah menjait, Kiah. Aku ni nak bagi duit memang takdelah, bagi kau tumpang rumah ni jelah yang aku mampu. Sementara nak dapat sikit duit belanja cari kerja lain tu, cuba kau asah sikit ilmu yang ada tu." Kata-kata opah sebelas tahun lalu masih segar di ingatan.

            Aku ketika itu, berasakan aku sanggup berhenti sekolah asalkan aku boleh teman ibu pergi cari kerja. Disaat semua orang menunding jari menyalahkan ibu, aku satu-satunya yang berdiri di sebelah ibu, dan menyakinkan yang ibu buat keputusan yang  betul.

            "Kak, kalau mengantuk masuk bilik."

            "Tak, kakak tak tidur. Nak tengok tv ni."

            "Esok kerja pukul berapa?"

            "Tiga."

            "Tolong ibu boleh?"

            Aku toleh pandang belakang ibu sekilas dan kembali memandang tv. "hmmm..."

Sharon's TailorWhere stories live. Discover now