Bab 3

3 0 0
                                    


Dulu aku tak faham kenapa orang selalu tukar-tukar kerja. Katanya zaman sekarang ni susah nak dapat kerja, tapi dah ada kerja gaji elok apa semua, berhenti pulak.

"Esok kalau kau dah kerja kau fahamlah sha." Kata Mun, kawan baik aku bila aku persoalkan kekerapan dia menukar kerja dalam masa setahun.

Sekarang aku mula memahaminya. Selain bidang tugas yang tak setimpal dengan gaji, jenis pekerjaan yang tak kena dengan jiwa, bos yang garang dan cerewet, satu hal lagi yang menjadi punca kepada permasalahan ini adalah, politik tempat kerja.

Semuanya baik-baik saja masa aku mula-mula menjadi pekerja di pasaraya ini, tapi sejak aku dinaikkan pangkat bersesuaian dengan kelayakan yang aku ada, pekerja lain mula berubah laku.

Mereka tak puas hati aku yang kerja tak sampai setahun dah naik pangkat tapi mereka dah kerja bertahun-tahun masih di takuk lama, ketidakadilan apakah ini?

Mungkin mereka terlupa, sementara mereka membanting tulang dan keringat di tempat ini, aku juga sedang menghabiskan pengajian di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah yang aku gunakan untuk memohon jawatan di pasaraya ini.

Aku bukan macam yang mereka katakan di belakang aku.

"Fathiah ngorat bos lettew sebab tu dapat naik pangkat."

"Korang, aku rasa Fathiah ada scandal dengan bos, pagi tadi aku nampak diorang jalan berdua kat tempat parking."

Kadang-kadang kita boleh bertahan untuk hal-hal yang sukar, tapi sekali kita dijentik dengan hal sebesar semut habis pecah semua tugu pertahanan diri.

Tadi aku bergaduh dengan Manager baru sebab dia tetapkan peraturan yang sangat tak masuk akal kewarasan aku. Aku dah cukup bersabar dengan peraturan tudung kena masuk dalam baju supaya tak ganggu proses kerja, sekarang baju pula kena masuk dalam seluar?

"Sekarang ni apa masalahnya dengan baju tu? Selama ni kerja kami tak terganggu pun, walaupun baju tak tuck in?" Aku persoalkan tindakan dia.

"Saya bos ke awak bos?"

"Tak, sekarang ni jawablah soalan saya."

"Saya nak nampak kemas. Salah?"

"Kalau saya tak nak? Saya kat sini nak kerja, bukan nak tayang punggung pada orang."

"Oh kalau dah baik sangat tak nak tayang punggung bagai, kenapa kerja sini? Pergilah mintak kerja kat sekolah agama."

"Haah memang, memang dah lama aku nak berhenti pun! Tak mati pun lah kalau aku tak kerja sini." Aku tak tunggu lama terus angkat kaki pergi dari situ.

Bumi Allah ni luas kan? Kenapa nak bebankan diri kerja kat tempat yang kau tak suka.

Kan?


p/s : Mencabarnya tulis bab ni. Aku nak tulis lebih dramatik dan lebih real sebenarnya, tapi aku takde sumber rujukan. Main taram je ni entah betul entah tidak kerja pasaraya macamtu scene kerja pasaraya??

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sharon's TailorWhere stories live. Discover now