3

12.4K 33 0
                                    

Setahun kemudian ~

"Weh hampa . Aku letak nama hampa semua untuk lusa pi pameran kerjaya tau! Satgi bagi nama penuh dengan ic dekat Farah" kataku kepada gengku.

**

"Weh seriously jalan kaki ja? Apani?"rungut Syasya

"Sekolah tu seberang sana ja hak alah mengada ja hang"aku membidas Syasya . Dia hanya tersengih sahaja mendengar kataku itu.

"jom jom geng taksabarnyaa" kata Ayuni dengan teruja . Dah kenapa minah sorang ni hak alah

Aku dan 4 rakanku , Syasya , Farah , Ayuni , Sofia berjalan memasuki Dewan Sekolah Min Teck yang dijadikan pameran kerjaya pada tahun itu. Kami telah berpecah kerana masing² teruja dengan pameran universiti yang ingin kami masuki. Aku pula hanya berjalan berdua dengan Syasya . Tiba²

"Pst pst , weh Aina"bisik Syasya kepadaku
Aku mengerutkan dahiku
"kenapa hang ni bisik² bagai"

"Tuh hang tngok tu , budak skolah PHS ( Penang High School ) . Sekolah hot tu weh!!" Kata Syasya dengan teruja sambil menunding ke arah pameran sekolah PHS itu.

"Boleh la tuh yang tinggi tu handsome doh" kataku dengan gaya gedik.

Semasa kami bergelak sambil meng"usha" budak PHS tu , kami disergah oleh yang lain.

"Haaa! Usha apa tu. Gatai noh hampa dua ni" sergah Ayuni dengan yang lain.

"Dak tu budak PHS tu . Budak sekolah laki yang hot tu . Saja la kami dok usha" kataku kepada Ayuni.

"Hampa ni apa barang usha dari jauh , jom la pi tengok pameran sekolah tu"kata ayuni sambil berjalan ke pameran PHS.

"Hi girls" tegur salah seorang lelaki yang menjaga pameran PHS

"Hi! kami saja la mai sini nak tengok² pameran PHS , takpa kan?" ujar Ayuni dengan ramah sekali.

Aku dengan Syasya hanya berpandangan satu sama lain sambil membuat muka "mula dah dia nak jual minyak hak alah"

"Oh la tengok jalah open kan"kata lelaki itu dengan ramah.

Melihat dia yang kelihatan agak selesa dengan gelagat rakan² ku , aku pon mula mengorek tentang dirinya . Lelaki itu namanya Nashrin . Baik orangnya , mempunyai senyuman yang kelihatan manis mungkin kerana memakai braces? Baru kami tau rupanya dia dan Farah satu sekolah rendah . Wow cantik aa . Sorang lagi budak PHS tu nama Hakimi . Dia la yang aku dan Syasya aim tadi . Tapi dia kelihatan pemalu orangnya . Dia hanya senyum sahaja kepada kami dan kebanyakan masanya dia berbual dengan budak perempuan sekolah Methodism Girl School (MGS) . Meluat aku tengok haih . Yang sorang lagi , Airil , dia banyak berbual dengan guru mereka . Pemalu juga mungkin?

Setelah lama berbual , kami pon meminta diri nak berjalan² lagi , tapi sebelum tu kami membeli lencana sekolah PHS , ingat senang ka weh nak dapat peluang macam ni .

**
"Weh Aina! Aina weh Aina oi!!!" kedengaran jeritan Sofia di segenap blok asrama . Aku yang baru keluar dari tandas terus berlari mencarinya di tingkat 3

"Haa apadia hang ni weh menjerit terlolong tak ingat dunia . Aku nak berak pon tak senang tau"ucapku tercunggap² , penat berlari punya pasal.

"Ni Syasya ni dia kan dia kan......."belum sempat Sofia menghabiskan ayatnya , Syasya menutup mulut Sofia

"Haa apani? Baik hampa dua bagitau aku kaih . Kenapa ni sya?" ugutku kepada mereka berdua

"Hish piah ni laa kecoh aa seganla aku ish"rungut Syasya

"Syasya kan , dia kan ada skandal dengan Nashrin , budak PHS tu weh" kata Sofia tersengih²

"Apa??What???!! Apani sya?? Kenapa aku tatau?? Sampai hati hang kan" ujarku dengan nada berjauh hati.

"Ala Aina . Aku dengan dia baru start kawan ja bukan ada apa pon . Ni Piah la , dia pepandai dok call Nashrin kata aku nak cakap apa la"kata Syasya seakan memujuk

"Malam ni dia nak call , jom la join borak dengan dia , amacam?" Kata Sofia

"Taknak la aku kacau depa dua dating"kata ku sambil muncung ke arah Syasya

Syasya menjegilkan matanya kepadaku "Mana ada hang ni memandai ja ish , jom jalah join . Kot la hang nak tanya pasal Hakimi hang tu" tersengih² Sofia mendengar kata² Syasya .

**

Malamnya ~

Nashrin pon call Syasya tepat pukul 11.30malam.

"Hi Nashrin"sapaku
"Eh hi! Sapa tu" kata Nash
"Ni Aina ingat tak? Yang paling comel tu" kataku sambil ketawa
"Oh Aina , hi" kata Nash

"Weh tanya la pasal Kimi hang tu"kata Syasya . aku pon tunggu apa lagi

"Nash, nak tanya boleh"
"Apa?"
"Hakimi apa khabar?"
"Hakimi? Hakimi yang mana"
"Banyak Hakimi ka dekat sekolah hang tu?"
"haa , ada 2 . Satu pondan satu handsome" terus aku dan Syasya bantai gelak .
"Yang handsome tu handsome sangat ka"
"Tengok la sendiri ig dy"
"Ig dia nama apa"
"hakimi10"
"oh ok jap"

Terus aku mencapai telefonku lalu menaip nama tersebut . WTH WEH HANDSOME GILA WEHHH

Terus aku "Weh handsome weh , ni aku punya aku cop dulu" tergesa² aku berkata sebegitu sebagai amaran kepada rakan²ku

"boleh laa, ambik la hang"kata Ayuni kepadaku

"Pantang handsome semua dia punya , ni Kimi pondan ni hang nak letak mana"kata Syasya

"Ala bila aku mau Kimi tu , aku single sukahati aku la" cebik aku kearah Syasya

Berbunga- bunga weh hati aku bila aku stalk mamat ni. "Yes hi Hakimi , i think i have fall for you"desis hatiku

Malam itu , aku menemani Syasya on the phone dengan Nashrin . Minah ni dah jatuh dengan mamat tu ka apa hak alah . Syasya siap membodek aku tidur dengan dia semata² ingin otp dengan Nash menggunakan phone aku . Sebagai umpan , aku dapat number Hakimi . eh actually bukan umpan , aku sendiri yang mintak dari Nash..

Dendam Kita Where stories live. Discover now