BAB 2

125 7 0
                                    

Pada ketika itu,keluarga Dato Farhan sedang menikmati makan malam yang dimasak oleh Datin Suraya sendiri.

"Sedapnyaaaaa!!! Dah lama tak makan masakan mama.Rindu nya dekat masakan mama.Dekat sana selalu sangat makan makanan western sampai tekak adik pun hampir nak jadi macam orang putih."Celoteh Nurin sambil memakan ayam sambal kegemarannya itu.

"Adik,makan jangan bercakaplah.Amalan syaitan tu.Nanti2 boleh cerita lagi.Lepas dinner ni.ok?? Kata Anith lembut kepada Nurin.

"Yelah2...kejap lagi sambung balik."

"Good girl.Macam ni lah baru adik along."Anith membuat thumbs up kepada Nurin .

Nurin tersenyum melihat kakaknya itu.

Dato Farhan tersenyum melihat kemesraan di antara Anith dan Nurin.Matanya beralih pula kepada Farisya yang diam itu.

"Angah?"

"Ya papa?"

"Kenapa dari tadi papa tengok angah senyap je? Angah ada problem ke??"Soal Dato Farhan kepada Farisya.

"Tak adalah papa.Angah penat sikit je.Papa jangan risau ye? "Ujar Farisya kepada Dato Farhan

"Baguslah kalau macam tu.Kalau angah ada problem, bagitau papa.Papa tak nak anak2 papa stress dengan problem tu.Lagipun tahun ni kamu semua dah nak SPM.Papa taknak disebabkan problem tu, kamu punya pembelajaran terjejas.Ok?"Kata Dato Farhan kepada Triplets

"Ok papa"Kata Nurin sambil tersenyum kecil.


DI RUANG TAMU

Selepas mereka makan malam, Keluarga Dato Farhan bersantai di ruang tamu.

"Erm2..Along,Angah Adik."

"Ya papa?? Kenapa papa??"
Tanya Anith kepada Dato Farhan.

"Sebenarnya,Papa dah masukkan kamu bertiga ke Private School."Kata Dato Farhan tenang dan menatap wajah ketiga tiga anaknya itu.

"Whatt??!!!! Apa yang papa cakap ni??" Soal Nurin terkejut.

"Papa dah masukkan kamu bertiga ke Private School.Papa dah uruskan semuanya.So...lusa Along, Angah dengan Adik boleh masuk sekolah tu."Ujar Dato Farhan.

"Macam mana dengan sekolah kitaorang dekat London?? Takkan nak biarkan macam tu je papa?"
Soal Anith

"Along jangan risau,Papa dah uruskan semuanya termasuk pertukaran sekolah."

"Kenapa kena pindah?? Ada masalah ke?" Soal Farisya yang dari tadi hanya mendengar perbualan itu.

"Bukanlah sayang...Tapi papa nak anak2 papa sentiasa dekat dengan papa and mama.Lagipun Along, Angah dengan Adikkan dah lama tinggal dekat London dengan Aunty Anne.Hampir 2 Tahun Along dengan Adik dekat London.Angah pulak dah 5 tahun duduk dengan Aunty Anne.Dah lama kita satu family tak spend time sama2.Sementara papa dengan mama masih ada ni, tinggallah dengan kami.Boleh kan??" Soal Dato Farhan dan mengharap supaya anak2 nya menerima keputusannya itu.

"Adik setuju! Adik dah bosan duduk London.I want to spend time with my lovely parents and my twins!!"UJar Nurin sambil tersenyum gembira.

"That's my girl."Dato Farhan tersenyum kerana mendapat persetujuan daripada anak bongsunya itu.

Farisya terdiam dan memikirkan tentang perkara itu.

"Boleh ke aku sesuaikan diri dekat sana nanti?" Kata Farisya di dalam hati.

"Along, Angah?? Setuju tak?"
Soal Dato Farhan kepada Anith dan Farisya.

"Hmm...oklah.Along setuju.But,kalau Along rasa sekolah tu tak sesuai dengan Along...Along nak pindah.Boleh papa?"Tanya Anith kepada Dato Farhan dengan takut2.

"Mestilah boleh.Papa taknak lah anak2 papa terpaksa or tak selesa.Along jangan risau ye?? Ni sekolah yang terbaik.Papa yakin, anak2 papa mesti suka sekolah tu nanti."Kata Dato Farhan dan tersenyum.

"Oklah kalau macam tu.Lega Along dengar."Anith menghembuskan nafas lega kerana papanya tidak membantah dengan cadangannya itu.

Semua mata memandang Farisya kerana menunggu jawapan dari Farisya yang sejak tadi hanya berdiam diri.

"Angah setuju ke tak dengan cadangan papa tu??"Soal Datin Suraya kepada anaknya itu.

"Hmm...Angah tak tahulah papa.Bagi angah fikir dulu ye?"Kata Farisya sambil memandang muka Dato Farhan yang sudah berubah riak mukanya itu.

"Hmm..yelah.Tapi kalau angah tak setuju dengan cadangan papa tadi..Nanti papa hantar angah balik London lepas cuti.Papa nak tidur dulu."Ujar Dato Farhan dengan perlahan dan terus naik ke biliknya.

Farisya hanya memandang tubuh Dato Farhan itu dengan pandangan yang bersalah.

"Kenapa angah tak setuju dengan cadangan papa tu??"Tanya Nurin kepada Farisya.

"Angah fikirlah dulu.Nanti biar mama yang pujuk papa ye sayang??"Ujar Datin Suraya lalu tersenyum manis ke arah anaknya itu.

"Hmm..ok mama.Angah tidur dulu.Good night..Assalamualaikum."Farisya mencium tangan dan pipi Datin Suraya sebelum naik ke biliknya.

"Waalaikumussalam."Datin Suraya turut melakukan perkara yang sama kepada Farisya dan tersenyum.

"Mama...Adik nak tanya sikit boleh??

"Boleh.Adik nak tanya apa?? Macam serius je."Soal Datin Suraya dengan dahi yang berkerut.

"Even kitaorang ni triplets, Kenapa angah dingin,pendiam.Betul ke angah tu anak mama and papa?"Tanya Nurin kepada Datin Suraya.

"Apa yang adik cakap ni?! Mestilah angah tu anak papa and mama merangkap kembar kita.Kalau angah dengar ni,kecik hati angah.Cuba adik jangan merepek!"Kata Anith dengan tegas sambil merenung Nurin tajam.

Nurin terdiam kerana ditegur oleh Anith.Takut melihat muka garang Anith yang jarang ditunjuk itu.

"Adik...Angah tu kakak adik.Kembar adik pulak tu.Takkanlah angah bukan anak mama.Tak baik tau adik cakap macam tu tentang angah.Angah tu baik...Cuma angah tu lain dari kamu berdua.Mama tak nak adik cakap macam ni lagi.Walau macam mana pun..Angah tu tetap kakak adik.Faham?"Kata Datin Suraya tegas kepada anak bongsunya itu.

"Hmm...ok mama.Adik minta maaf."Ucap Nurin dengan muka yang serba salah.

"Good girl."Datin Suraya tersenyum melihat Nurin yang takut2 itu.

"Along, Adik.Pergi tidur.Dah lewat ni."Ujar Datin Suraya kepada Anith dan Nurin.

"Ok mama.Good night."Anith mencium pipi Datin Suraya dan menuju ke biliknya bersama Nurin.

"Good night princess."Kata Datin Suraya kepada Anith dan Nurin dan terus ke biliknya.

Tanpa mereka sedari,Farisya telah mendengar perbualan di antara kembarnya dan Datin Suraya.

Air matanya menitis tanpa dia sedari...

"Ya Allah...kenapa aku jadi macam ni?? Teruk sangatkah aku??"Ucap Farisya perlahan bersama air mata yang mengalir di pipi...

Akhirnya Farisya terus ke biliknya dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

Farisya melelapkan matanya untuk tidur dan hanya membiarkan air matanya mengalir.








To be continued...










****************************
Ok tak chapter ni?? Best tak?? Jangan lupa comment tau.Sorrylah kalau hambar.Saya still belajar cara2 nak menulis dalam bidang ni.Jangan lupa add cerita saya dekat library and reading list korang tau!! Kalau nak tau yang selanjutnya...kenalah baca AKU SAYANG KAU!^_^
Don't forget to follow saya and vote cerita ni banyak2!! Sorry kalau english saya salah..hehehe...bye2..
See you!!^_^
Love you alls!!..
Assalamualaikum.

                                  From:
                                    Miss N

AKU SAYANG KAU!!Where stories live. Discover now