BAB 3

94 5 0
                                    

Farisya terjaga dari tidurnya pada pukul 4:00 pagi.Farisya terus ke tandas untuk mencuci muka dan mengambil wudhu untuk solat tahajud.

"Ya Allah...Kau ampunkan lah dosa2 ku ini..sesungguhnya,Aku telah banyak berbuat dosa kepadamu...Kau tabahkanlah hatiku ini untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang engkau berikan...Ya Allah...kau cekalkanlah hati ku untuk menerima segalanya di dalam hidup ini."Doa Farisya sayu.Air matanya mengalir apabila teringat kepada orang yang dia sayang ..sudah tiada di dunia ini.

"Saya rindu awak sangat2..."

Usai sahaja Farisya solat, Dia turun ke bawah untuk minum air.

Sewaktu Farisya hendak ke biliknya semula, Dia terlihat cahaya dari bilik bacaan papanya itu.Farisya pun menuju ke bilik bacaan itu untuk melihat siapa yang berada di situ.

Apabila Farisya membuka pintu itu,Dia lihat Dato Farhan sedang membaca buku.

"Papa??"

Dato Farhan yang menyedari kehadiran Farisya itu terus memanggil anaknya itu duduk.

"Papa tak tidur ke??"Soal Farisya kepada Dato Farhan.

"Tak lah.Tadi papa terjaga.So..lepas papa solat,Papa duduklah sini.Papa tak boleh tidur."Kata Dato Farhan kepada anak kesayangannya itu lalu tersenyum.

"Angah baru bangun ke?" Tanya Dato Farhan kepada Farisya.

"Dah lama jugaklah.Angah solat tahajud tadi.Turun bawah sebab nak minum air.Angah tengok lampu bilik ni terbuka.So...Angah ingatkan tak ada orang...rupa2 nya papa."

"Hmm...Angah...Papa nak cakap sikit boleh?" Kata Dato Farhan dan memandang wajah anaknya yang berkerut itu.

"Macam serius je.Papa nak tanya apa?" Soal Farisya kepada Dato Farhan yang sedang memandangnya itu.

"Erm2....Angah setuju tak dengan cadangan papa tu??

Farisya terdiam apabila mendengar soalan yang ditanya oleh Dato Farhan itu.

"Angah....tak tahulah papa."Ucap Farisya perlahan sambil menundukkam wajahnya.

"Hmm...Papa tak paksa angah.Cuma papa tak nak anak2 papa duduk dekat negara orang.Dah 5 tahun angah duduk sana.Angah tak kesian ke dekat papa dengan mama?" Soal Dato Farhan dan memandang wajah Farisya yang menunduk itu.

"Angah....tak boleh duduk sini.Banyak sangat kenangan Angah dengan dia papa.Angah.....rindu....dia"Ucap Farisya perlahan

Akhirnya air mata yang dia telah tahan dari tadi mengalir di pipi mulus milik Farisya.

Dato Farhan yang melihat anaknya itu menangis terus duduk di sebelah Farisya dan terus memeluk Farisya yang sedang menangis itu.

"Angah....dia dah tak ada dekat dunia ni lagi.Mesti dia sedih bila tengok angah nangis.Papa tak suka tengok angah nangis."Kata Dato Farhan dan menepuk perlahan badan Farisya.

"Semua ni salah angah...Angah jahat...Angah biarkan dia mati....Kalau tak, mesti dia hidup lagi....Angah jahat!!"Semakin lebat air mata yang mengalir di pipi Farisya.

"Angah...ni semua bukan salah angah. Angah tak jahat, angah baik sayang...Dah sampai ajal dia...jodoh, kematian...semuanya dekat tangan Allah.Kita tak boleh lawan takdir.Angah jangan lah macam ni...Angah tak salah..."Kata Dato Farhan dan memegang muka Farisya yang telah dibasahi oleh air mata itu.

"Angah jahat papa...jahat sangat...."Terisak Farisya dan memeluk Dato Farhan dengan sangat erat.

"Anak papa tak jahat.Angah kena redha dengan pemergian dia.Janganlah nangis ye? Papa tau, angah kuat."Ujar Dato Farhan.

Setelah beberapa minit, barulah tangisan Farisya reda.

"Papa yakin ke angah boleh sesuaikan diri dekat sekolah tu??" Soal Farisya.

"Papa yakin sangat.Papa nak angah lupakan semua yang dah berlaku.Papa tak nak angah rasa bersalah.Lagipun,sekolah tu kawan papa punya.Kalau angah ada masalah, angah boleh bagitau dekat uncle tu or terus bagitau papa."Kata Dato Farhan sambil memandang wajah cantik anaknya itu.

"Hmmm...kalau macam tu...Angah setuju.Tapi kalau angah nak pindah ke London, papa bagi ye??"

"Mestilah papa bagi.Papa gembira sangat bila angah setuju.Terima kasih."Ucap Dato Farhan lalu tersenyum.

"Sama2 papa.Papa jangan risau,Angah akan jaga Along dengan Adik dekat sekolah tu.Takkan ada sesiapa yang berani usik angah or my twins."Ujar Farisya lalu tersenyum sinis.

"Lain macam je.Papa taknak Angah jadi gangster.Ok dear??"

"Ok papa." Kata Farisya .

"Good girl.Macam ni lah baru anak papa."Kata Dato Farhan dan mengusap lembut kepala anaknya itu.

"Angah masuk bilik dululah.Ngantuk."Tersengih Farisya.

"Yelah....jangan bangun lambat pulak."Kata Dato Farhan kepada Farisya.

"Ok bos!!"

Farisya pun terus kelua dari bilik itu.Tetapi di depan pintu bilik itu, Dia berkata kepada Dato Farhan...

"Papa??"

"Ye...nak apa lagi??" Soal Dato Farhan dengan dahi yang berkerut.

"Angah tak janji yang angah takkan jadi gangster dekat sekolah tu.Itu sahaja.Assalamualaikum."

Farisya terus berlari ke biliknya sebelum sempat Dato Farhan berkata apa2.

Tersenyum Dato Farhan melihat kelakuan Farisya yang jarang ditunjuk itu.




To be continued.....







****************************
Siapa "Dia" yang dimaksudkan oleh Dato Farhan dan Farisya itu?? Kalau nak tau....kenalah baca next chapter.Harini tak buat panjang sangat.Sorry sangat2 kalau cerita ni hambar.Ini baru permulaan...saya akan buat cerita ni menarik.Jangan lupa add cerita ni dekat library and follow saya ye??..hehehehe....Kalau nak lagi terbaik....Votelah cerita ni ye?? ^_^
See you!! Love you guyss♡
Bye2..
Assalamualaikum.

                              From:
                                 Miss N

AKU SAYANG KAU!!Where stories live. Discover now