Aku dari tadi menahan sakit perut terus bangun dari tempat duduk. Meja cikgu kutuju.
"Haaa, ada apa ni Tash?" soal Cikgu Tasnim melihat aku mara ke arahnya.
"Saya nak pergi tandas kejap boleh cikgu? Sakit perutlah.." balasku sambil menahan perutku yang semakin memulas berbanding tadi.
"Pergilah. Nah pas. Karang kena tangkap dengan guru disiplin ingat kamu ponteng pulak!" kata Cikgu Tasnim sambil tangannya menghulurkan 'Pas Kebenaran' keluar kelas itu kepada aku.
Memang. Sekolah ni ketat sangat peraturannya. Boleh pulak cikgu-cikgu disiplin buat peraturan,
'Siapa keluar kelas time cikgu tak ada, kena tulis nama dekat pak guard yang jaga bilik photostat, kalau tak, tak boleh keluar. Nama siapa paling banyak tercatat dalam buku 'Keluar Kelas' itu, akan dipanggil ke bilik disiplin untuk disoal siasat.'
Kau rasa? Gilakan?
Macam mana kalau macam kes aku yang sakit perut perlu sangat nak 'membuang?' Haa, macam mana? Habaq mai.
Takkan nak tahan kot? Karang student terberak dalam seluar siapa nak tanggung. Nanti cakap orang pengotorlah, apalah. Padahal, salah diaorang buat peraturan yang agak mengarut macam tu.
Nak bantah payah. Kata orang kurang ajar pulak. Tak cakap apa-apa pun susah.
***
Fuhhh...
"Leganya...." aku keluar dari tandas dengan gembira. Cehh, gembira pulak. Haha, tak adalah. Aku dah siap 'melepas' hajat aku. Tu yang gembiranya tu. Haih, nampaknya aku perlu minum 'Vitagen' dulu sebelum pi sekolah baru sistem penghadaman aku berfungsi dengan baik kot.
Haaa. Merepek pulak.
Langkah aku percepatkan menuju ke kelas 5 Sains Tulen. Ya, aku dak form five, Nik Anastasha. Also called Tash.
Sesampainya dikelas, pintu kelas ku ketuk. Aik, cikgu Tasnim dah keluar pulak. Macam mana dengan pas ni? Malasnya aku nak pi bilik guru hanto benda alah ni.
"Morning Sir! May I come in?" Pintaku dalam Bahasa Inggeris. Yalah, dah masa bahasa Inggeris, aku speaking omputih lah. Takkan aku nak cakap bahasa Tamil pulak, mahu jatuh sakit Sir Edward dibuatnya.
"Oh Tash. Yes you may come in," balas Sir Edward membenarkan aku masuk ke dalam kelas.
Kerusi yang ku tolak ke bawah meja tadi, ku tarik.
"Tash.. Tadi Cikgu Tasnim ada bagi handouts. With partner..." Qinah, tablemate aku memulakan perbualan sementara mennggu cikgu Edward setting LCD dihadapan.
"Eih.. Okaylah. Petang karang aku pergi rumah kau lah. Kau tak kesahkan buat homework kat rumah kau?" aku membalas tanpa melihat kearah Qinah yang belum sempat menghabiskan ayatnya.
"Eih, merepek apa kau ni?" kata Qinah sambil mengerutkan dahinya. Laaa, dia cakap aku merepek? Aku ada salah cakap ke tadi?
Aku terkebil-kebil tak faham apa yang so Qinah ni cakap. Dia cakap pasal handouts buat berpartnerkan tadi? Ke aku salah dengar?
"Tak payah blur sangatlah! Tulah kau, aku belum habis cakap lagi. Memang buat berpartner, but I'm not your partner!" kata Qinah membebel. Memang betul kata Farhan minah yang bernama Syarifah Shaqinah ni kuat membebel. Macam tokwan belah nenek tiri suami mak cik aku, Tok Kiah nama dia. Hahaha. Jauh pulak aku merepek jerr.
"Habis tu, siapa partner aku?"
"Muhd Tashriq Naim."
"Oh Tashriq Naim.." Eih, Qinah sebut nama siapa tadi?
Muhd Tashriq Naim? Biar betik!
"Tashriq?" soal ku ingin kepastian dari Qinah. Qinah hanya mengangguk mengiakan soalan aku. Mak Datok. Tashriq Naim? Crush aku tu.
"Yes. Kau panggil aku ke tadi?" suara garau itu membuatkan aku dan Qinah melemparkan pandangan ke hadapan. Tashriq duduk hadapan kami, sekali dengan Syafiq.
Kami tersengih memandang Tashriq. Aduhai, apasal aku sebut nama dia kuat sangat tadi? Kan dia dah terdengar. Malunya. Hish, telinga lintah betul mamat nih.
"Tak adalah Naim, ni Qinah cakap aku partner kau untuk homework Sejarah. Yeke?" jawapan selamat aku heret nama Qinah sekali. Aku melihat Qinah sekilas.
Amboi, menjeling pulak si Qinah ni.
"Memang kita partner pun..." belum sempat Tashriq menghabiskan ayatnya, Cikgu Edward meminta kami memberi perhatian.
"Jap lagi kita bincang okay?" katanya sebelum memalingkan mukanya ke hadapan.
Aduhh. Macam mana aku nak hadap dia kejap lagi? Baru sikit saja dia cakap dengan aku , aku dah berpeluh basah uniform nih. Ceh, tipu saja. Berpeluh tu memang berpeluh tapi tak adalah sampai basah uniform aku ni. Hehehe.
***
"Okay class. I want 17 essays on my table by tomorrow or else I'll punish you by copy 10 of the essays you wrote, got that?" arah Cikgu Edward mengundang keluhan hampir semua pelajar 5 Sains Tulen. Yalah.. Essay BI kot. Dahlah esok hantar.
Adoi, sakitnyo eh otak den nak memikio deme ni semue. Tak dapek den nok berehak pete-pete ni. Apo lah nasib.
"Comprehend sir." balas kami semua. Amacam ? Baik tak kami? Ceithh. Menyampah. Tangan atas bahu, mata ke atas. Hashtag blackmoon.
Sir Edward keluar dari kelas lepas kami ucapkan terima kasih.
"Weii Tash!" aku menoleh. Eih, panggil aku ke Tashriq?
"Kau panggil siapa Shahir? Aku ke dia?" tanyaku, masih lagi blur.
Shahir dan yang lain melepas tawa mereka. Kalau sikit saja takpa , ini tidak tandas perempuan hujung sana dekat dengan kantin pun boleh dengar suara diaorang gelak. Mangkuk betul mereka-mereka ni.
Aku menjeling Shahir. Tawanya semakin surut tetapi masih bersisa.
"Okay okay sorry. Jangan marah. Aku panggil Tashriq Naim tadi, cikgu Tasnim suruh dia hantar buku latihan ke staff room." kata Shahir dengan tawanya yang semakin hilang dari pendengaran aku. Aku cuma mengangguk. Faham benar aku dengan perangai Shahir yang suka mengusik.
"So, Tash. Cikgu suruh hantar sekarang. Dia nak semak terus katanya," sambung Shahir lagi menumpu ke arah Tashriq Naim.
"Okay." balas Tashriq Naim pendek lalu bangkit dari duduknya menuju ke pintu keluar.
Aku mengemas barang aku dan Qinah yang tersangatlah bersepah di meja. Eih, jap.
Pas cikgu Tasnim!
Alaaa. Lupak pulak nak suruh tashriq hantar sekali tadi, adoyaii. Aku menepuk dahi.
"Eh, kau asal? Tepuk dahi bagai, kenapa? Ada nyamuk ke kat dahi kau? Nyamuk manalah berani sangat keluar tengahari terik macam ni?" Haaa alahai makcik Qinah ni, mak nenek betul lah dok membebel je kerja dia.
"Ni haa. Aku lupa nak hantar pas ni kat cikgu Tasnim." Aku mengangkat pas itu untuk di tunjukkan kepada Qinah. Qinah menggeleng.
"Ha tunggu apa lagi. Pergilah hantar cepat. Karang cikgu Hashim sampai naya kau berdiri kat luar sejam." see. Membebel lagi. Tapi tak apa, aku tau Qinah bebel sebab dia sayang aku. Auch, sweetnya Qinah.
Jangan jealous yerr.
"Yelah." Aku bingkas bangun meninggalkan kelas.
TBC
YOU ARE READING
Please, Understand Your Heart!
Teen FictionTypical budak sekolah, masing-masing ada crush kan? ngaku sajalah. Sama macam aku, aku pun ada crush yang tersangatlah HANDSOME. Ha-ha, karang dia tahu, masuk bakul angkat sendiri pulak dia nanti! Muhd Tashriq Naim Muhd Najmi student form five kat...