Part Two ~

36 2 0
                                    

Tangga bilik guru aku daki satu per satu. Slow-slow aku berjalan. Yalah.. Takkan nak berlari kot, ingat padang? Karang berbongkang jatuh tangga, siapa nak jawab? Buat malu je.

Tok Tok Tok .

Pintu bilik guru ku ketuk. Hormat sikit. Cehh.

Aku terus masuk ke dalam menapak ke meja Cikgu Tasnim.

Eih, Tashriq!

"Nik. Kau buat apa kat sini?" tanyanya kepada aku.

"Aku pergi beli durian, nak buat tempoyak. Kau pergi beli durian jugak ke?" aku berseloroh. Terdengar tawa cikgu-cikgu yang mendengar kata-kataku.

"Eii engkau. Main-main pulak dia ni," katanya sambil mengetap bibir. Amboi , marah lerr tu. So, ada aku kesah?

Tak ada.

"Ishh. Tak adalah, aku hantar pas cikgu Tasnim ni, nah cikgu. Thank you!" balasku sambil menghulur pas kepada cikgu Tasnim.

"Oh.. Lupa pulak cikgu kat pas ni tadi," balas cikgu Tasnim tersengih-sengih lalu menyambut huluran ku.

Aku hanya mampu ketawa, kau menangis. Engkau ketawa aku menangis hanya dirimu oh sayang ku. Ceit. Tu lagu Aiman Tino.

"Okaylah cikgu, kami balik kelas dulu." Pamit Tashriq. Cikgu Tasnim mengangguk dengan senyuman manis terlukis diwajahnya.

Tashriq berjalan mendahului aku.

"Nik, pasal handouts tu, kita agih tugas saja lah. Aku malas nak keluarlah petang ni. Nak rehat. Boleh tak?" dia memulakan perbualan. Sempat lagi kot bincang. Kelas jauh lagi.

Aku senyum sambil merenung wajahnya. Manalah tau dia nak cair. Hurm, kalau dia cair, maknanya dia bukan MANUSIA. Dia.... ALIEN!

Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari. Merekakan tiba tak lama lagi, apa mungkin terjadi?

Jadi aku hampir jatuh tangga. Nasib aku sempat bertahan kat tepi, kalau tak, jatuh bergolek macam ayam golek lah aku. Buat malu ja.

Tu lah. Tenung lagi wajah si Tashriq ni, kan dah hampir jatuh. Padan muka!

"Engkau ni, hati-hatilah. Lain kali, jalan pandang depan, bukan tenung muka aku. Aku tahulah aku handsome," tegur Tashriq menghentikan lamunan ku.

Amboi, marah nampak! Kekadangkan, memang aku ngaku aku suka gila kat mamat ni. Tapi laa ni, ceq ghasa menyampah lah pulak. Boleh pulak dia pergi masuk bakul angkat sendiri! Aku hempuk jugak mamat ni karang.

Masalahnya, mampukah aku nak hempuk si hensem aku ni? Kah kah kah kah . haa, macam mana gelak gitu? Try arrr.

"K-kau ni boleh tahan perah-santan jugak kan? Okay lah, kau agih tugas tu. Bagi kat aku, aku okey je." balasku sedikit gagap. Yalah, dah crush cakap macam tu.

"Okay." Dia terus meninggalkan aku. Sedih. Bukannya reti tunggu kita, tak tun tuang betullah!

***

Aku duduk si meja aku sambil menconteng buku catatan aku. Yes, aku suka menyonteng. So, bukan aku pergi conteng muka kauorang pun.

T A S H R I Q  N A I M .

Nama Tashriq ku tulis dengan tulisan berangkai. Tau tak tulisan tu? Alaa, yang cikgu BM sekolah rendah ajar tu. Tau? Kalau tak tau, buat-buat tau jelah. Okay.

Kertas-kertas yang aku koyak tadi, aku ronyokkan. Shahir berjalan kearah meja ku.

"Kau nak ke mana Shahir?" soalku. Kalau-kalau dia nak ke luar buang sampah, nak suruh dia buang sampah aku sekali. Hurmm, bila mood malas berjalan menguasai Nik Anastashia. Hahaha

"Tak ke mana pun. Ni ha, nak duduk sebelah kau ni. Kau tulis apa tu? Weii!!!!" Aku terkejut mendengar jeritan Shahir. Apasal?

"What?"

"Tu... Kau tulis apa tu?" Jari telunjuk Shahir dia arahkan ke buku catatan aku tadi. So? Eh, wait.

"What????" Jeritku. Mulalah mata memandang, bahu memikul. Eh, merepek.

"K-kau na-nampak ke a-apa a-aku tulis tadi?" soal ku tergagap-gagap. Si Shahir ni tahu, habis aku. Mahu setahun dia gelakkan aku sebab aku suka kat best friend dia tu!

Shahir senyum mengejek. Sah! Confirm dia dah baca tadi. Malunyaaaa lahai.

Mukaku mula membahang. Malu. Mana nak letak muka ni? Agak-agak aku masuk kotak atas kepala ni okay tak?

"Amboi, merahnya tomato tu. Aiyok! Pecah rahsia dia." Shahir ketawa terbahak-bahak. Kalau tak esok, lusa baru habis gelak dia tu. Tak pun tahun depan.

Arrrrr. Macam mana kalau dia bagitahu Tashriq? Matilah aku!

"Weii, Shah! Jangan buat aku macam ni please?" Rayuku dengan wajah sesimpati yang mungkin.

Shahir mencebik. Geram betul aku dengan budak planet zuhrah ni. Aku debik karang masuk Hospital. Dah tak hensem dah.

Aku menjeling Shahir. Muka aku yang sedia merah sebab malu bertambah merah menahan marah.

"Okay okay. Kau don't worry Tash. Kau boleh harapkan aku kot. Aku mesti tak bagitahu sesiapa punyalah." Fuhh. Aku menarik nafas lega. Tapi, boleh percaya ke Shahir ni?

Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Trust me. I won't tell him or anybody else unless you ask me to." Woo, serious nampaknya. Syukur .

Bersyukurlah.. Pada yang maha Kuasa. aduh, bercita citata pulak.

"Tapi, sekarang ni. Aku nak kau cerita kat aku bila, kenapa kau suka mamat tu? Bagitahu tahu aku, kalau tak..." Aku tahu, nak ugut aku lah tu.

"Okay okay. Aku cerita. But not now. No, not today." balasku memintas ayatnya yang belum dia habiskan.

"Amboi, ber'not today' pulak kau dengan aku eh..tapi tak apa. Aku tunggu story kau. Promise?" Aku hanya mengangguk . karang aku tak iakan apa dia nak pecahlah belon hati aku remuk berkecai kerana seorang Shahir , budak planet Zuhrah yang penyibuk suka menyibuk lagi disibukkan. Hamvekk engko!

"Aye aye captain!" balasku.

Shahir beredar ke tempat duduknya.

Herg! Nafas berat ku hela. Apalah nasib. Kenapalah si Shahir ni busybody sangat? Benci arrr

Apa aku nak bagitahu dia nanti. Takkan aku nak cakap aku suka dia dari form one kot? Walaupun itulah kebenarannya.

Allahu. Susahlah macam ni, orang dah tahu. Aku nak buat macam mana ni?

Aku tak nak kalau Tashriq Naim tu tau aku suka dia, lepas tu dia tak nak kawan dengan aku dah. Entah-entah pandang aku pun tak nak.

Risaunyalah.

TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Please, Understand Your Heart!Where stories live. Discover now