#Baca Kitab Habakuk Bab 3 dahulu
Setelah mencabar tindakan tidak jelas Tuhan dan mendengar jawaban Tuhan, Habakuk menyatakan rasa kagumnya kepada dan kemudian berdoa untuk pembaharuan.
Dia kemudian menyatakan keyakinan dan kepercayaannya kepada Tuhan dalam mazmur pujian.
Dia menuliskan pujiannya dengan ingatan Tuhan yang memimpin umatnya pada masa lalu.
Ini adalah kaedah puitis yang biasa digunakan oleh para nabi dan penyair dalam Alkitab.
Contohnya dalam ayat 7 Habakuk merujuk kepada reaksi dari negara-negara sekeliling apabila Israel telah dibebaskan dari perhambaan (Keluaran 15:14-16).
Matahari dan bulan yang berdiri di dalam ayat 11 mungkin merujuk kepada kemenangan oleh Yosua di Gibeon (Yosua 10:12, 13).
Ini mengingatkan pembaca bahawa apabila Tuhan bertindak seperti yang Dia janjikan dalam Bab 2, kemenangan akan menjadi besar dan lebih lengkap.
Bab ini disimpulkan dengan pengakuan iman yang indah.
Setelah bertanya soalan-soalan dan mendengar jawaban Tuhan, Habakuk menegaskan bahawa dia sanggup mempercayai Tuhan, tidak kira apa keadaannya.
Dia mungkin mengalami penderitaan untuk satu masa, tetapi imannya kepada Tuhannya, Juruselamatnya tak tergoyahkan.
Mesej Habakuk adalah mesej untuk zaman kita.
Dia menimbulkan persoalan yang banyak ditanyakan pada hari ini.
Kenapa tidak Tuhan bertindak? Bagaimanakah Tuhan yang adil membenarkan perkara- perkara yang dahsyat itu berlaku?
Jaminan Tuhan bahawa Dia berkuasa sama seperti hari ini seperti pada zaman Habakuk.
Kita berhadapan dengan kejahatan di setiap sisi dan bertanya: " Berapa lama lagi?"
Semoga doanya menjadi doa kita.
Apabila kita ingat bagaimana Tuhan memimpin umatNya dan telah memimpin dalam kehidupan kita, ia akan memberi kita kekuatan untuk mempercayaiNya pada masa-masa yang sukar juga.
Dan seperti Habakuk, kita akan bertindak balas dalam pujian menegaskan iman kita kepada Tuhan yag tidak pernah gagal.
#Baca dahulu Bab Habakuk 3
Audrey Anderson, Setiausaha Eksekutif Division Trans Eropah.
YOU ARE READING
BELIEVE HIS PROPHETS
EspiritualBELIEVE HIS PROPHETS adalah program pembacaan Alkitab 5 tahun initiatif Gereja SDA Sedunia. Di dalam Suku tahun Pertama 2018, saya telah mengabungkan konsep RENUNGAN PAGI dengan initiatif BELIEVE HIS PROPHETS. Walau bagaimanapun ayat-ayat Alkitab da...