bab 2 - start a new page in my life

18 4 2
                                    

"Awak akan ditempatkan di kelas 3 Dahlia.. eh maafkan saya... kelas 3 Mawar"

"Kelas ke berapa tu ya sir?"

"Kelas ke empat daripada tujuh"

Gulp! Ramai jugak pesaing aku ya hurm.

"Anak puan sebenarnya layak masuk kelas kedua atau ketiga kerana prestasi di sekolah lamanya agak bagus, tetapi kelas itu terlalu padat dengan ramai kemasukan pelajar dan pelajar akan sukar dikawal sekiranya jumlahnya lebih daripada yang sepatutnya. Guru subjek juga akan mengalami masalah sekiranya ada pelajar yang tidak diberikan perhatian. Puan jangan risau, kami akan pastikan semua pelajar kami diberi pendidikan yang secukupnya walaupun berlainan kelas" ujar sir Edward panjang lebar.

"Baiklah sir, terima kasih ya" ibu membalas senyuman sir Edward lalu melangkah keluar daripada pintu pejabat. Aku hanya mengekorinya dari belakang.

Tiba – tiba iPhone x milik ibu berbunyi lagu 'I Am Me'. Ipong x? Hidup kami sederhana je. Tak miskin dan tak kaya. Ibu dapat iPhone x ni pun hasil pencurian phone kepunyaan ex boyfriend dia. Dapatlah iPhone x dalam tangan! HAHAHAHAHAHA kelakarnya lawak aku, bergegor KLCC. Sudah – sudahlah menipu wahai author, sejujurnya iPhone x itu memang milik ibu aku. Ia merupakan pemberian hadiah hari lahir daripada ayah pada tahun lepas. Sweet kan? Aku pakai jenama sambung je huehue watlek watpis.

"Baiklah, saya akan ke sana segera" ibu menamatkan perbualan dengan tergesa – gesa. Aku rasa aku akan keseorangan selepas ini.

"Nur, ibu ada hal kat pejabat.. Nur pergi dulu ya.. balik nanti call ibu dekat pondok telefon awam kat sana tu" ujar ibu penuh kekesalan.

Kan aku dah kata.. aku pasti akan keseorangan.. it's fine ibu, Nur dah biasa.. dah selalu macam ni..

"Ai ai kapten!" aku membalas penuh keceriaan yang dibuat – buat. Hebat kan aku berlakon? Pelik jugak apesal Fattah Amin tak pernah pandang aku? Huhu. Fattah hatiku. Selepas menyalam tangan ibuku, aku mengeluarkan sekeping surat yang telah diberikan oleh sir Edward tadi. Laporan kemasukan pelajar.

...

Selama 24 minit 21 saat pencarian kelas 3 Mawar, namun masih tidak ditemui dalam radar! Sir ni pun satu, tunjukkanlah blok kelas aku yang mana.. ingat aku ni Hermione dalam cerita Harry Potter tu ke yang lari ke dinding, tembus ke tempat lain. Dahlah sekolah ini besar macam istana! Tetapi besar lagi cintaku padamu, ewah.

"Ehem ehem.. kamu buat apa di sini?"

Aku menoleh kebelakang. Dup! Dap! Seorang jejaka yang kacaks lagi bergaya bercekak pinggang memandang ke arahku sambil memegang rotan buluhnya. Aik? Rotan! Hei dear readers, kau fikir cerita ni melayu sangat ke nak mulakan pertemuan cinta pandang pertama saat bertentang mata semua tu.

"Saya pelajar baru sekolah ini, saya sedang mencari kelas 3 Mawar" jawabku dengan tenang. Kawal macho sikit! Eh ayu.

"Ikut saya" balas Encik Fakhrudin. Aku hanya akur.

Macam mana aku tahu nama dia? Dia skandal aku dulu! Ceyh, nametag dia pakai lah apa lagi.

Kedengaran dari jauh, suara – suara bakal calon pelajar SPM bagi tahun depan yang sedang berperang. Berperang? Aku rasa berpesta.

"Kelas!" suara cikgu disiplin disebelahku memeranjatkan seisi kelas. Dalam masa 2 saat sahaja, mereka sudah insaf dan duduk di tempat masing – masing. Aku terdengar bisikan syaitonirajim yang sedang berbisik – bisik. Ewah! Bakal classmates aku yang sedang mengumpat aku sekarang ni. Aku tahu aku cantik! HAHAHAHAHA ya ampun mas.

"Mulai hari ini, dia akan bersama – sama dengan anda semua belajar di kelas ini. Saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama. Saya pergi dahulu. Kamu boleh duduk di meja sebelah tingkap sana" Encik Fakhrudin menunding jarinya ke arah sebuah meja kosong di belakang kelas sebelum berlalu pergi. Aku hanya mengangguk lalu mengaturkan langkah ke meja tersebut. Baru sahaja beberapa langkah, aku terjatuh. Ey haprak! Siapa punya kaki ni sia! Main kasar! Semua pelajar di dalam kelas itu mengilai, ketawa macam valak! Hei aku dah mula hilang sabar.

Aku bangun dan membetulkan pakaianku. Lalu berpaling ke arah empunya kaki busuk yang bawak bala tadi. Dia....... Seorang..... Lelaki?!

"Awak nak apa hah?" soalku.

"Aku nak kau boleh?" Sempat lagi dia menghadiahkan kenyitan mata yang paling terhodoh abad ke 21 kepadaku.

Kau sakit mata ke jebon? Aku tak bawak lah pulak eyemore harini haish. Muka aku dah mula merah macam tomato. First time weyh kena ayat yang mampu buat aku terpanar! Dan buat kali pertama juga dalam seumur hidup, aku kehilangan 99 kata - kata Fattah Amin untuk melawan.

"Cikgu Mastura dah sampai!"

Lamunan aku termati, cepat – cepat aku melangkah ke meja aku yang terletak hanya di belakang meja mamat haprak tadi. Ah taguna! Sepanjang masa cikgu mengajar aku tak dapat tumpukan perhatian. Nak tahu sebab apa? Sebab mamat tu tinggi sangat macam Lee Kwang Soo yang menghalang pandangan aku!

"Yang belakang sana tu pelajar baru kan? Nur Camella binti Rayyan. Nampak macam awak tak nampak papan putih di hadapan. Boleh awak tukar tempat dengan Izz Ariyan?"

Izz Ariyan?

"Siapa Izz Ariyan?" soalku.

"Bakal ayah kepada anak – anak kita lah" jawab lelaki yang duduk di hadapanku. Tersedak aku.

"Izz Ariyan, awak jangan nak mengorat semasa waktu saya mengajar eih", Cikgu Mastura memberi amaran kapal titanic karam.

"Kalau lepas waktu cikgu?"

"Ni sekolah ye bukan tempat servis mencari jodoh"

"Tapi sekolah kan tempat penentuan masa depan kita. Saya rasa saya dah jumpa masa depan saya"

"Jangan nak menyemut je keje boleh tak? Tukar tempat sekarang"

Izz Ariyan tersenyum memandang aku yang masih terkejut dengan situasi tadi. "Cepat lah punggung aku dah berat dah ni"

"Haa yela" akhirnya operasi bertukar tempat berjaya dilaksanakan.

...

DUK! DUK!

"Janganlah tendang kerusi saya!"

"Mana ada aku tendang?"

"Boleh tak jangan sepak – sepak?"

"Aku tak bodoh la, aku sepak bola je bukan kerusi"

"Jangan tipulah!"

"Mana ada aku tipu"

"IZZ ARIYAN , NUR CAMELLA! KELUAR DARI KELAS SAYA SEKARANG! SAYA PANTANG TENGOK ORANG BERGADUH! NUR CAMELLA, WATCH OUT WITH YOUR ATTITUDE!"

Suara Cikgu Mastura memeranjatkan kami. Air mataku bergenang. Yelah, baru hari pertama sekolah, namaku yang baru digilapkan dah tercalar.

"KELUAR SEKARANG!"

IZZ ARIYAN (POV)

Aku sendiri tak tahu apa dah jadi dengan aku. Perempuan itu membawa aura yang pelik terhadap aku. Sejujurnya, sejak pagi tadi lagi aku mengekorinya ke mana sahaja. Tingkah laku dia memang comel gila siak! Buat kali keduanya jantung aku berdetak hebat. Tak boleh jadi ni! Kau bakal jadi musuh aku perempuan!

Kaki aku terus menendang kerusi Camella berkali – kali sehingga Camella mula bertindak.

"Janganlah tendang kerusi saya!"

Mukanya kelihatan sudah memerah menahan marah.

"Mana ada aku tendang?" aku cuba untuk menyembunyikan senyuman. Haihh marah pun comel.

"Boleh tak jangan sepak – sepak?"

"Aku tak bodoh la, aku sepak bola je bukan kerusi"

"Jangan tipulah!"

"Mana ada aku tipu"

"IZZ ARIYAN , NUR CAMELLA! KELUAR DARI KELAS SAYA SEKARANG! SAYA PANTANG TENGOK ORANG BERGADUH! NUR CAMELLA, WATCH OUT WITH YOUR ATTITUDE"

"KELUAR SEKARANG!"

Dan... aku... dah buat benda yang bodoh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Teman Crush Aku ComelWhere stories live. Discover now