bab 1 - too good at goodbyes

27 4 3
                                    

"Caramel!" panggilan itu membuatkan aku menoleh ke belakang.

Ya! Caramel.... Nama penuhku, Nur Camella binti Rayyan. Entahlah apa yang istimewa sangat sehingga aku digelar Caramel. Salah satu daripada flavour starbuck tu. Pfft nasib baik bukan camel ke casino ke.. Apa aku merepek ni?

Caramel. Memang ramai sangat suka panggil aku dengan nama itu. Dulu memang aku rasa macam nak terajang je mulut puaka mereka. Cicak kobeng betul! Nak je aku tonyoh cili kat mulut mereka tu. Tetapi lama – kelamaan aku sudah lali dengan perangai kebangang – bangangan mereka.

Dush! Beberapa saat kemudian, kepalaku dihempuk kuat dengan sebuah buku kamus dwibahasa setebal 5 inci kepunyaan minah tiga suku yang sudah berada di hadapan aku. Kau fikir kau Adib ke? Baling – baling kamus? Aku bukan budak wicet macam kau ah!

"Woiiiiii kau ni dah kenapa mangkuk! Mangkuk ayun! Mangkuk tingkat! Tupperware!" asyik mangkuk je, so kita guna yang branded biar hispster sikit.

"Aduhh hampir terputus saraf otak akuu! Baru je diisi dengan ilmu Sejarah Tamadun Awal Manusia tadi. Luck because my head was made out of my mother's womb. Not easy to break" sambungku dengan nada yang mendatar.

"Hehehehe sorry Caramel, aku saje je buat begitu. Manalah tahu kepala kau ni made in China ke copy ori ke cetak rompak ke.. eh sama je" balas Sophia Adora. Membulat mata aku. Sesedap aiskrim paddlepop je kau cop aku copy ori eh wahai anak bongsu pak Qhalid.

Akibat malas ingin bertengkar, aku hanya memekakkan telinga lalu mempercepatkan langkah aku ke arah selatan yang terletaknya sebuah Restoran KFC. Aku sudah terbayangkan ayam goreng KFC yang rangup dan sedap itu. It's finger lickin' good!

Aik? Restoran KFC jer?

Hesteg kamibukanhipsterokay dan hesteg kamidahpokaisebenarnyahukhuk

..

"Sampai hati kau rahsiakan proses perpindahan kau ke sekolah baru, Caramel. Macam mana dengan plan kita nak belajar sama – sama tahun depan?" mata Durrah Iman kelihatan berkaca dan aku hanya mampu memandangnya kosong buat seketika. Lalu aku meletakkan ayam goreng KFC kembali ke atas pinggan. Disamping menahan betapa peritnya kelaparan, otakku ligat membina ayat gramatis seperti dalam novel persis orang putus cinta nak minta getback.

"Wahai sahabatku, keluarga keduaku, teman tapi mesraku dan teman sehidup sematiku. Ampunilah kawanmu seorang ini yang sejujurnya berat hati ingin meninggalkan kalian. Ini semua atas keputusan ayah aku. Aku yakin kauorang boleh buat study group setiap minggu bersama – sama tanpa bimbingan aku. Aku takkan lupakan kauorang semua yang sentiasa ada bersama aku saat susah senang. Lebih – lebih lagi saat kita bekerjasama semasa di dalam dewan peperiksaan, saat Lia tersembur air oren dekat muka hodoh Iyaa, saat kita prank Timah dengan menggantikan krim biskut oreo dengan ubat gigi sensodyne dan segala memori kita " kataku dengan nada yang mendayu – dayu. Sebenarnya, aku dah lama praktis minta maaf sambil buat puppy face. Muka anak anjing? Comel macam aku. Eh haram.

"Janji yang kau takkan lupakan kitaorang sampai mati. I beg sekolah you Nur Caramelku sayang!"

Cepatnya mood geng aku ni berubah. Nampaknya muka puppy face aku tadi menjadi!

"Euu, em, ya janji. Tolong cakap yang panggilan sayang kau tu hanya sekadar gurauan je kan? Sebab aku dah rasa mual. Jangan buat aku benci kat kau", kataku. Yelah, si Timah ni dah lah perangai macam tomboi. Rasa macam gay pulak bersayang – sayang dengan dia ni.

"Everything for you, baby"

"Kepala hotak awak"

"Yes honey"

"Woi bod** better kau diam sebelum cermin tingkap kereta alza milik bapak kau aku pecahkan"

"OK OK" Durrah menaikkan tangannya ke udara tanda dia akan berhenti merapu macam ikan kerapu. Aku hanya membuat muka sapele lalu memerhatikan wajah para sohabatku satu persatu. Sophia Adora aka Pia, Dahlia Iwani aka Lia, Waliyah aka Iyaa dan akhir sekali..... Durrah Imani aka Timah Brutal. Wajah – wajah inilah yang akan aku rindui kelak walaupun hodoh – hodoh belaka. Ya Allah, kau peliharalah rakan – rakanku ini, mereka telah banyak berjasa kepadaku, kekalkanlah persahabatan kami hingga ke syurga. Aamin.

Kemudian mataku tertancap ke arah sebuah kamus milik Sophia yang digunakan untuk mengetuk kepala otak aku yang perfect 10 ini tadi. Gila ke minah ni bawak kamus pergi KFC? Aku pun cuba untuk positif, mungkin dia bawak kamus tu sememangnya untuk memberi pengajaran kepada budak – budak wicet yang sesetengahnya mengeja seperti orang tiada ilmu yang semakin liar di dunia ini. Manalah tahu. Kawan aku memang pelik – pelik.

RAYYAN SHOWKI POV

"Dan bilaaaa kau hadir dalam satu misteri.. ternyataa diriku bagai sudah dijampi..", kedengaran suara Camella menyanyi mengikut rentak lagu jampi yang disiarkan di corong radio.

"Asyik nyanyi lagu abang jampi je. Cubalah dengar lagu Dato Aliff dengan Nur Sajat tu.. eh eh isteri dia.. apa nama lagu tu ya?" soalku.

"Alaa ayah ni, lagu jampi ni telah mengkHaelyelkan saya lah.. lagu Dato Aliff? Oh yang trend satu Malaysia eh? Tajuknya 'Abang Nak Tegur'" jawab Camella bersungguh – sungguh.

"Ha lagu tu dato cuba beri nasihat kepada anak remaja zaman sekarang macam awak ni. Yang bercinta sehingga terlupa perbatasan. Ayah tak kisah sekiranya Nur ada crush on someone. But I don't want you to be wild" pesanku.

"Okay ayah! Lagipun Nur kan sekolah perempuan. Takkanlah nak bercinta dengan kaum sejenis?" Camella tergelak dengan kata – katanya sendiri. Sudah 10 tahun dia bersekolah di sekolah khas untuk kaum perempuan. Mustahil untuk dia dilamun cinta.

"Ayah nak bagitahu ni... sekolah baru Nur nanti sekolah bercampur.." belum sempat aku menghabiskan ayat, anak ketiga daripada lima orang anakku sudah memotong sepantas kilat boboiboy.

"Apa!? Ayahhh... are you serious? Takde sekolah perempuan ke kat sana nanti?" suara Camella semakin mengendur.

"Sorry Nur... ayah dah cari tapi takde.. jangan risau, ayah yakin Nur boleh selesakan diri.. Nur kan friendly"

Camella hanya mendiamkan diri. Sampai sahaja di rumah, dia terus masuk ke dalam biliknya.

NUR CAMELLA (POV)

Aku duduk di kerusi belajar sambil melihat Naruto Shippuden, kucing parsiku yang sedang nyenyak tidur di birai katil. Comel macam aku! Hiks.

Kemudian, pandanganku beralih ke luar tingkap pula, angin malam menampar perlahan wajahku. Lalu aku memerhatikan bulan yang dipagari dengan gugusan bintang. Bulan itu seperti sentiasa dilindungi. Dalam memerhatikan keindahan malam, fikiranku sudah melayang ke New York, Australia, seterusnya ke United States..

"Aku takut jatuh cinta sekali lagi..." keluhku.

Dialah cinta pertama aku. Yang mampu membuat jantung aku memainkan irama lagu rock o. Yang membuat aku jatuh cinta berkali – kali saat dia tersenyum, saat dia bercakap, saat dia ketawa, saat dia menguap, saat dia berlakon dengan gaya badannya yang statik... tapi aku yang merasai keperitan memendam perasaan cinta ini sehingga dia telah menjadi suami dan syurga orang lain. Siapakah jejaka itu? Fattah Amin lah ngok! HAHAHHAHAHAHAHAHA. Idola oli candy kuuuuuu sudah menjadi kepunyaan orang lain ya dong!

Berbalik kepada scene di dalam kereta. Ayah aku cakap yang ayah tak kisah pun kalau aku ada crush dengan sesiapa. Tapi....

"Crush? Cinta? Huh. Merepek lah ayah ni.. takkan ada sesiapa pun yang akan berjaya menakluki hati ini sebab aku akan pagar hati ini guna elektrik 4000 volt. Biar rentung sesiapa sahaja yang cuba minta cinta tanpa niat untuk menjadikan isteri" kataku seorang diri. Ciaaa~ copy ayat insta je ni. Aku bengap, mana pandai buat ayat ayat mengayat ni.

Ting!

Notification 1 message from my boyfriend! Ha bodo – bodo aje, sedar sikit diri tu forever alone.

'tap your chest' oh. Notification daripada game Mobile Legends rupa – rupanya. Main kejaplah, malas pulak mandi. Alucard ku sayanggggg, rindunya.

Teman Crush Aku ComelWhere stories live. Discover now