SEASON 1 ; 7

517 19 1
                                    

JENAZAH itu semakin dekat. Bau busuk seperti bangkai menusuk ke lubang hidung dan menyebabkan empat sekawan itu hendak termuntah. Tekak mereka benar-benar loya. Dasar mayat mereput!

"Baca ayat Qursi weh!" Danny berkata sambil memandang jenazah itu tidak berkelip. Matanya tidak beralih dan dia juga tidak tahu mengapa.

Airil memegang kepalanya. Rambutnya diramas, "Aku dah lupa! Aku dah lupa!"

Airil semakin panik. Dia menjadi serba tidak kena. Bacaan ayat suci pun dia boleh lupa. Bagaikan orang yang terkena histeria. Perbuatannya pantas mengundang rasa pelik di hati kawan-kawannya.

"Rileks Ril... Kau okey tak ni?" Jeff cuba menenangkan Airil walaupun ketika itu semuanya dihimpit rasa cemas kerana berhadapan dengan makhluk halus berkafan lusuh itu.

Mulut Danny, Imriz dan Jeff terkumat-kamit membaca Qursi. Manakala Airil pula masih meramas-ramas rambutnya. Hatinya berkecamuk dan perasaannya bercampur-baur. Dia ingin lari tetapi kakinya terpaku ke lantai.

"Dah takde....." Danny berkata lalu menghentikan bacaan Qursi.

Jenazah itu sudah tiada. Sudah ghaib di balik kegelapan malam. Mujurlah mereka cepat bertindak dengan membaca ayat suci al-Quran. Bau busuk juga sudah hilang. Mereka terduduk. Lutut terketar-ketar dan sudah tiada daya untuk terus berdiri.

"Kita kena bergerak. Tak mustahil benda tu muncul balik kalau kita terus kat sini." Ujar Imriz. Yang lain hanya membisu.

"Ril, kau okey tak?" Imriz bertanya pada Airil pula. Rakannya itu hanya mengangguk lesu.

"Nak ke mana? Pusing-pusing ke sini jugak." Danny berkata bagaikan orang putus asa. Mereka terperangkap di situ dan tidak menjumpai jalan keluar. Entah apa nasib mereka kelak.

"Jam dah pukul berapa?"

"Pukul 5 pagi." Jeff membalas pertanyaan Imriz. Sejak tadi mereka berlari ke sana sini dan waktu baru pukul 5 pagi? Mungkin jam tangannya yang rosak.

"Korang check lah jam pukul berapa. Aku rasa jam aku ni yang problem."

Danny, Airil dan Imriz memeriksa waktu di jam tangan dan juga handphone. Memang benar baru pukul 5 pagi. Jam tangan Jeff tidak bermasalah.

"Takkan baru pukul 5 pagi?" Dahi Danny berkerut-kerut. Memang pelik kerana sepatutnya sudah menghampiri pukul 7 pagi. Wallahualam.

"Langit masih gelap. Betullah tu." Ujar Imriz pula. Dia pun bingung tetapi dia malas mahu berfikir yang bukan-bukan. Dia sudah cukup letih.

"So sekarang kita nak buat apa?" Soal Airil. Matanya melilau ke sekitar ruangan tersebut.

"Kita cari jalan keluar." Jeff sudah bangkit dari duduk. Debu yang mengotori punggung seluar dikebas kasar.

*****
PELUH yang menitik-nitik di hujung dagu diseka perlahan. Mereka benar-benar kepenatan kerana jalan keluar yang dicari tetap tidak ditemui. Danny menyuluh jalan yang gelap dengan torchlight kecilnya. Langkah diatur dengan penuh hati-hati. Khuatir jika disergah dengan makhluk halus. Hampir 20 minit mereka mencari jalan keluar dan tiada apa-apa yang mengganggu. Hanya kesunyian yang menghambat jiwa yang sedang merusuh.

"Aku rasa baik kita rest sekejap. Aku dah tak larat." Imriz tercungap-cungap.

"Ada bangunan kat depan sana... Korang rasa macam mana?" Kata Danny sambil menyuluh ke bangunan separuh runtuh di hadapan mereka. Ada pokok besar di sebelahnya.

"Baca ayat suci sebelum masuk ke situ." Nasihat Jeff. Yang lain mengangguk faham.

Mereka memang tiada pilihan lain. Badan yang penat harus direhatkan sebentar. Kalau dipaksa bergerak, bimbang ada yang pengsan pula nanti. Satu kerja pula mahu memapah ke hulu ke hilir. Lebih baik berehat sekejap.

Mereka bergerak perlahan-lahan ke bangunan usang itu. Dalam hati berdoa supaya mereka dijauhkan dari benda-benda yang tidak elok. Sampai sahaja di hadapan bangunan tersebut, mereka berhenti melangkah dan merenung bangunan itu dengan perasaan cuak. Dari luar sudah nampak menyeramkan. Entah apa yang ada di dalam.

"Nak masuk tak?" Airil menelan liur. Macam tiada kekuatan sahaja untuk melangkah masuk ke situ.

Danny menunduk beberapa saat. Otaknya berputar ligat.

"Kita masuk. Kalau ada apa-apa, kita cabut lari." Akhirnya dia berkata. Hanya bangunan itu yang menjadi harapan untuk mereka beristirehat sebelum meneruskan misi mencari jalan keluar.

Airil mengerut kening. Sesungguhnya mereka terpaksa.

"Jom....." Ajak Danny sambil mengukir senyuman pahit.

Mereka meneruskan langkah dan berada di dalam tidak lama selepas itu. Satu sudut dipilih dan mereka duduk bersandar di situ. Lega dapat merehatkan tubuh yang keletihan. Beberapa minit kemudian, kelopak mata mereka memberat. Mereka tertidur secara bersebelahan.

*****

JEFF membuka mata tatkala cahaya mentari menyinari dalaman bangunan itu. Dia tersenyum gembira. Akhirnya siang sudah menjelma!

"Geng, bangun!! Hari dah siang!"

"Alhamdulillah!" Rakan-rakannya bersorak penuh kesyukuran. Akhirnya mereka tidak perlu berada dalam kegelapan lagi. Maka misi untuk mencari jalan keluar akan menjadi lebih mudah.

"Jom cari jalan keluar...." Danny berkata gembira. Dia memeriksa waktu.... Sudah pukul 8 pagi.

"Jom....."

Selangkah kaki mereka melangkah, langit yang cerah kini kembali gelita. Mereka seperti mahu menangis. Cepat-cepat Danny memeriksa handphonenya. Pukul 5 pagi! Gila, ini memang betul-betul gila!!

Sudah beberapa kali mereka cuba meminta bantuan melalui telefon tetapi malangnya panggilan telefon mereka bagaikan disekat oleh sesuatu. Mereka mati akal.

Tangisan penuh hiba berkumandang memenuhi dalaman bangunan itu. Empat sekawan itu terdiam. Cuping telinga mereka bergerak-gerak.

"Korang dengar tak apa yang aku dengar?" Bisik Imriz.

"Dengar....." Balas yang lain.

Tangisan itu tangisan yang sama seperti yang didengari oleh mereka sebelum ini. Ia tangisan si SUNDEL BOLONG.........

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now