1.8

33 12 4
                                    

"Taehyung difitnah"

"Apa maksud mak cik?"

"Hyena dan Taehyung merupakan rakan dari sekolah rendah dan semasa sekolah rendah juga mereka sudah mula suka sama suka"

"Bila Taehyung cakap yang dia suka pada Hyena.Mak cik hanya tersenyum.Taehyung pernah juga membawa Hyena bertemu mak cik.Hyena tu baik orangnya.Jadi,mak cik tidak melarang jika mereka hendak bercinta"

"Tapi ibu bapa Hyena tidak merestui hubungan mereka."

"Disebabkan itu,mereka sanggup memindahkan Hyena ke tempat lain sewaktu mereka sekolah menengah"

"Kamu tahu tak, Taehyung sedih sangat apabila dia tidak dapat bersama Hyena"

"Jadi,Hyena bercadang untuk bertemu Taehyung.Pertemuan itu dirahsiakan kerana Hyena tidak mahu ibu bapanya mengetahui yang dia berjumpa dengan Taehyung"

"Rahsia itu tidaklah kekal mana.Ayah Hyena mengupah orang untuk membunuh Taehyung"

"Malam itu mereka sanggup menculik Hyena dan Taehyung ke satu rumah usang.Entah bagaimana pisau yang sepatutnya ditikam di perut Taehyung,tertikam di perut Hyena"

"Perkara itu terjadi dengan sangat cepat"

"Taehyung langsung tidak dapat membuat apa-apa"

"Ibu bapa Hyena membuat pernyataan sendiri bahawa yang membunuh Hyena adalah Taehyung.Mereka juga yang memberitahu pihak polis yang rumah usang tersebut merupakan milik Taehyung"

"Mak cik tak dapat membuat tindakan disebabkan mak cik tiada duit untuk membayar peguam"

"Taehyung dipenjarakan 5 tahun"

"Selepas sahaja keluar dari penjara, Taehyung kata pada mak cik yang dia ingin menetap di rumah usang itu.Mak cik membiarkan sahaja kerana mak cik faham apa yang dia rasakan"

"Semasa ada orang beritahu yang Taehyung mati kerana membunuh diri.Mak cik terkejut.Sangat terkejut.Hampir 1 tahun mak cik tak mendengar khabarnya.Tahu-tahu je dia dah tak ada"

"Mak cik pelik.Apa dosa anak mak cik sampai dia jadi begini? Kenapa dia sanggup bunuh diri? Dan paling mak cik tak faham mengapa semua orang masih mencaci anak mak cik walaupun dia dah pergi?"

[✓] Wrong Call | KTH Where stories live. Discover now