Bab 1

120 1 0
                                    

Sk Methodist merupakan nama sekolah yang sudah dilafazkannya selama 4 tahun apabila orang bertanya "Adik sekolah kat mana ?". Namun dugaan dan kegembiraannya di sana selama 4 tahun tidak boleh dibayangkan. Bermacam-macam dugaan telah terjadi.

Sekarang, Hanani Balqish telah menjejakkan kakinya ke sekolah itu untuk tahun yang kelima . Hatinya tidak terasa

apa-apa, cuma dia berharap agar markah akademiknya meningkat kerana pada tahun lepas dia hanya mendapat markah sebanyak 46 daripada 100 markah dalam subjek matematik untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun di sekolahnya itu. Balik sahaja dari mengambil keputusan peperiksaannya itu bersama ibu bapanya, habis dibasuh oleh ibunya itu .

"Apalah nak jadi dengan dua-dua anak dara ma ni. Dua-dua dapat keputusan yang teruk. Tak boleh ke serious sikit dalam pelajaran ??? Apa susah sangat haaa ???" kata ibunya dalam nada yang marah.

Pada cuti sekolah pertengahan tahun itu, kakaknya Malisya Balqish yang berumur mencecah 22 tahun itu dengan risau akan keputusan adiknya itu membantunya dengan menyuruhnya menghabiskan satu buku latihan matematik dalam masa 2 hari .

"Kakak, macam mana adik nak habiskan buku setebal ni dalam 3 hari ???!!!"

"Kakak tak kisah macam mana adik nak habiskan cuma kalau adik dapat habiskan buku tu selama 3 hari je keesokkannya akak pujuk ma ngan ayah untuk gi Sunway Lagoon. Nak pergi tak ????" kata kakaknya itu

"Kalau tak paham tanye je kakak ke, ma ke, abang pun boleh. Alah, senang je buat latihan tu ..." ujar kakaknya itu lagi.

"Memanglah senang untuk akak tapi susah untuk adik " ujar Hanani dalam hatinya.

"Kalau pasal Sunway Lagoon itu memanglah adik nak pergi tapi boleh ke siap satu buku ni dalam masa tiga hari ??"kata Hanani kepada kakaknya yang sedang khusyuk menelaah pelajaran itu .

Kakaknya itu sedang menuntut di India dalam jurusan perubatan. Walaupun kakaknya itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi kakaknya itu juga mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaannya baru-baru ini.

Kakaknya itu juga jarang pulang ke rumah. Dalam setahun, dia hanya pulang ke rumah sekali sahaja itupun dalam sebulan sahaja. Kebetulan pada waktu kakaknya itu pulang, Hanani mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaannya itu.

"Alah, senang je ni. Nak pergi Sunway Lagoon tak ?? Kalau nak baik buat cepat" kata kakaknya itu yang sengaja mahu mengisi masa lapang adiknya itu. Mengelabah adiknya itu membuat latihan matematik itu.

Tiga hari sudah berlalu, dengan hasil tungkus lumus Hanani dalam menyiapkan tugasannya itu akhirnya dia berjaya menyiapkannya. Walaupun pada mulanya dia hanya menyiapkan tugasan itu semata-mata untuk pergi ke Sunway Lagoon tetapi sekarang dia berpuas hati kerana dia memperoleh banyak ilmu daripada tugasan yang disiapkannya itu.

Akhirnya tiba hari untuk pergi Sunway Lagoon.

"Yeay !! Akhirnya boleh jugak aku menjejak kaki kat Sunway Lagoon. Hehehehehehe" sorak Hanani dalam hatinya. Dia sudah lama menanam impian untuk ke sana apabila kawan-kawannya yang pernah ke sana menceritakan keseronokannya di sana tetapi malangnya ibu bapanya tidak membenarkannya.

Kawan kakaknya itu juga turut pergi bersama mereka ke sana

" Kakak, kak mel pun ikut jugak kan ?? " tanya adiknya itu.

" Ha'ah. Kenapa tak suka ke ?" tanya kakaknya lagi.

"Mana ada tak suka. Kan lagi ramai kan lagi bagus. Lagi meriah !! Hehehehe" balas adiknya kembali sambil ketawa kecil.

"Banyak cantik muka adik, ingat murah ke tiket Sunway Lagoon ni. Kalau banyak duit sangat ajaklah lagi ramai orang. Ingat kita ni bukan orang senang sangat. Jangan riak dengan rezeki yang kita dapat." kata kakaknya itu sambil terselit beberapa kata-kata sindiran dan nasihat.

"Muka adik memang cantik tapi mana ada adik duit sebanyak tu. Kalau ada duit pun tak lepas nak beli satu tiket pun takkan nak ajak lagi ramai orang pulak. Siapa yang nak bayar ??" balas adiknya pula.

"Perasan muka cantik sangat !! Ingat akak cuma ingatkan je." balas kakaknya itu sambil ketawa kecil

Apabila sampai di Sunway Lagoon itu Hanani hanya bermasam muka apabila kakaknya itu hanya membeli tiket untuk pakej zoo dan taman tema.

"Kenapa tak boleh pergi taman tema air tu ?? Tulah keseronokan kat sini !!!" kata Hanani sambil memasamkan muka.

"Swimming pool tu ada banyak kumanlah tak elok untuk kulit adik yang ada ekzema dan sensitif tu. Cuba bayangkan dalam satu kolah air tu adik masuk dengan beratus-ratus orang cuba bayangkan betapa banyaknya kuman dalam tu. Kalau nak pergi sangat pergilah beli tiket guna duit sendiri pastu pergi sana sorang-sorang eh ??!!" Kata kakaknya itu dengan panjang.

"Akak ni nak menasihat orang ke, nak buat karangan faedah-faedah tidak pergi ke taman tema air !" merungut Hanani dalam hatinya

" Bersyukur je lah dapat menjejak kaki kat sini. Ingat semua orang boleh masuk kat sini ke ?? Tak tau. Adik yang bertuah tau " ujar Malisya sambil memujuk adiknya itu yang mukanya sudah masam mencuka siap boleh buat jeruk lagi.

Kamila, kawan Malisya yang melihat celoteh kedua-dua adik-beradik ini hanya ketawa kecil dan mengiakan kata-kata Malisya.

Nerd itu BFF Aku !!!Where stories live. Discover now