Akhirnya, cuti sekolah pertengahan tahun pun melabuhkan tirainya. Hanani mulakan hari pertamanya dengan hati yang risau tetapi seperti biasa dia terpaksa mengarah ayahnya suapaya hantarnya lebih awal, kalau tidak ayahnya akan hantarnya lima minit sebelum loceng berbunyi. Tetapi nasibnya baik, hari ini ayahnya bangun tidur lebih awal daripada biasa. Sejurus Hanani sampai di pintu pagar, hatinya risau kerana dia risau tidak akan ada kawan untuk berkawan dengannya lagi seperti sebelum ini kerana kawannya yang tidak disenanginya, Alisyah
"Hai, Hani !!" suara itu datang dari belakangnya. Dengan cepat Hanani terus menoleh.
"Hai" balasnya dengan hati yang gembira.
"Ingatkan dah tak ada orang dah nak kawan dengan aku. Akhirnya ada jugak. " kata Hanani dalam hatinya
"Apasal kau dah lama tak online fb ? Baru je cadang nak chat dengan kau cuti ni" kata Farhana.
"Aku sibuklah. Anyway, aku sudahpun menjejak kaki kat Sunway Lagoon. Hehehehe" balas Hanani dengan persaan bangga walupun tidak sempat menjejakkan kaki di taman tema air .
"Serious ??!! Jadi kau pergilah kat beach tu ??? Wah, bestnya !!!! Mesti syok kan ??" balas Farhana tanpa mengetahui tentang rahsia Hanani itu.
"Mestilah" jawabnya ringkas dengan perasaan yang serba salah.
"Fuyooo. Banggalah ni ??! Dahlah pergi tak ajak!!" Kata Farhana sambil memasamkan muka.
"Mestilah bangga ..hahahaha. Macam manalah aku nak ajak kau, kau tahu tak aku pergi ni pun dengan satu syarat iaitu aku kena habiskan satu buku latihan matematik setebal ni tahu tak ??? Penatnya tak boleh diungkap dengan kata-kata dah" balas Hanani dengan panjang sambil menunjukkan buku latihan yang sudah disiapkannya itu.
"Dah, dah, aku percaya. Tapi takyahlah nak membebel macam mak nenek sampai tak cukup nafas. Aku gurau jelah tupun nak ambik serious " ujar Farhana
"Mana ada aku ambik serious, tengok muka aku ni nampak macam serious ke ? Tak kan !! " balas Hanani sambil menunjukkan senyuman yang paksa.
Hasil pendebatan mereka itu akhirnya mereka tergelak tanpa sebab.
Mereka pun terus ke kelas. Sebenarnya, sekolahnya itu terletak di kawasan perumahan kawasan elit tetapi kebanyakan dari mereka yang tinggal di situ sudah tidak mempunyai anak kecil jadi bilangan murid di sekolah tu tidak ramai.
Jadi, bilangan murid Islam perempuan di dalam kelas itu hanyalah empat orang termasuk Hanani. Alisyah, kawannya yang jahat itu pun apa lagi tumpang untuk menyakitkan hatinya.
Nak tahu apa Alisyah buat dekat Hanani tunggu bab seterusnya !!
YOU ARE READING
Nerd itu BFF Aku !!!
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang kehidupan Hanani Balqish, 10 tahun, dalam usahanya untuk meningkatkan markah akademiknya itu dan menanam impian untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Mampukah dirinya untuk merealisasikan impiannya itu ?