Jam loceng berdering pada pukul 5.30 pagi. Nuraisya bingkas bangkit dari peraduannya. Dia pergi menyiapkan baju sekolah nya dan terus ke bilik air untuk mandi. Di dapur, kedengaran Mak Minah sedang sibuk menyiapkan sarapan iaitu cucur ikan bilis bersama kopi panas.
Nuraisya bersiap dengan pantas sekali. Jam menunjukkan 6.15 pagi dan dia telah selesai solat subuh. Dia pergi ke dapur untuk bersarapan bersama mak long nya. Dia duduk di kerusi dan menuangkan air kopi ke dalam cawannya.
"Mak long.. Aisya pulang lewat hari nie. Aisya ada aktiviti kokurikulum." bilangnya.
"Yalah, nanti dah habis aktiviti, kau terus pulang ke rumah tau." balas mak long.
"Ya, mak long. Manalah Aisya nak pergi dalam kampung nie." jawabnya berseloroh.
Aisya menghabiskan cucur terakhir itu dan menghirup baki air kopi yang bersisa itu. Aisya bersalaman dengan Mak long kerana dia ingin menuju ke sekolah. Jam dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Memang pada waktu itu, waktu biasa dia bergerak ke sekolah. Walaupun dia hanya jalan kaki ke sekolah, Aisya memang suka pergi awal ke sekolah untuk mengambil masa untuk membuat ulang kaji serta hafalan kerana pada waktu pagi, hafalan senang masuk pada waktu pagi kerana otak masih segar lagi.
Setibanya Aisya sampai di sekolah, Aisya terus masuk ke kelas. Aisya merupakan pelajar 5Sains2. Semua guru yang mengajarnya menyukai kelakuan Aisya yang baik dan bersopan santun. Malah, Aisya juga merupakan pelajar harapan untuk mendapat kan semua A dalam peperiksaan SPM. Aisya amat meminati mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
"Aisya, dah lama kau sampai?" ujar seseorang dari belakangnya sambil menepuk lembut bahu Nuraisya.
Aisya terkejut lalu menoleh seraya berkata, "Ya Allah, terkejut aku, Mimi. Jangan lah macam ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau.
Rupa-rupanya Syamimi iaitu kawan baik Nuraisya. Syamimi telah berkawan dengan Nuraisya sejak dari sekolah rendah lagi. Syamimi juga amat mengambil berat tentang Nuraisya dalam apa jua aspek.
"Kau tak takut kah duduk dalam kelas seorang diri, pagi-pagi buta macam nie?" soal Syamimi yang seriau melihat keadaan kelas yang lampunya malap itu.
"Kenapa aku perlu takut? Bukankah Allah sentiasa bersama kita?" soal Aisya kembali.
Syamimi hanya tersengih sahaja. Aisya kembali tekun mengulang kaji.
Semua seakan berjalan dengan lancar pada hari itu. Pejam celik, hanya 2 bulan lagi untuk Aisya menghadapi peperiksaaan SPM. Aisya menggandakan usahanya agar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang. Habis sahaja waktu persekolahan pada waktu petang, Aisya terus pulang ke rumah. Setibanya Aisya di rumah, Aisya memanggil mak long nya, tetapi tiada sahutan. Aisya turun ke dapur dan mendapati pintu belakang rumah itu terbuka. Aisya terus meluru ke sana dan terlihat mak long pengsan di ampaian baju. Aisya berlari untuk mendapatkannya.
"Ya Allah, mak long! Macam mana boleh pengsan nie?" ujarnya cemas kerana mak long kaku di situ.
Aisya bingkas bangun dan terus ke rumah jiran sebelah iaitu rumah Cik Mila.
"Assalamualaikum Cik Mila. Oh Cik Mila." Ucapnya.
"Waalaikumsalam Aisya. Kenapa nie? Muka kamu cemas semacam je. Apa masalahnya?" soal Cik Mila.
"Mak Minah.... Dia.... Pengsan. Langsung tak sedarkan diri." Ujarnya tercungap-cungap.
"Kamu balik dulu. Saya call ambulans dulu. Sekejap lagi saya datang." ujarnya Cik Mila lalu bergegas mendapatkan telefon rumah.Aisya pulang semula ke rumah until mendapatkan mak long. Tiba- tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Cik Mila juga bergegas ke situ. Staf ambulans itu segera mengangkat mak long menggunakan "stretcher" Dan memasukkan mak long ke dalam ambulans. Aisya turut menaiki ambulans bersama Cik Mila. Dalam perjalanan, Cik Mila masih berusaha menghubungi saudara mara Mak Minah. Kebetulan Cik Mila merupakan kawan baik kepada arwah ibunya sejak mereka di bangku sekolah lagi.
Setibanya di hospital, staf-staf hospital menurunkan Mak Minah dari ambulans dengan kadar segera. Aisya seperti hilang arah kerana takut sesuatu yang buruk terjadi pada mak long. Cik Mila menemani Aisya di situ sementara menunggu kalau kalau ada saudara mereka berdua yang hadir ke situ.
Syamimi dan ibunya, Puan Zaleha, tiba di hospital. Syamimi terus berjumpa dengan Nuraisya yang lemah menunggu di kerusi di luar wad kecemasan.
"Aisya, kau ok tak? Aku harap kau tabah, ya. Ini adalah dugaan Allah untuk kau." pujuk Aisya lalu menarik Aisya ke dalam dakapannya.
"Aku faham, Mimi. Aku harap mak long sedar. Aku perlukan dia. Aku dah tak ada sesiapa pun yang ada atas muka bumi ini. Dialah tempat aku mengadu nasib, menumpang kasih sayang." ujarnya Aisya dengan suara yang sayu.
"Kau kan ada aku. Aku boleh tengok tengokkan kau. Mama aku tak kisah pun. Mama aku dah anggap kau macam anak dia sendiri. Kau janganlah sedih." balas Syamimi sambil mengusap-usap belakang Aisya.Doktor yang merawat mak long keluar dari wad itu.
Beliau berjalan ke arah mereka."Maafkan saya, ada waris Pn. Aminah di sini?" Soal doktor itu.
"Pn. Aminah tiada pewaris. Tapi saya anak saudaranya yang dia jaga sendiri. Saya Nuraisya." balas Aisya.
"Yang lain nie, siapa pulak?" soal doktor itu kembali.
"Kami semua nie jiran terdekat pesakit" jawab Cik Mila yang tiba tiba mencelah.Doktor itu mengangguk.
"Maafkan saya, sebenarnya Pn. Aminah telah disahkan menghidap kanser hati tahap 4. Peluang untuk beliau terus hidup hanya 30% sahaja. Saya harap semua yang ada di sini dapat doakan yang terbaik untuk pesakit. Kami di hospital in akan cuba sedaya upaya untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik." ujar doktor.
Sebaik sahaja doktor mengakhiri katanya, Air mata Nuraisya terus bejujuran jatuh ke pipi mulusnya. Syamimi terus menarik Aisya ke dalam dakapannya. Aisya tidak dapat menahan rasa sebak yang terbuku di dadanya.
"Ya Allah, dugaan apakah yang Kau timpakan ke atas diriku?? ujarnya teresak-esak.
"Sabar lah, Aisya. Allah uji kau sebab Dia tahu kau kuat, Sya. Aku kan ada. Aku akan sentiasa bersama kau." ujar Syamimi yang mengusap belakang Aisya.
"Ya betul tu, Aisya. Dah lah tu. Usah lah kamu menangis lagi, Aisya." balas Puan Zaleha.Nuraisya terharu mendengar butir bicara sahabatnya lalu memeluknya.
"Terima kasih, Mimi. Sebab kau selalu tolong aku waktu aku susah." ujar Aisya sambil menyeka air matanya yang bersisa di pipi.
"It's not a big deal. Aku ok aje. Yang mana aku mampu nak tolong, aku akan tolong. Insyaallah." balas Syamimi lalu tersenyum.Puan Zaleha berhasrat untuk membawa Nuraisya pulang ke rumahnya sementara Mak Minah masih terlantar di hospital. Cik Mila juga bersetuju jika Nuraisya dijaga oleh Puan Zaleha kerana nanti mudah untuk Aisya ke sekolah tambahan lagi Syamimi juga ada bersama. Sekurang-kurangnya Nuraisya tidak berasa kesunyian nanti.
YOU ARE READING
Penantian
RomanceNuraisya, gadis remaja yang tinggal sebatang kara berasa kekosongan di dalam hidupnya. Ibu saudaranya, Mak Minah semakin tenat dan tiada siapa yang mampu untuk bersamanya menjalani kehidupan di dunia. Dia berharap agar kebahagiaan hakiki akan menim...