Prolog

24 2 2
                                    

Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.

Momen yang kita ada akan aku genggam dan simpan seerat mungkin supaya aku tidak lupa siapa kau dan hubungan kita.

Senyuman, bibir, mata, suara dan bau kau. Sumpah, itu yang aku sangat gilakan sehingga sekarang

Manusia gila seperti aku sangat layak dipermainkan kau begitu sahaja. Aku tidak kisah, asalkan kau tahu yang aku sukakan kau

Ambillah semuanya yang aku miliki. Aku tidak kisah. Kau cari aku, itu sudah buat aku gembira. Sentuhlah aku, ciumlah aku. Itu ialah cara yang mampu aku tunjukkan bahawa aku cintakan kau dan hanya kau

Walaupun aku sedih dan menjadi bodoh untuk kau tetapi aku tetap cintakan kau. Sangat. Sangat

Terima kasih, manusia tinggi bertelinga capang

                                                                             ♤♡◇♧

"Hati-hati, Eunjung. Jangan ikut orang yang tidak ada pendirian yang tetap. Ini yang paling penting, jangan sibuk nak jatuh cinta dengan pelajar lelaki dekat kampus kamu nanti. Belajar! " omma mengusap rambut aku dengan perlahan. Aku dapat lihat dengan jelas mata omma sangat risau dan berat untuk lepaskan aku  

Aku muncungkan bibir aku sambil memeluk omma seerat yang mungkin "Omma memang tak percayakan anak sendiri kan?" ada nada seperti merajuk tapi aku sengaja lakukan itu. Aku tidak mahu omma bersedih 

"Memang" kami langsung ketawa bersama dan terus memeluk antara satu sama lain. Aku pasti akan rindukan masakannya, bebelannya, wajahnya dan paling penting dirinya sendiri. Aku tatap wajah omma buat kali terakhir dan aku cium pipinya entah buat kali yang keberapa. "Maaf, omma memang tak boleh hantar kamu'' pandangannya mula sayup. "Eunjung faham omma"

Aku mula mengatur langkah dan menaiki bas yang akan membawa aku ke ibu negara, Seoul. Tangan aku masih lagi melambai ke arah omma sehingga tubuhnya tidak dapat lagi aku lihat . Appa dan adik aku sudah semestinya masing-masing sibuk dengan hal mereka dan aku langsung tidak peduli

Tempat yang ingin aku tuju ialah Seoul National University. Menyambung pelajaran di ibu negara ialah impian setiap pelajar yang telah menghabiskan pelajarannya di sekolah menengah dan dalam usia aku yang sangat muda tidak ramai yang boleh lakukan semuanya sendirian seperti aku 

Ya, ini keputusan aku. Pasti aku boleh lakukannya !

                                                                              ♤♡◇♧

"Aku suka kau"

Masih terngiang ayat itu di dalam benak fikiran aku. Kawan aku, hampir mereka semua menghalang aku untuk terima dia. 

Iya, aku tahu dia ada banyak perempuan dikeliling pinggang tapi bukankah aku boleh ubah dia menjadi seorang yang baik dan setia kepada aku ?

Tidak mustahil bukan?

                                                                                ♤♡◇♧

"Ini bukan kali pertama awak buat saya macam ini tapi dah banyak kali, Chanyeol !" air mata aku terus jatuh sambil memandang mukanya yang sedikit pun tiada perasaan bersalah pada aku. "Awak ingat saya ini patung ! Saya sayang awak sangat tapi awak masih layan saya macam ini !"aku memukul dadanya beberapa kali dengan kuat

Betapa sakitnya hati aku, dia berjanji dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama tapi sedikit pun aku tidak melihat perubahan itu. Orang disekeliling aku melihat aku sebagai orang bodoh yang masih bersama lelaki yang sama walaupun sudah terang-terangan teman lelakinya sering curang 

Dan yang paling kelakar, aku tahu apa yang dia lakukan dibelakang aku

"Sebanyak mana lagi yang saya perlu tunjuk pada awak yang saya sayang awak !'

"Saya seorang sahaja ke yang ada dalam hubungan ini ?"

"Kenapa awak cakap awak suka saya kalau awak nak sakitkan hati saya macam ini ?" 

Tidak satu pun soalan aku dibalas, dia hanya berdiri melihat aku menjerit dan menangis. Aku cuba untuk bertenang. Aku mengelap air mata dan membetulkan sedikit rambut aku yang kusut dan memandangnya dengan pandangan yang sayup. Tangannya aku capai dan aku pegang erat

"Jadi tolong berhenti keluar dengan perempuan lain, ya sayang"

Mata aku membulat sebaik sahaja dia menolak tangan aku.

"Aku sayang kau tapi kalau kau sayang aku, kau boleh terima semua benda yang aku buat. Kalau kau dah tak tahan dengan aku, kau boleh pergi" Chanyeol terus meninggalkan aku bersendirian

Adakah ini balasan untuk orang yang mencintai orang lain dengan sepenuh hati ? 


________________________________________________________________________________

NOTE

INI HANYA PROLOG SAJA YE. STAY TUNED !

[OG] Memories ● PCYWhere stories live. Discover now