keluar saja daripada pintu rooftop, perlahan-lahan dia berjalan menghampiri ke arah palang.
dengan bantuan kedua tangan, badan ditarik ke atas. punggung dilabuhkan di sebelah gadis itu.
mata mereka bertentangan beberapa saat sebelum pandangan dialihkan semula.
what a coincidence.
"i need a break in life. i shouldn't have been born into this world you know..." si gadis diam sekejap sebelum menyambung.
"my mother must feeling sad to know that her daughter born into this world just to be dead again." muka gadis itu merah, matanya pula sembab dan sedikit berair.
lelaki itu mengeluh sekejap. nak bagi tisu tak ada pula.
"be strong. when life gets harder, challenge yourself to be stronger. life is tough, but it's fun. hang in there, everything's gonna be okay, soon..."
rokok diketip pada bibir lalu dia menyalakan api pada hujung rokok. asap rokok dihembus keluar daripada mulutnya.
diam.
hm... macam mana nak pujuk perempuan?
ting!
bunyi notification. kasyaf menarik keluar telefonnya dari poket hoodie.
"free drinks for two, from starbucks." suara kasyaf yang sengaja dikuatkan sikit di sebelah, menarik perhatiannya.
wow free drinks.
starbucks eh... fantasy tail frappuccino. flavor terbaru tu ehehe.
muka yang sememeh dengan air mata dikesat dengan baju.
aha, got ya!
"i'm a bit thirsty la pulak. now let's forget our trouble with free drinks. uhm, starbucks date."
"siapa nak starbucks date dengan kau? kau balik rumah jelah buat dalgona coffee tiktok tu."
melisa geleng kepala laju. "minumnya 2 menit, ngaduknya ampe mental illness. know what? tak guna bulu mata cantik tapi kedekut."
tiber kau nyah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
• • •
aktiviti ini ditempatkan di kawasan hutan simpan. masing-masing dibekalkan dengan senapang cat dan mula memakai seragam yang disediakan.
paintball game!
seramai 12 orang dibahagikan kepada tiga kumpulan, setiap kumpulan mempunyai empat pemain.
kumpulan a, ryan, angel, wais dan chan.
kumpulan b, kasyaf , tyler, delina dan syasya.
kumpulan c, ash, dafi, melisa dan ally.
"kata nak tidur je kat rumah. no rain no tornado sudden sudden raining betul lah kau ni, mel."
ash mula merungut seraya menyarungkan topeng muka diikuti dafi yang mengangguk setuju macam kera duku. malas melayan, mereka dijeling sekilas.
semua mula berpecah untuk mengambil tempat masing-masing.
ash dan ally mengambil tempat berdekatan bersama manakala melisa pula dengan dafi.
wisel dibunyikan dari tengah. game started!
• • •
bang!
angel dari kumpulan a ditembak oleh ash. dia melompat kecil, seronok menjadi orang pertama yang tuntut markah.
kumpulan a : angel ✓
bang!
syasya ditembak tepat pada bahagian peha kiri oleh melisa.
kumpulan b : syasya ✓
"mana kasyaf? ei sampai hati tinggalkan i. bukan nak tolong protect i! kan dah kena tembak! menci lah!"
dahi syasya berkerut, mulut dicebikkan dan kaki pula dihentak-hentaknya.
bang! bang! bang!
tiga peluru dilepaskan, hampir meng-headshot kepala si gadis. terus dia bersembunyi dibalik batu, berpecah dengan dafi.
lelaki itu mengeluh, melisa sudah hilang dari radar ketika dia mengisi semula pelurunya.
bang!
ash terus menembak delina yang masih ternganga memerhati persembahan kawad kaki si syasya yang duduk selang satu pokok itu.
kumpulan b : syasya ✓ delina ✓
"2 kills, yeah." tanpa berfikir rebus-rebus ash mula berjoget keriangan macam cacing kerawit.
kasyaf bersembunyi di sebalik pokok berdekatan, senjata mula diangkat sedikit ke arah ally dan ash yang tidak sedar keberadaannya disitu.
bang!
ally yang baru nak menoleh ke arah ash terus ditembak. bahu kanan yang terkena cat dipandang sayu.
bang!
ash terus senyap macam tapir baru lepas jatuh longkang, seragamnya di bahagian perut kini sudah dinodai cat biru.
kumpulan c : ally ✓ ash ✓
"argh, aku dah mati!" ash menjerit sebelum dia mula rebah dengan penuh dramatik di tengah-tengah hutan.
30 minit berlalu...
bang!
dafi ditembak oleh ryan dari arah tepi tanpa dia sedari.
bang!
kasyaf dapat menembak ryan manakala wais pula menembak tyler.
kumpulan a : angel ✓ ryan ✓ kumpulan b : syasya ✓ delina ✓ tyler ✓ kumpulan c : ally ✓ ash ✓ dafi ✓
kumpulan b dan c hanya tinggal satu ahli kumpulan.
melisa yang jarak beberapa tapak daripada mereka berdua terus mengacukan senapang pada wais.
bang! bang!
tepat mengenai lengan wais yang tiada pelindung.
kumpulan a : angel ✓ ryan ✓ wais
"how could you?" wais menyoal, konon hampa.
"kau nak headshot aku tadi kot awal awal." wais angkat tangan tanda surrender kepada melisa sebelum meninggalkan mereka berdua.
"huh kasyaf , you own-"
"what?"
"baskins robin. deal?"
"better you run fast, sebelum aku pulak headshot kau." gertak kasyaf.
pantas melisa berlari ke arah bertentangan dan bersandar di sebalik pokok. letih.
dah 45 minit, bila nak habis ni?
tiga orang lagi yang tinggal.
kumpulan a : angel ✓ ryan ✓ wais ✓ kumpulan b : syasya ✓ delina ✓ tyler ✓ kumpulan c : ally ✓ ash ✓ dafi ✓
bang!
tiba-tiba sebelah bahu kiri terasa sakit. melisa toleh ke arah belakang. perlahan-lahan chan menapak menghampirinya.
kumpulan c : ally ✓ ash ✓ dafi ✓ melisa ✓
"sorry melly. nanti i belanja you aiskrim eh?"
"you better do, chan."
bang!
kumpulan a : 💀
guess who is the winner?
yes hun, kasyaf and the geng.
• • •
maaf atas kekurangan patik. aku dah malas nak edit. dah berapa kali dah aku rewrite unpub rewrite unpub. - feel free to point out any mistake you come across nicely. thank you.