Prolog

293 18 4
                                    

Hana_farisha: Weitt, opah tanya, bila nak lepak sini?

Adam: Wah, opah pun pandai guna perkataan lepak la!

Hana_farisha: Kau jangan sampai aku smackdown kau, Adam.

Adam ketawa membaca balasan YM daripada Hana. Membuli Hana memang hobi Adam. Hampir setiap hari memang wajib bagi Adam untuk mengganggu ketenangan gadis itu.

Adam: Nanti kalau ibu dan papa tak sibuk, kami datanglah.

Hana_farisha: Okey. Nanti aku beritahu opah.

Adam: Weh....

Hana_farisha: Apahal? Meroyan?

Adam ketawa lagi. Mesti muka Hana dah herot-berot sebab bengang.

Adam: Kau ni lawak la.

Hana_farisha: I'm not a gagwoman *muka bosan* Hah apahal? Aku nak log out dah ni. Nak turun bawah tolong opah.

Adam: Kau okey ke ni dapat UIA? Law pulak tu?

Hana_farisha: Apahal pulak tak okeynya?

Adam tak membalas. Dia tahu sebenarnya Hana nak sambung belajar di luar negara. Tapi opah tak bagi sebab Hana perempuan. Hana setuju tapi dengan syarat opah kena bagi Hana pilih jurusan yang Hana nak walaupun sebenarnya opah nak sangat Hana sambung jurusan lain sebab opah nak Hana kerja di syarikat milik keluarga mereka.

Adam: Takde. Saje tanya. Good luck, then!

Hana_farisha: Okey. Thank you! J Opah dah panggil. Aku logout dulu.

Adam: Hana, sekejap!

Hana_farisha: Apanya lagi?

Adam: Bila kenduri kesyukuran kau dapat masuk UIA?

Hana_farisha: Next weekend.

Adam: Okey.

Hana_farisha is logged out. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HanabiWhere stories live. Discover now