Pernah tanya pada diri sendiri?
"Kenapa mereka menjauh? "
"Apa yang aku dah buat? "
"Kenapa tiada sesiapa yang mendengar ketika aku bersuara? "
"Masih wujudkah aku di kalangan kalian? "
"Patutkah aku berubah? "
Arh! Ini semua lumrah. Lumrah kehidupan.
Lumrah disisih?
Aku tak faham.
Tapi aku rasa, tidak patut jika seseorang itu berubah untuk disukai orang ramai.
Jahat. Perlu mengubah tingkah lakunya sahaja. Bukan citarasa, bukan keperibadian.
Jika dia berubah, dimanakah dirinya yang sebenar ? Maka terlenyaplah satu identiti di dunia ini.
YOU ARE READING
CORETAN SUKA HATI
PoetryTulisan dari hati manusia yang bosan dengan realiti . ( in Malay )