gambaran jiwa

69 10 0
                                    




Di hujung jalan , dia berdiri. Statik.



Di hadapannya, laut bergelora. Ombak kencang. Pusaran air merata-rata.



Dia mendongak ke langit.



Gelap. Guruh berdentum. Petir sabung-menyabung. Sesekali terlihat retakan pada awan hitam yang bergulung.



Dia tunduk memandang tanah.



Retakan demi retakan. Seakan memberi peringatan bahawa sebentar lagi akan hancur semuanya.



Dari situ, dia seakan tahu. Dunia dia di hadapan akan hilang warnanya.

CORETAN SUKA HATIWhere stories live. Discover now