Nama saya Nico. Di sini saya ceritakan guna gaya bahasa rojak sabahan. Full name saya Renico James.. Di sebalik ramah tawa mesra saya ni kan. Ada sinis yang saya selitkan. Jiwa suram. Raga kosong. Bernafas dalam ketakutan.
Saya cuba menaturalkan keadaan, tapi masih dibayangi flash back yang pernah saya lalui. Bukan sekali dua saya pernah menghadap keadaan ni. Tapi ntahh berapa kali, yang saya sendiri tidak mampu kira setiap kejadian-kejadian yang berlaku.
Saya percaya, seperti mana yang pernah saya ceritakan dengan orang lain, tidak semua mampu menerima. Malah ada mengejek dengan mengatakan, 'mengada-adakan cerita', 'menipu' dan sebagainya. Saya tidak perlu kepercayaan dari orang lain. Cukup hanya apabila diri sendiri pernah mengalaminya.. tentu akan dapat merasai apa saya rasa macam sekarang ni.
Apa yang lebih teruk? Kamu akan rasa terhina juga terpinggir sendiri dari dunia nyata, di mana tempat kaki kamu berpijak. Di sana baru kamu akan faham, bagaimana perasaan kamu, bila dilabel seperti apa yang saya cakap sebentar tadi. Baiklah. Saya kasih cerita secara random kejadian-kejadian yang pernah saya alami sepanjang kehidupan saya membesar.
Dunia nyata dengan dunia dipenuhi hantu, amat berbeza sekali. Bau demensi yang berlainan, cuaca siang y suram, detik malam yang terlampau lambat untuk menunggu di hari siang. Pelik bukan?
Yaa.. bagi sayalah kan, memang pelik. Saya mimpi masuk dalam 1 demensi dunia penuh roh kematian. Dalam mimpi tu, bidai saya di tumbuk 1 lelaki berbadan sederhana, gara-gara saya cuba menolak badan dia dari memasuki badan saya yang tengah baring di atas 1 lantai kayu kering.
Saya sendiri pun tidak tau, macam mana jasad saya bulih ada di sana? Macam mana saya bulih nampak diri saya sendiri berbaring di sana? Sama macam mana saya boleh berada di sana? Apa yang lebih saya terkejutkan, lepas saya terbangun tu. Saya atas katil di rumah pula. Saya rasa betul-betul ketakutan masa tu. Apa yang saya cari lepas bangun tu. AIR.
Air yang saya cari. Haus betul saya rasa. Begitulah kebiasaan yang saya alami. Mimang mencari air. Sebab itu saya selalu sediakan botol-botol air mineral besar di bilik tidur saya. Bila saya bangun dari tilam. Bidai saya terasa sakit. Tulang rasa ngilu.. saya check tulang bahagian bidan. Lebam biru hitam, bentuk bunjur menyenget.
Kamu dapat explain kah tu sama saya? Macam mana di mimpi kena tumbuk, bulih biru di alam nyata?? Saya sendiri tidak dapat jawab. Puas saya fikir cara logik. Saya sendiri alami, saya sendiri juga tidak dapat jawab. Ndak kah bikin stress begitu kamu rasa?
Bukan cuma tu lelaki seja yang pernah saya jumpa. Banyak lagi. Pelbagai rupa, pelbagai bentuk fizikal.. sampai bau wangi yang saya terhidu dari mimpi tu pun, saya masih bulih terhidu tu bau wangian bila sudah terbangun.
Saya pernah balik rumah sewa, bersama roh orang mati yang belum kena kubur lagi. Hantu tu, roh kawan x housemate saya sendiri. Masa tu, saya sama kawan saya 1 orang lelaki. Datang pergi rumah kawan serumah sewa kami yang pass away tu. Untuk respect badan mayat kawan kami.
Masa kejadian tu, saya di luar rumah kawan yang pass away tu. Badan dia di baring lurus keras kaku dalam keranda kayu, yang disyelek. Saya di kereta time tu. Sedang hisap rokok. Kawan saya yang datang sama-sama pigi sana melawat masa tu.. dia bawa pulang rumah sewa sudah.
So saya pun, drive tu kereta dia balik di rumah sewa kami. Kamurang tau kah? Bila saya sampai di rumah sudah. Dalam bilik masa tu. Kawan saya yang owner tu kereta yang saya drive pulang rumah.
Bulih-bulih dia call saya ah. Dia tanya saya di mana? Sedangkan, sebelum tu.. dia yang bawa saya pulang pergi rumah sewa kami tu. Saya tanya tu kawan saya time calling tu, dia di mana? Rupanya masih di rumah kawan kami yang meninggal dunia tu.
So.. siapa yang datang jumpa saya di kereta waktu malam tu, bawa pulang pigi rumah sewa? Siapa pula yang duduk di kerusi sebelah time saya driving tu? Sama siapa yang saya bercakap sepanjang perjalanan balik rumah??
Tidak masuk akal..! Langsung tidak logik. Seakan mau gila bah saya rasa hari tu.. gara-gara tu seja saya berpikir. Sampai saya demam berapa hari..
YOU ARE READING
Alam Nyata VS DUNIA HANTU.
HorrorDikelilingi roh orang mati, melihat dengan rupa fizikal sekaligus. Itu bukanlah 1 gift bagi diri saya. Tapi 1 kehancuran yang membuatkan hidup saya semakin dimamah "KONFIUS". Sehingga sukar membezakan mana kehidupan reality, mana yang dimensi ruang...