Abang Lan story 2

52 2 2
                                    

Doktor pun sampai. Aku resah.Iyalah, anak orang kan.Kalau jadi apa-apa, apa aku nak cakap dengan mak ayah dia. Aku perhati doktor itu analisis dengupan jantung, anak mata dan denyutan nadi budak itu.

"Dia okay. Tak ada kecederaan yang serious. Just pening saja. Biar dia berehat sebelum hantar dia pulang ye", doktor itu menerangkan keadaan budak itu. "Okay, thank you doc", aku cuba melihat keadaan budak itu. Sedapnya dia tidur kat atas katil aku. Doktor itu pun berlalu meninggalkan rumah aku.

"Kenapa lah kau ni beria-ria sangat nak selamatkan orang?, aku tahu dia tak dengar. Saja je aku cakap. Stres. Satu-satu masalah datang. Tiba-tiba aku teringat time aku bawak dia secara bridal style tadi.Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Aku buat sebab terpaksa.

Knock knock knock!

Oh mak rupanya

"Kawan Lan dah bangun ke belum? Pengsan sebab apa dia tu? ",mak mula bertanya soalan. "Dah start dah Detective Conan effects dia",monolog aku. "Belum lagi mak.Nanti dia bangunlah. Dia pengsan ni sebab terhantuk kat tiang lampu", jawab aku. Ya Allah Lan, alasan apa yang kau bagi ni?!. Aku menjerit dalam hati. "Oooh. Mak nak siapkan minum petang. Nanti kalau dia bangun, ajat sekali makan", kata mak aku lalu menutup pintu bilik aku.

"Mak ini lain macam saja aku tengok", aku berbisik seorang. "Ergh.... Hmm..... ", aku terdengar suara orang seperti baru bangun dari tidur. Oh budak perempuan ini menunjukkan simptom-simptom nak bangun. Aku pura-pura keluar daripada bilik. Time aku keluar bilik itu, kebetulan mak tengah bawa dulang dengan air teh o. "Meh mak, biar Lan bawa", aku mengambil dulang itu dari mak aku. "Hmm nah, kalau budak tu dah bangun, bagi dia minum air ni",mak pun pulang semula ke dapur until menyiapkan makan petang.

Budak itu nampak blur je time aku masuk balik tu. Tiba-tiba dia rasa sakit kepala. Woah, kesan daripada pengsan tu ke?

"Oh, awak dah bangun? Saja je aku tanya walaupun aku tahu memang dia nak bangun tadi. Dia jawab dengan gementar. Hang takut ke wei? Dia boleh siap selak bawah selimut tu. Haih lah dik, aku tak ada taste dengan hang lah. "Jangan risau, saya tak buat apa-apa pun dekat awak", aku explain dekat dia macam mana dia boleh ada kat bilik aku ni. Sambil-sambil itu, aku hulurkan dia secawan air teh o."Kau perempuan kan?,spontan saja mulut aku keluar soalan itu. Dia tanya macam mana aku tahu. Well, aku cakap jelah aku teka saja. "Terima kasih tolong aku tadi", serious rasa tercalar maruah aku sebagai seorang lelaki. Yelah, lelaki diselamatkan oleh seorang perempuan belasan tahun. Ergh... Sangat memalukan.

"Sama-sama", dia balas.Aku pun mints dia rahsiakan perkara tadi itu. Dia tanya nama aku dan aku pun suruh dia panggil "Abang Lan" je.

Aku baru nak gerak keluar, tiba-tiba dia tanya soalan tentang kejadian tadi. Nak tak nak, aku ceritakan jelah dekat dia. Entah kenapa aku rasa tenang selepas ceritakan semuanya. Selama ini tak ada siapa pun yang tahu aku ada hutang dengan Ah Long itu. Keluar air mata aku fikirkan situasi aku sekarang. Dahlah kena fitnah, kena buang kerja,  lepastu ini Ah Long minta hutang pula. Stres hidup.

"Kalau abang tak kisah, saya nak tolong abang", budak itu cuba nak tolong aku. Pada mulanya aku memang ingat dia just nak sedapkan hati aku saja tapi tengok eksperesi muka dia serious saja mungkin dia memang mampu untuk tolong aku. Tapi apa saja budak macam dia boleh buat?

-------End pov--------------------------------------

Hairi mengeluarkan telefonnya. Dicari nombor seseorang yang dia yakin boleh tolong Abang Lan. "Hello Mr Lee, you tahu tak kumpulan Dark Rose? Yes,  gangster I think. Give me the their details. As soon as possible", dia mematikan panggilan. "Mana kau tahu itu gangster apa? Abang Lan bertanya. "Adalah. Saya ada orang boleh tolong abang.Trust me", Hairi cuba menyakinkan abang Lan. "Siapa?,  abang Lan bertanya lagi. "Kawan papa saya seorang inspektor. Kebetulan pula... ", tak sempat Hairi menghabiskan penjelasannya, Abang Lan menyampuk" WHAT? Kau bagitahu polis buat apa?  Kalau kau buat macam itu,  keselamatan keluarga aku terancam tahu. Kau tak fikir ke?!  Dia masih cuba control suara dia. Takut mak dia dengar. "Abang, dengar dulu perjelasan saya. Saya tahu apa yang saya buat", Hairi cuba menenangkan Abang Lan.

Abang Lan mendengus. Macam tak percaya dia boleh percaya budak mentah untuk tolong dia. "Habis itu, apa yang kau nak buat? Abang Lan bertanya lagi. "Kebetulan saya dengan inspektor tu rapat sebab saya banyak tolong dia selesaikan kes. Jadi, saya just nak dia access ke fail-fail yang berkaitan dengan Dark Rose tu je. Kalau dia tanya kenapa, saya just cakap saya tengah buat kajian tentang gangster di Malaysia ini", Hairi memberi penjelasan.

"Kau ingat polis bodoh ke? Kau fikir dia percaya alasan karut tu?! Abang Lan menarik rambutnya. Dia cukup takut sekarang. "Saya tak cakap pun dia boleh terima bulat-bulat alasan itu. Kalau dia tak percaya, saya cakap perkara sebenar. Oh sekejap, ada mesej", Hairi melihat telefonnya semula. Abang Lan terkejut. "Jangan kau bagitahu perkara yang sebenar. Kau nak aku mati ke apa?! Kenapa lah aku boleh percaya kau untuk tolong aku?! Abang Lan merentap kolar sweatshirt aku. "Jangan risau. Abang patut bersyukur Dark Rose ini bukan kumpulan yang besar sangat. Lagi senang saya nak tolong abang", Hairi masih cuba menenangkan Abang Lan.

"Apa kecoh-kecoh ni? Lan? Mak Abang Lan memasuki bilik. "Tak ada. Tak ada apa-apa mak. Kita just talk about something. Nothing specials", Abang Lan menipu. Hairi yakin Abang Lan tidak memberitahu ibunya tentang hutang tersebut. "Abang Lan,  just being honest. She's your mother. Dia patut tahu", Hairi menyuruh Abang Lan untuk berterus terang dengan ibunya. "Apa ini?  Ada apa-apa yang mak tak tahu ke? Tell me Lan", mak Abang Lan mendesak. Abang Lan pun mengalah dan dia beritahu perkara yang sebenar kepada ibunya.

"Kenapa kau pergi pinjam duit Ah Long tu Lan?!  Mak ada duit, mak boleh tolong. Kakak kau pun ada boleh tolong, kenapa tak bagitahu mak Lan?! Mak Abang Lan memukul Abang Lan sambil menangis. Abang Lan tidak putus-putus minta maaf dan menjelaskan dia tidak ingin menyusahkan mereka berdua. Hairi hanya mampu memandang. Rasa cemburu dan sedih datang serentak. Tapi Hairi dah kehabisan air mata untuk menangis. "Makcik, saya akan tolong Abang Lan. Saya janji", Hairi memegang erat tangan mak Abang Lan. "Makcik minta maaf sangat menyusahkan kamu. Terima kasih sangat sebab sanggup tolong anak makcik ini", mak Abang Lan memegang erat kembali tangan Hairi. "Abang Lan, ikut saya keluar boleh?,Hairi melepaskan eratan tangan. Abang Lan mengangguk. "Makcik, saya pergi dulu ye. Saya tak rasa saya boleh stay minum petang sini", Hairi menyalami mak Abang Lan. "Takpelah,  lain kali boleh datang lagi ok", mak Abang Lan berkata. Hairi hanya senyum mengangguk.

"Kau nak balik terus ke? Bila nak tolong aku selesaikan hutang aku?, abang Lan bertanya lagi. Sekarang mereka berdua dalam kereta Abang Lan. Dia yang nak sangat hantar balik. "Bagi nombor phone abang. Malam nanti saya bagitahu", aku mula mendail. "0176457323", abang Lan memberi nombornya( readers, jangan dail nombor ni ok) "Lepas ini nak belok kiri ke kanan?, abang Lan bertanya jalan. "Kanan. Simpang depan itu baru belok kiri ", aku menunjukkan jalan. Terpampang kawasan perumahan elit. "Ooohh,  kaya betul kau. Ingat memain tadi masa kau cakap kau ada duit banyak", abang Lan kagum. "Duit simpanan je. Itu pun duit belanja yang mama dengan papa selalu bagi tapi jarang guna", Hairi menjelaskan tentang duit simpanannya.

Sesudah sampai di hadapan rumah Hairi,  Hairi mengucapkan terima kasih dan ingin melangkah keluar namu dihalang oleh abang Lan. "Ambil barang kau dekat belakang itu. Buat penat aku angkat", dia menunjuk beberapa beg plastik penuh dengan barang-barang dapur yang dibelinya. "Terima kasih lagi sebab bawakan", Hairi mengambil beg-beg plastik tersebut. "Eh lagi satu,  apa nama kau?, abang Lan menanyakan nama pula. "Hairi. Nama saya Hairi. Ada apa-apa lagi?  Saya nak masuk ini", Hairi menyindir. "Dah, itu je. Malam nanti bagitahu tau", abang Lan bergerak meninggalkan rumah Hairi. "Aish  menyampahnya aku. Tapi nak buat macam mana, aku dah janji nak tolong", Hairi bermonolog sendiri.

"Ya Allah,  Ina,  kau balik naik apa?  Astaghfirullah, Mak Ros risau tahu tak. Kawan Mak Ros kata tak nampak Ina dekat tempat dia suruh tunggu. Eeii,  budak ini buat orang risau saja", Mak Ros membebel. "Alah, sekarang kan Hairi kat sini. Tak payahlah risau lagi. Bagitahu dengan kawan Mak Ros nanti",  Hairi masuk ke rumahnya. Mak Ros mengikutinya dari belakang.

Chapter 7 is out !!! Mesti lama kan tunggu. Sorry sngat2. Memang story saya semua lambat update. So banyakkan bersabar. Oh,  selamat berpuasa kepada semua Muslim.
Tunggu next chapter ok!!

~Author Gjie~

FOBIA KE?! [ Slow Update]Where stories live. Discover now