PLOT

52 0 0
                                    

terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

PLOT

Permulaan
Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

Perkembangan
Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.

Konflik
Konflik dengan diri sendiri
Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

Pantai Kasih ( AZMAH NORDIN )Where stories live. Discover now