WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
Doktor pakar bedah
Anak kepada doktor pakar bedah
Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.Watak Sampingan
Doktor Uwang
Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
Berwajah kacak dan segak
Berusia pertengahan empat puluhan
Bertubuh sederhana
Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuhUnong Siron
Bekas Pesakit Doktor Uwang
Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
Kurus cengkung dan pucat
Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
Mempunyai masa depan yang cerah
Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar NegaraDoktor Sadiz
Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
Pakar Perunding Pembedahan
Pakar Bedah Otak
Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.Ayah Raiha
Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
Seorang yang optimistic
Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
Sudah meninggal dunia
Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.Sister Felicia Landosi
Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.
Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
YOU ARE READING
Pantai Kasih ( AZMAH NORDIN )
De Todonota untuk sesiapa yang bakal menghadapi spm tahun ni!!!