Bab 12

8K 396 1
                                    

"Yes uncle. I'm here. Kenapa?" Dalia duduk di atas sofa. Kaki disilangkan dan air kotak berperisa yogurt di atas meja diambil untuk diminum.

Uncle masih di dapur. Entah apa pula juadah yang dia masak pada Dalia malam ni.

Dalia menekan punat merah pada alat kawalan jauh televisyen. Tertera berita yang menarik perhatian uncle untuk sama-sama menonton.

Berita jam 12 malam.
Seorang pelakon dan model terkenal Tanvi Arcaca dipercayai mati di kediamannya di Arcaca's Bungalow semalam.
Kematian beliau dipercayai akibat bunuh diri.
Mangsa memasukkan dadah ke dalam badan dengan dos yang berlebihan sebelum menembak diri sendiri di bahagia dada yang menyebabkan beliau mati di tempat kejadian.

Berita seterusnya.

Tit!

Punat merah sekali lagi ditekan. Uncle menepuk tangan kepada Dalia. Dia gembira mendengar berita itu. Bermakna, pembunuhan itu tidak dapat dikesan sebagai mati dibunuh. Sebaliknya diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

"You do the great job my girl!" Uncle masih berdiri. "Some hug for me?" Soalan uncle dibalas dengan gelak tawa mereka berdua. Sebenarnya, uncle hanya bergurau, mana la dia sanggup berpelukan dengan Agen Dalia Ufaira. Dia masih waras lagi.

"Amboi! Mentang-mentang bini dia pergi Amsterdam, dia nak peluk kita pulak? No uncle!" Dalia sudah mengikut langkah kaki tua itu ke meja dapur. Makanan yang terhidang membuatkan dia telan liur. Hari ini masakan western pula jadi hidangan.

"So, macam mana perkembangan PAA? About, spy? Uncle menyuapkan spaghetti carbonara ke dalam mulut sambil mata masih memerhati Dalia yang hanya makan meatball.

"So far, so good. Still siasat." Dalia kembali menyuapkan makanan ke mulut.

Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Gelas air diambil lalu dia meneguk sedikit air.

"Uncle percaya Malik?" Dia sudah berhenti dari mengunyah. Padanya, soalan ini sangat penting untuk dia bertanyakan kepada uncle memandangkan Malik merupakan anak uncle.

Uncle meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Dia berdehem sebelum memulakan bicara.

"Honestly, I not totally trust him. Dally tahu kan? Tapi, tak apa. Uncle sendiri akan siasat Malik." Uncle senyum pada hujung ayat.

Dalia mengangguk faham dan meneruskan suapan. Baru lega hatinya.

"Ok. Dally just nak cakap yang, kami dah berbaik."

Riak wajah uncle bertukar gembira. Dia tidak sangka pula Malik boleh berbaik dengan Dalia sesingkat ini. Marie dahulu pun ambik masa setahun juga untuk dia terima. Itu pun nasib la Marie tahan. Kalau tidak jenuh la dia cari pembantu baru untuk Malik.

"Sound good? Ok teruskan."

"Er... uncle, boleh tak kalau Dally nak tengok fail maklumat Malik dengan Marie.? Tergagap sedikit Dalia. Dia takut kalau uncle masam muka. Maklum sahaja orang yang dia syak adalah anak kandung lelaki yang berada di hadapannya saat ini.

"Boleh! Tak pe, nanti uncle hantar orang untuk ambil. Uncle tahu Dally tak tahu macam mana nak dapatkan fail-fail diorang kan?"

Dalia senyum. Akhirnya permintaan dia mendapat maklum balas positif daripada uncle.

Dalia masih duduk di balkoni. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengingatkan dia pada misi yang sedang dia jalankan senyap-senyap. Terlalu banyak hal yang dia perlu siasat di PAA.

"Dally, come! Sejuk tu kat luar." Uncle memanggil Dalia kerana dia lihat Dalia sudah lama di situ. Takut terganggu kesihatan gadis itu nanti.

Satu sampul surat di atas meja kopi menarik pehatian Dalia. Tadi semasa dia berjalan ke balkoni, tak nampak pulak sampul surat di situ. Tiba-tiba sahaja ada waktu uncle memanggilnya untuk turut serta di sofa.

Uncle mengambil sampul surat itu. Dia menghulurkan pada Dalia.

"Yours..." Kening diangkat syarat supaya Dalia mengambil hulurannya.

"Apa ni uncle?" Sampul surat itu sudah bertukar tangan. Dalia menanggalkan pelekat. Ada kunci dan kad di dalamnya.

"Kondo. Yang macam Dally nak. Uncle dah sediakan. Now, you dah boleh pindah."

"Oh my godness. Thanks. Tapi, Cherry's Elite Condo? Bukan ke bangunan depan tu?" Dalia mengerutkan dahi. Dia menggaru sedikit kepala yang tidak gatal. Masih keliru.

"Exactly! For your safety. Nanti boleh la Dally datang sini kerap lagi. Dally ingat uncle nak bagi Dally jauh dari uncle? Never!" Uncle bersuara tegas.

"I know. Uncle kan sayang Dally, sebab I am your favourite girl right?." Ketawa mereka meletus.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now