"So Miss Dalia, suka bilik yang kami dah sediakan. Ke nak kena buat walk in closet kat dalam tu."
Senyuman senget dihadiahkan kepada Dalia sambil belakang badan disandar pada dinding pejabat.
Dari mula lagi dia tidak suka pada wanita bernama Dalia Ufaira. Padanya, wanita tidak boleh ada dalam akademi ini. Kalau ada pun, selayaknya jadi pembantu kantin dan kerani sahaja.
Kuat kah insan bernama perempuan untuk pikul tanggungjawab sebagai 'pembunuh upahan'. Nak lari pun tak larat, ada hati nak jadi hero.
Sekali lagi senyuman senget terukir.
"It's ok Encik Malik. Saya dah cukup bersyukur dapat bilik macam tu. Apa guna bilik besar-besar kan kalau setakat jadi pengurus."
Tenang ayat itu keluar dari mulut Dalia. Tapi, sudah cukup membuatkan Malik panas telinga. Tidak lain tidak bukan, Malik lah yang Dalia maksudkan.
Pasti Marie yang beritahu gadis hingusan ini.
Dia mengepal penumbuk menahan geram yang semakin bertambah-tambah apabila melihat Dalia mengangkat sebelah kening sambil tersenyum senget kepadanya. Dalia hanya beriak bersahaja.
"Biar padan muka kau! Setakat pengurus cabok, ada hati nak perli-perli aku."
Gembira Dalia melihat muka Malik yang sudah merah. Hati di dalam sudah berkata-kata sendiri.
Malik keluar dari bilik pejabat. Pintu dihempas dengan kuat sehingga terangkat sedikit bahu Marie yang sedang berjalan ke arahnya.
"Miss Dalia, kenapa dengan Encik Malik tu?"
Tercungap-cungap Marie berjalan ke arah Dalia.
"Entah! Biasa lah, gaduh dengan girlfriend la tu."
Marie manarik nafas lega. Ingatkan Malik marah padanya. Takut pulak apabila Malik naik angin.
Lelaki itu memang panas baran. Ada sahaja benda kecil nak dibesarkan. Sampai tuan punya akademi ni pun dia marah. Tak sedar dek untung betul!
***
"Welcome to AAWF Zayn Mikhail.!"
Lelaki yang berseragam hitam dengan beret di kepala menghulurkan tangan. Senyuman masih lekar di bibir. Nampak sudah agak berumur lelaki itu.
"Terima kasih. Tuan..."
"Tuan Hisham."
Belum sempat Zayn menghabiskan ayat, lelaki yang menggelarkan dirinya Tuan Hisham sudah bersuara.
Zayn hanya mengangguk perlahan sebelum dia dipersilakan duduk.
"Ok Zayn kat sini semua orang adalah adik beradik. Kami bekerja dalam suasana yang tenang. Anggap semua orang adalah adik beradik sebab kita automatik akan lindungi sesiapa sahaja yang dalam kesusahan. Boleh faham?"
Zayn mengangguk sambil mengakuinya.
"Saya akan bekerja dengan baik tuan!"
"Ok Zayn. Tak payah la formal sangat. Kan saya dah cakap kita dalam pasukan AAWF ni macam one big family. Nanti awak jumpa diorang baru awak tahu macam mana layanan diorang."
"Baik tuan! Er... saya kena duduk sini atau boleh duduk luar kawasan sini."
Tuan Hisham mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Sebuah file berwarna hitam ditarik keluar lalu dihulurkan kepada Zayn.
"Untuk pegawai baru macam awak, awak perlu tinggal di bilik hostel. Tapi sementara sahaja. Tujuannya untuk pastikan awak cukup bersedia dengan pasukan khas ini. Ingat... pasukan ni adalah yang paling bahaya. Jadi, hati-hati dan siapkan diri awak sepenuhnya.
Zayn menyelak satu persatu helaian kertas yang mengandungi syarat-syarat dan perjanjian. Dia perasan mata Tuan Hisham masih memandangnya. Hairan sedikit dia.
"Baik lah awak boleh keluar. Kejap lagi ada orang akan bawak awak ke tempat penginapan."
Zayn bangun dari kerusi dan mengangkat tangan untuk bersalaman dengan Tuan Hisham.
Badan kemudian dipalingkan ke belakang dan dia berjalan keluar."Zayn Mikhail... kau didik anak kau jadi manusia Zam. Aku bangga dengan kau."
Tuan Hisham bercakap dengan diri sendiri.
Teringat dia pada arwah kawan baiknya dulu. Tuan Zamarul, ialah bapa kepada Zayn. Dulu mereka sama-sama bertugas di AAWF. Namun terjadi satu trajedi yang telah membuatkan dia kehilangan satu-satunya kawan baik yang sudah dikenali dari pusat latihan lagi.
Kini, Zayn telah mengambil alih dan menggantikan tempat bapanya. Benarlah kata orang tua, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
TBC...
YOU ARE READING
Miss Assassin✔
حركة (أكشن)[Novaestar Award 2018 - Winner of AnugerahThe Fighter ] Dia seorang wanita. Mempunyai prinsip hidup. Wanita yang jiwanya mengalahkan seorang lelaki. Wanita yang tidak kenal erti percintaan. Baginya, cinta tidak memberi apa-apa makna. Bekerja sebagai...