one

75 17 53
                                    

Bunyi wisel kedengaran. Semua pelajar perempuan menjerit sehingga terkeluar kentut dan bau-bau yang tidak diingini melihat atlet lelaki yang berlari.

Semua atlet mula berlari mengikut trek.

Satu persatu pagar dilompat. Ada juga pelajar yang jatuh gedebuk apabila berlari melompat pagar kerana tersalah langkah kerana dia mengesot dibawah pagar bukannya lompat.

Entah dari mana datangnya ajaran ini.

"Oppa!"

Kedengaran pelbagai suara bersorak. Ada juga mak cik kantin bersorak memanggil kerash kerash mereka.

"Hensemnya oh gosh", getus hati seorang pelajar perempuan iaitu peminat setia atlet. Dia hanya leka menonton acara itu.

Matanya tertumpu ke arah balapan. Dan dia pun melirik ke arah seseorang lelaki yang menarik minatnya untuk melihat.

Setiap lompatan di buat oleh lelaki itu membuatkan sendi pinggulnya bergetar ahh~

Sehinggalah baju lelaki itu terselak menampakkan sisi badannya. Lelaki itu adalah atlet yang paling disegani guru-guru, bajunya terselak ketika sibuk melompat pagar-pagar di dalam trek itu.

Perempuan itu terus terpegun akan sisi macho lelaki itu. Dari sisi sahaja, terpaku mata dibuatnya.

Mata perempuan itu semakin tajam menusuk ke arah lelaki itu. Dia mencari sesuatu di dalam baju lelaki itu.

"Dia ada abs tak?", desis hatinya. Dan tiada apa yang terlihat kerana ...

Penglihatannya kurang jelas.

Tapi dia masih berfangirl dalam diam walaupun sebenarnya mahu saja dia pukul semua buntot yang tertayang di hadapannya.

Dalam hatinya ingin saja dia menjerit nama lelaki untuk memberi sokongan walaupun mereka bukanlah dari rumah sukan yamg sama.

"Hensem jugak Joshua tu. Kenapa selama ni aku tak perasan eh? Dia terima tak kalau aku tackle dia?" kata perempuan itu perlahan takut didengari oleh orang lain.

Iya, lelaki itu adalah Joshua.

Beberapa langkah lagi Joshua hampir ke garisan penamat dan dia melepasinya dengan kedudukan juara.

Berputiknya cint-- berputiknya perasaan gembira di dalam hati perempuan itu apabila melihat Joshua melepasi tali garisan penamat.

Setiap gerak dan langkah Joshua diperhati teliti olehnya. Rambut Joshua yang berlaga dengan angin buatan sendiri menambat hati perempuan itu.

Para penonton memberi tepukan yang gemuruh sekali kepada Joshua.

Tiba-tiba bahu perempuan itu dicuit lembut menyebabkan renungan cintanya akan Joshua hilang.

"Seungcheol jom rehat" ajak Jeonghan, kawan baik kepada Seungcheol iaitu perempuan tadi.

"Erm kau pergi lah aku ada hal lah" balas Seungcheol datar sekali dengan menghiraukan Jeonghan di belakangnya.

"Kalau macam tu aku ikut kau lah" kata Jeonghan lagi.

"Ma-- mana boleh. Ni hal aku lah. Dahlah bye jumpa nanti" Seungcheol terus pecut berlari meninggalkan Jeonghan yang terpinga-pinga disitu. Sempat dia memberi eyesmile kepada kawannya itu.

Jeonghan hanya mampu menggarukan kepalanya yang menjadi ternakan kutu unta tanda hairan.

"Fuh selamat" Seungcheol berhenti berlari dan mula mencari Joshua. Matanya meliar sekeliling.

Dia berjalan di merata sekolah sehinggalah dia ternampak Joshua yang baru keluar dari bilik persalinan lelaki.

Joshua mula melangkah ke arah lokernya untuk menyimpan baju sukannya yang sudah basah akibat peluhnya sendiri.

Seungcheol hanya mengikut Joshua dari belakang.

Satu persatu pergerakan Joshua diperhatinya.

Dan sekali lagi dia berfangirl dalam hati apabila baju Joshua sekali lagi terselak kerana cuba mencapai sesuatu dia atas lokernya yamg tinggi itu.

Secara tak sengaja mereka ber-eye contact.

Joshua hanya memandang Seungcheol dengan wajahnya tanpa senyuman manakala Seungcheol hanya mampu mengalihkan wajahnya dari terus memandang Joshua.

Seungcheol terus melangkah pergi dari situ disebabkan keadaan yang awkward itu.

Kawasan itu sunyi kerana semua pelajar lain sibuk menghabiskan masa sekarang di kantin.

Jadi tiada pelajar yang lalu disitu.

[ Seungcheol pov ]

Apa yang aku nak buat? Dia nampak aku sekodeng dia? Kalau dia report ke mak cik kantin? Dah lah mak cik kantin tu tergilakan si Joshua tu.

Tak ke mati anak Choi Seungcheol ini?

Harap dia tak perasan. Takkan perasan. Lagipun dia bukannya anak pengetua sampai nak report-report bagai.

Korek buntot sesuai lah.

Dan sekarang apa yang aku tahu pasal dia ialah dia tak reti nak senyum. Dia ingat senyuman dia mahal? Cis aku punya lagi mahal.

Haritu pak guard minta beli ha kau petau.

Buku nota 555 di dalam poket blazer aku capai. Pen berpenutup aku tekan kuat. Nak je aku baling pen tu. Asal keras sangat?

Belum sempat aku baling pen tu aku tepuk dahi aku dulu.

Buduh. Pen tu kena buka penutup bukan tekan. Dah nama pen berpenutup.

Memandangkan kawasan yang aku lalu sekarang dah ramai orang, aku tengok diorang asyik perhati je aku. Yang gelak pon ada.

Apa? Lawak sangat ke? Macamlah diorang tak pernah.

Aku catat nota tadi dan terus pantas melangkah ke kelas.

°°°

[ Joshua pov ]

Siapa pula yang berani intai aku ni? Berapa lama perempuan tu ada dekat situ? Aku memandang dia sehingga dia lesap dari pandangan aku.

Firasat eomma aku singgah di hati aku. Mula berputik firasat aku untuk mengikut jejak langkah dia. Perasan ingin tahu kenapa dia intai aku.

Aku handsome? Itu memanglah. Fuckta.

Aku pun berjalan di belakang dia secara diam dan selamba tapi tiba-tiba, wujud sekumpulan gajah dihadapan aku.

"Dahlah besar", getus hati aku. Pandangan aku akan perempuan itu beralih dan aku sudah tidak terlihat kelibatnya.

Takguna punya orang gajah!

Aku pun cuba keluar dari kepompong gajah itu untuk maju kehadapan. Hampir terberak aku dibuatnya.Tapi bila aku terlepas dari situ, aku tidak lagi jumpa perempuan itu.

Mana dia pergi?

Aku pun mula memerhati sekeliling dan mata ku tertumpu pada satu susuk badan yang sedang berjalan di hadapan aku.

Macam perempuan tadi.

Aku pun mengekorinya dan semakin hampir tetapi dia pula semakin laju ke hadapan. Aku apa lagi tariklah rambut dia.

Jeritan halus keluar dari mulutnya. Gediknya. Badan dia macam menggeletar. Apa? Aku tak buat apa pun kan?

"Le-- lepas" katanya.

°°°

❀ to be continued

selok + svtWhere stories live. Discover now