two

51 14 26
                                    

Joshua pun menarik rambut perempuan yang dianggap olehnya adalah perempuan yang mengintipnya sebentar tadi sambil menegur “HEY”

Rambut yang ditarik oleh Joshua tadi terus berada lekat di tangan Joshua. Ternganga mulut Joshua dibuatnya.

“M—mwo ?”, tanya Joshua pelan sambil melihat rambut yang sekat pada skala 10 di tangannya dan memandang muka perempuan di hadapan.

“Apa ni”, perempuan itu menghentak kakinya sambil memandang lantai.

“Eh Dokyeom asal kau cross-dressing ni? Teringin jadi perempuan?”, sindir Joshua  sambil memberikan Dokyeom rambut palsu itu.

“Bukan, aku nak ngorat kerash aku lah”, jawab Dokyeom sambil mengenyit mata kanannya kepada Joshua.

Luga Joshua right here.

“Kunyit detected. Sukahati kau lah, jangan lupa taubat”, bisik Joshua pada telinga Dokyeom sambil menepuk pinggul milik Dokyeom.

Bibir Dokyeom terkuntum beribu bunga sebaik saja tangan Joshua terhinggap pada punggungnya.

“Dia suka buntot aku lah”,gedik Dokyeom sambil menggigit hidungnya yang panjang itu.

“Hutak kau” Joshua yang terdengar kata Dokyeom itu berkata perlahan. Dia mula berjalan meninggal kawasan itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Disebalik dinding Seungcheol sedang mencatat sesuatu di dalam buku nota 555 miliknya.

“Kunyit. Boleh kot kalau aku ubah?” Fikir Seungcheol.

°°°

“Seungcheol” panggil Jeonghan.

“Hmm?” jawab Seungcheol tanpa menoleh sedikit pun kepalanya ke arah rakannya itu. Bukannya apa, dia sedang sibuk meniru jawapan kerja rumah matematik yang tidak disiapkannya.

“Dah?” soalan Jeonghan itu mengelirukan Seungcheol. Dia menoleh ke arah rakannya itu bagi mendapatkan lebih penjelasan.

Sempat juga dia mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

“Kerja kau” jawab Jeonghan.

“Tak nampak tengah buat ni?” Jawab Seungcheol sambil meneruskan kerja menirunya tadi.

Tanpa disedari Jeonghan, Seungcheol tidak sengaja keluarkan angin. Dia bernasib baik angin itu tidak berbunyi malangnya berbau.

“Ni ke kerja yang kau kata tadi? Sampai tolak pelawaan aku pergi makan?” Jeonghan soal lagi.

“Haah” jawab Seungcheol tanpa menoleh. Sebenarnya dia tahan malu sebab terkentut tadi walaupun Jeonghan tak sedar.

Jeonghan kembali ke tempat duduknya iaitu di belakang Seungcheol. Disebabkan Seungcheol sibuk dan tidak boleh berbual dengannya, dia hanya rehatkan kepalanya di atas meja.

Sambil-sambil itu, dia juga pasang telinga dengar gosip yang dibualkan oleh pelajar perempuan kelas itu.

“Hensemkan Joshua oppa tadi?”

“Haah. Aku rasa macam nak terkam je dia”

“Joshua oppa dahlah pandai hensem pulak tu”

“Kau rasa dia ada gf tak?”

“Aku rasa ramai perempuan yang tackle dengan dia”

“Ah tak boleh Joshua oppa aku punya”

Itulah antara gosip mereka.

“Lagi hensem dari aku ke?” soal hati Jeonghan.

°°°

Tamat sahaja sesi persekolahan, semua pelajar berpusu-pusu pulang ke rumah.

Di kawasan parking basikal, Seungcheol dan Jeonghan sedang mengambil basikal masing-masing. Helmet tidak lupa dipakai.

Walaupun Jeonghan mempunyai motosikal sendiri, tetapi dia lebih suka berbasikal. Baginya, boleh jimat minyak. Dia menunggang motosikalnya hanya bila pergi ke destinasi yang jauh.

Jeonghan pun menuntut basikalnya keluar dari perkarangan sekolah tanpa menghiraukan Seungcheol yang masih sibuk mengeluarkan basikalnya dari tempat parking sehingga tidak sedar akan Jeonghan.

“WOI PEREMPUAN ! CEPATLAH !”, jerit Jeonghan dari jauh menyebabkan Seungcheol terkejut opocot lalu dia pun menjerit ke arah Jeonghan supaya menunggunya.

“CHAKKAMANYO”, jerit Seungcheol lalu dia pun menutup sedikit skirtnya sebelum menaiki basikal takut terselak nampak nangka yang tidak berbuah.

“TATA”, Jeonghan pun terus mengayuh meninggalkan Seungcheol yang masih terkedek kedek menolak basikalnya keluar dari perkarangan sekolah.

“yah”, rengus Seungcheol sebaik saja Jeonghan kayuh pergi meninggalkannya sendiri.

Desis di hati Seungcheol yang dia akan balas dendam akan Jeonghan.

Suatu hari nanti.

°°°

Kayuh punya kayuh tapi Seungcheol tetap tak dapat kejar Jeonghan. Jeonghan gelak saja tengok gadis yang bernama Seungcheol itu. Lambat.

Sempat juga dia ejek.

Kali ini Seungcheol kayuh lebih laju. Malang tidak berbau sebuah motosikal laju bergerak di jalan raya itu menyebabkan Seungcheol terkejut dan hilang keseimbangan lalu terjatuh.

Jeonghan yang laju di depan tadi telah meninggalkan Seungcheol dan tidak tahu khabar berita bahawa kawan baiknya itu kemalangan.

Seungcheol mengaduh kesakitan. Lututnya sedikit merah dan berdarah. Sikit je. Buntot lagi sakit sebab terhempap kat jalan tar tadi.

Penunggang motosikal tadi berhenti dan menghampiri Seungcheol. Dia memerhati sebelum bersuara.

“Kau okey tak?” soal si dia. Seungcheol memandang tepat wajah lelaki itu.

“O--ok” bahagia rasanya apabila kerashnya menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Joshua. Dalam hati dia terjerit-jerit rasa gembira. Perutnya juga terasa berama-rama.

“Urmm ok” terus Joshua bergerak ke motosikalnya kemudian meninggalkan Seungcheol keseorangan disitu.

“Dia tinggal je aku ni? Joshuaaaa” Seungcheol merengek perlahan sebaik saja Joshua pergi meninggalkan dia tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

°°°

“Seungcheol!” jerit Jeonghan dari rumah sebelah apabila ternampak kelibat Seungcheol menuntun basikal melepasi rumahnya.

Wajah Seungcheol masam mencuka ditambah juga masam limau serta ketiak masam.

Jeonghan berasa bersalah. Difikirnya Seungcheol sebegitu kerana ditinggal olehnya tadi ketika pulang dari sekolah.

Namun Seungcheol sebegitu kerana kerashnya yang meninggalkannya seorang diri tanpa membantu.

“Asal tu? Takkan dia merajuk sebab aku tinggal dia tadi?” Jeonghan hanya memerhati dari jauh Seungcheol masuk ke rumah dengan muka begitu.

°°°

❀ to be continued

selok + svtWhere stories live. Discover now