Bosque : Forest,jungle,woods.
•••
Tubuh Kyra masih kaku di dalam pelukan mereka bertiga. Terasa badannya tidak boleh digerakkan.
Tangan mereka semakin galak berjalan di tubuh Kyra. Dicium dan dijilat leher Kyra. Lagak mereka tidak ubah seperti anjing. Menjijikkan.
Bagai tersedar dari mimpi yang panjang,Kyra menepis tangan mereka lalu bangun dari pelukan 'kotor' itu. Dia menghadap abangnya yang ternyata tidak senang akan tindakannya.
"Apa salah Kyra?",tanya Kyra. Agak tegas.
"Huh. Apa salah kau?",Khairul tersenyum sinis.
"Semuanya salah kau. Sejak kau lahir,mama dan papa asyik kisahkan pasal kau je. Sampai aku tersisih.",sambung Khairul.
"Mama dan papa layan kita sama rata. Kasih sayang mereka pada kita sama. Tak pernah terlebih,tak pernah terkurang.",ujar Kyra separa lembut.
Terasa seperti abangnya berkelakuan seperti budak kecil. Berdendam hanya kerana itu? Atau sebab lain?
"Abang? Untuk pengetahuan kau,aku bukan abang kau. Aku ni anak angkat keluarga ni je. Mama dan papa ambil aku sewaktu aku kecil lagi. Sebelum kau lahir,aku dimanjakan. Tapi lepas kau ada? Aku dibuang."
"Dan sekarang? Aku terpaksa jaga kau? Huh. Jangan harap. Daripada aku jaga kau,baik aku jual kau. Dapat juga untung.",Khairul tersenyum sinis.
Dia menghantar pandangan kepada salah seorang rakannya,Jo,lelaki yang wajahnya terlakar tatu dua bintang di tepi kening dan lehernya.
Jo menghampiri Kyra dari belakang dan melucutkan seluar gadis itu tanpa Kyra sedar.
Kyra mula mengambil langkah untuk berlari tetapi Khairul lebih pantas menarik tubuhnya.
Pang!
Kyra memegang pipinya yang terasa pijar ditampar. Tetapi hanya beberapa saat sebelum dia mendapat keberanian untuk membalas tindakan abangnya.
Kyra mengangkat lututnya tinggi tepat mengena di celah kangkang abangnya. Dia tersenyum puas melihat wajah abangnya yang berkerut kesakitan.
"Argh! Sial lah!",jerit Khairul kuat. Dia terduduk memegang kemaluannya.
Tanpa membuang masa,Kyra berlari keluar dari neraka itu.
Rumahnya yang berada di sebelah hutan memudahkannya melarikan diri ke dalam hutan tebal itu dengan pantas. Dadanya turun naik kerana tiada cukup udara untuk disedut. Lariannya semakin laju apabila terdengar suara Khairul yang kuat memanggilnya.
"Kyra! Kau jangan ingat kau akan terlepas!",jerit Khairul. Terdengar derapan kakinya turut berlari mengejar langkah Kyra.
Kyra tidak menghiraukan kakinya yang terasa pedih dan sakit akibat tertusuk duri sepanjang jalan di hutan itu. Di dalam fikirannya, dia tidak habis-habis memikirkan di mana dia harus meminta pertolongan dan bersembunyi.
Sesekali bibirnya meringis kesakitan. Berkerut dahinya menahan pedih dan sakit di sekitar betis dan tapak kakinya yang terseret dahan kayu yang terjulur keluar.
Hari sudah semakin gelap. Membataskan penglihatannya untuk mencari tempat persembunyian. Tambahan pula,hutan ini sangat tebal dan sejuk.
Dari jauh,sebuah rumah batu yang besar menerangi perjalanannya. Dengan pantas dia merempuh masuk ke dalam rumah itu dan menutup pintu cepat. Takut Khairul akan masuk ke dalam rumah itu juga.
Dia memusingkan badannya. Meliarkan pandangan ke isi rumah itu. Dan dia tergamam. Terkaku di tempat dia berdiri.
Di hadapannya,betul-betul ada sekumpulan lelaki yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen. Err. Dan kini sedang merenung dirinya.
YOU ARE READING
Save Me,Mafia
Romance[EDITED VERSION] Hidupnya kosong. Tiada ibu. Tiada bapa. Abang? Ada. Tetapi seperti tiada guna. Dia lari. Lari dari 'neraka' yang dibina abangnya sendiri. Lari mencari sebuah erti kehidupan. Kehidupan yang lebih bermakna. Tetapi.. Wujudkah kehidupan...