Prolog

26 0 0
                                    

6.00 a.m (Alarm telefon berbunyi)

Deringan alarm telefon yang bergitu nyaring berbunyi ditepi, mengganggu lena Ajmal Naim. Dia mengelit panjang. Sebelah mata dicelik. Seminit dua kemudian, bola matanya terpejam semula.

"Uwaaa...mengantuknya! Kenapa pagi cepat sangat? Klau waktu malam berlarutan sampai bila-bila, kan best! Boleh membuta lama-lama!"

Tidak semena-mena daun pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar. Dek terkejut dengan bunyi itu, Ajmal segera meloncat turun dari katil lalu terus berdiri tegak. Ingin melihat siapa yang ketuk.

"Ajmal dah bangun ker?" kedengaran suara Puan Aisyah mak ajmal dari luar.

"Dah mak...mak gi lah turun bawah dulu. Kejap lagi Ajmal turun, Ajmal nak mandi dengan solat subuh.." jawab ajmal dari dalam bilik.

"Mak turun dulu ye ajmal nanti kita sarapan sama² Ye" kata Puan Aisyah.

"Yelah mak..."jawap ajmal.

Ajmal menyusun langkah menuju ke arah penyidai baju. Tuala berwarna coklet yang tergantung di situ, bingkas dicapai. Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke bilik air. Sebelum masuk ke dalam, sempat dia mengerling jam yang tergantung di tepi dinding.
Melihat angka jam, masih ada masa untuk dia solat subuh.

************************************
Melihat figure yang sedang menyusun langkah menuju ke meja makan, Datin Farah serta-merta menegur,

"Jom kita sarapan dulu."

Farwizah yang bergitu cantik dengan pakaian serba korporatnya sambil memegang briefcase, tersenyum tatkala mendengar kata-kata mamanya.

"Tak apalah,mama." cawan berisi teh O dicapai.

"Izah minum teh aje. Izah dah lambat ni. Kejap lagi Izah ada mensyuarat dengan staf-staf bahagian operasi," beritahunya, lalu menghirup sedikit teh O yang masih lagi panas.

"Makanlah sikit! Kalau kamu tak makan, nanti perut kamu tu masuk angin." Datin Farah mula membebel.

"Nanti Izah makanlah, lagipon Izah ada banyak kerja kat pejabat.makan tu bila-bila masa pun boleh. Yang penting, Izah kena habiskan kerja yang bertimbun tu. Semuanya perlu perhatian Izah," tolak Izah bersungguh-sungguh. Berharap agar Datin Farah memahami situasi dirinya.

"Kerja tu tak pernah habis,Izah!" Datuk othman yang kebetulan baru sahaja tiba di ruang makan, terus melabuhkan duduk di sebelah Datin Farah.

"Betul tu kak." Farhan mencelah.
"Makanlah dulu."

"Tapi..." Izah agak keberatan hendak memenuhi permintaan itu.

"Duduk dulu, Izah!" tegas Datuk Othman.

Izah berdecit. "Izah ada mensyuarat dengan staf-staf Izah, papa. Setiap hari Rabu, Kami akan bermesyuarat untuk mengukur prestasi kerja semua staf. Izah kena pantau prestasi mereka. Izah tak nak ada staf yang buat kerja aka kadar. Izah kena pastikan mereka dapat capai target syarikat kita." tugasnya.

"mensyuarat kakak pukul berapa?" soal Farhan ingin tahu.

"9.00 pagi. " jawap Izah.

Jam tangan yang terikat di pergelangan tangan kanan, dikerling. "Sekarang baru 8.10, kak. Lambat lagi. Ofis tu dekat aje dengan rumah kita," balas Farhan bersungguh-sungguh. Berusaha memujuk kakaknya untuk bersarapan.

"Tapi..." Izah jawab tetapi Datin Farah mencelah.

"Duduk dulu, Izah! Mama nak kamu sarapan. Mama tak nak perkara buruk menimpa diri kamu!" tegas Datin Farah. Keras kepala betul anak aku yang seorang ni. Susah betul nak dengar cakap! Kena ketuk dengan kuali,baru dia nak dengar kot?

"Tapi..."Izah berkeras hendak menolak.
"Ehem...!" Dehem keras Datuk Othman membuat kata-kata Izah mati.

Datuk Othman memrenung tajam segenap wajah Izah.
"Papa tahu, kamu tu seorang workaholic, Izah. Tapi, janganlah kerja keras sangat. Kesihatan pun kena jaga!"

Izah mengeluh. "Yelah Izah duduk!" Akhirnya dia mengalah, lalu melabuhkan duduk di sebelah Farhan. Sekeping roti sosej di atas piring dicapai, lalu disuap ke dalam mulut. Laju sahaja dia memakan roti sosej itu.

************************************
Melihat jam digital yang terletak kemas di sebelah telefon meja,
"Okey baru pukul 7.30" Ajmal menyusun langkah menuju ke meja makan.

Puan Aisyah yang sedang menatang mangkuk berisi mi goreng bingkas meletak mangkuk itu ke atas meja.
"Mal, meh duduk dulu. Sarapan sebelum gi kerja." ajaknya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Encik Azmil yang sedang menyuap mi goreng ke dalam mulut.

"Iyelah, mak mal jamah sikit ye, tengok jam macam dah lambat jer sebab harini mal ada mensyuarat dengan Miss Singa tu tak boleh lambat takut dia naik angin." Kata Ajmal.

Sepinggan mi goreng dihulur oleh Puan Aisyah untuk Ajmal dan cawan berisi air milo suam diteguk sedikit. Kemudian, dia menjamah sedikit mi goreng tersebut kerana dia ingin menjaga hati emaknya kerana emaknya dah masak untuk mereka bersarapan. Suasana menjadi senyap semasa masing-masing sedang makan.

Saki baki milo suam di dalam cawan, bingkas diminum sehingga habis. Seusai itu, dia bangun lalu bersalaman dengan mak ayahnya.
"Mal pergi dulu ye..." Sesudah bersalaman, dia menyusun langkah menuju ke muka pintu.

"Mal?" tegur Puan Aisyah.

Langkah Ajmal semerta mati tatkala mendengar teguran emaknya. Dia segera menoleh ke belakang.
"Ya, mak?"

"Bawak kereta tu hati-hati ye, jangan bawak laju-laju tak kira lah kamu dah lambat sekali pon..." Pesan Puan Aisyah kepada Ajmal.

"Iye....mak" kata Ajmal sambil tersenyum.

"Okey mak ayah mal pergi dulu ye,  assalamulaikum"

"Walaikumsalam..." jawab mereke.

* baru mencuba buat cerita sorry kalau bosan sikit...😁

Miss Singa & Mr Selamba Where stories live. Discover now